Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Pengalaman Kerja di McD

Pejam celik mata, saya dah dua bulan kerja di McD di kampung ni. Apa yang nak saya kongsikan kalau yang kerja McD ni yang pasti kena ada prinsip FAF ni. Fast Accurate Friendly. Mula-mula kerja, saya tak habis-habis kena marah, bising, tengking bagai sebab kurang bagi produk dan lambat. Dan sampai sekarang masih tak boleh nak cepat. Hahaha. Untuk pengetahuan semua, saya di amanahkan untuk menjaga bahagian DT atau drive-thru McD ni. Cabaran kamu untuk jaga DT ni adalah korang kena hustle ..cepat cepat dan cepat  sebab korang kena jaga timer. Peratus kereta menunggu dan peratus produk keluar. (Tu yang saza faham). Yang stress kat sini bila counter in   dan  dt in (busy) serentak, situ la korang akan stress sebab kau tak tau macam mana nak parking kereta yang bersesak-sesak dan timer akan berdetik gerak. Dan kau kena sekali hantar produk, siapkan produk (air dan ice cream) serentak. Bila tak cukup staff, DT runner yang kena jaga bahagian pengambilan produk akan jaga f

Low Self- Esteem and Self-Confident

Imej
Tajuk entry hari ni agak menyentuh sikit hal psikologi iaitu tentang self-esteem (harga diri) dan juga self-confident (keyakinan diri). Aku bukan la pakar dalam hal-hal psikologi ni tapi aku cuma nak share tentang dua perkara ni yang tengah aku alami kebelakangan ni.  Sebenarnya aku tak tau la berapa ramai kat luar sana mungkin pernah kena penyakit ni, tak pun memang ada setiap masa kat diri korang. Aku just nak kongsi saje mungkin boleh tau punca dan cara nak overcome masalah ni. Aku kata ni penyakit sebab benda ni boleh diubati tapi masalahnya bukan cara makan ubat dari doktor kat hospital tu, tapi dengan cara dapat bantuaan dari pakar. Kalau korang macam aku yang takde duit sangat jumpa pakar/profesional, kita boleh la rujuk Mr. Google.  Untuk makluman ye, aku cari fakta-fakta tentang Self-Esteem dan Self-Confident ni kena juga bertapis sebab aku tak suka share benda-benda yang kurang menyakinkan bila cakap pasal psikologi ni. Banyak juga aku cari tentang subjek ni ta

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Sepanjang bekerja di bahagian marketing di company AA saya mula tau sebar sedikit mengenai produk yang ditawarkan oleh pihak partner company dan sedikit sebanyak saya belajar juga skill untuk membuat tawaran kepada pelanggan dan mendengar rintihan pelanggan yang tak dapat saya tolong(cuma mampu dengar jer). Naik turun bukit dengan perangai dan sikap pelanggan pun menguji hati  ni. Kata Pak Guard yang menjaga bangunan, kanan masuk kiri keluar. Dan saya dah buat yang terbaik untuk menawarkan produk dan pakej mungkin bukan rezeki. Okey, baiklah. Mari cerita tentang skop kerja sebagai telemarketing ni. Bagi saya kerja sebagai telemarketing ni bukan satu kerja yang perlu kekuatan fizikal tapi kekuatan mental yang lebih. Sama juga dengan kerja marketing atau salesman yang lain, kita perlu yakin pelanggan untuk terima produk yang ditawarkan ni agak mencabar. Jadi, dalam Malaysia seperti yang semua maklum kita ada banyak bangsa dan ada tiga bangsa yang utama iaitu Melayu,Cina dan

Pengalaman Training sebagai TeleSales

Dah lebih seminggu saya dapat kerja di syarikat telesales ni. Punya susah saya interview sana sini sekarang baru diterima untuk kerja. Sepanjang saya training di company ni banyak soft skill dan marketing tactic yang saya belajar. Bagi saya training sebagai telesales di company saya mungkin agak hambar sikit sebab kebanyakkan masa kitorang tak di isi sebaiknya. Simple word santai aje. Untuk hari pertama sehingga hari ketiga, kitorang diajar cara untuk mengira package produk dan buat test. FYI, buat kira-kira ni senang je tapi kena selalu peka dengar apa yang trainer tu cakap dan tulis. Tulis nota pun kena elok-elok kalau tak susah nak buat kira-kira sebab maklumat tak lengkap. Kemudian, baru la masuk belajar produk dan service yang mereka gunakan. Dan belajar macam mana nak role play ( promote produk dalam telefon). Hari nak buat role play ni batch saya yang ada enam orang tinggal tiga orang saja yang still survive. Seorang tu ada masalah dengan sijil SPM, seorang lagi katanya dapa

Pengalaman Interview Sebagai Pengawai Teknologi Makanan Sambilan 2017

Punya excited aku bila dapat email untuk pergi interview sebagai Pengawai Teknologi Makanan Sambilan kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur walaupun jawatan yang aku pohon hanyalah kontrak. Tapi seronok-seronok aku ni, xde la heboh satu kampung. Nak bagitau parents pun, nak tak nak je sebab asyik fikir macam mana nak pergi interview ni.  So masa tengah fikir tentang transport semua aku teringat la kat seorang sepupu aku ni yang sebaya aku ada kerja kat KL. Aku contact dia minta tolong tempat tinggal, transport dan tengok kawasan semua. Dan dia pun okey semua. Nasib baik dia single lagi jadi xde la segan nak minta tolong. Time ni aku kerja part time kat PizzaHut jadi aku minta cuti dua hari kat manager. Syukur juga dapat manager baik. Untuk makluman semua, perjalanan aku pergi ke KL dari Ipoh naik bas dengan harga 20 ringgit macam tu dan balik dengan KTM dengan harga mahal sikit dari bas (Haha). Dan aku pergi interview guna UBER bertemankan sepupu aku (terima kasi

Pengalaman Beli Baju Raya

Waktu bulan Ramadan, keluarga aku sama saja dengan keluarga biasa yang lain, kami adik-beradik mesti sibuk nak cari baju raya untuk bulan Syawal ni. Yang tang ni aku tak boleh nak tolerate langsung bila nak cari baju raya sekarang. Ye lah, korang pun tau yang harga baju raya mahal nak cekit darah. Harga baju sekarang ni bagi aku boleh buat bayar bil-bil air, letrik rumah aku. Takat nak pakai sekali dua je pun tapi harga peniaga letak memang nak terlebih untung seratus peratus. Aku kesian ler kat orang-orang macam aku ni. Bila nak beli baju yang dah berkenaan mesti tak lepas sebab mahal sangat. Sedih sangat. Lain la kalau korang gaji 10 ribu sebulan boleh la beli baju sehelai dua ratus. Dan aku pun pernah jual baju tapi aku ada juga target aku sape pembeli aku jadi aku tak ambil banyak untung sebab pembeli aku bukannya ada duit sangat pun. Aku tak tahu la bila nak kata ekonomi stabil macam mana sebab makin aku meningkat dewasa aku tengok ekonomi makin lama makin run

Pengalaman Bukan Senang nak Senang, bukan Susah nak Susah

Sebulan sudah sya berhenti daripada RMA, dan saya sekarang akui tiada pendapatan untuk sebulan ni cuma bergantung kepada gaji saya di RMA sebelum ini. Dengan gaji tu, saya mampu menanggung perbelanjaan dan hutang saya. Tujuan saya tulis entri harini kerana sepanjang bulan ni, saya banyak menghabiskan masa saya membaca di laman social dan juga blog. Kebanyakkannya kisah yang saya baca adalah berkenaan mencari kerja dan banyak juga kisah orang-orang kita yang susah mencari kerja dengan pendapatan gaji yang tidak seberapa. Hati pun ada juga rasa sedihnya. Ye lah baca tentang pengalaman mencari kerja memang memeritkan lagi-lagi jika ada di antara penulis mempunyai sijil yang hebat tetapi terpaksa melepaskan untuk mencari rezeki harta. Dan kebanyakkan sijil yang biasa mereka gunakan adalah sijil SPM (Sedihkan). Ada kisah lagi menyedihkan bila saya baca kisah seorang penulis blog ni hanya mendapat pendapatan RM350 ketika memohon kerja di suatu kilang ni dengan sebab hendak

Pengalaman Berkerja Di Restauran Makanan Antarabangsa (RMA) Trilogi

Dapat Tawaran Jadi Manager? Al-kisah, tengah aku sibuk dengan kerja aku, area manager aku panggil aku untuk offer aku jadi manager dekat restauran mereka. Untuk pengetahuan semua, masa tu aku baru je sebulan kerja dekat situ, dan aku pun still blur lagi dengan cara sistem pengurusan outlet makanan ni macam mana. Dengan desa-desu staff-staff kat situ cerita macam-macam tentang kerja manager memang aku berbelah bahagi la pada mulanya. Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan restauran terbahagi kepada tiga iaitu MAKAN, BAWA BALIK dan PENGHANTARAN. OUTLET MACAM NI MEMANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN TAPI BUKAN BAGI MANAGER. Lagi satu lupa pula outlet aku juga ada tiga tingkat nak kena urus tau, lagi ler (hanya mampu ketawa je). Ni ler cabaran kerja kat Restauran aku ni. Akhir cerita, area manager aku pujuk aku untuk kali kedua dan masa ini aku dah ready tapi di pendekkan cerita, tunggu punya tunggu, aku langsung tak dengar cerita selepas aku hantar resume aku kat manager aku untuk p

Pengalaman Berkerja Di Restauran Makanan Antarabangsa (RMA) Part 2

Enam Bulan Aku Bertahan Di RMA Kebanyakkan mereka yang bertahan dalam sektor pekerjaan masing-masing mengikut pandangan saya kemungkinan atas faktor-faktor keluarga, gaji/terdesak nak duit, kawasan tempat tinggal, kawan sekerja dan persekitaran kerja. Dan aku pula bertahan hampir enam bulan atas faktor tempat tinggal, keluarga dan kawan sekerja (ini sedikit sebanyak la). Tapi faktor paling menguatkan lagi ialah faktor keluarga. Dekat dengan keluarga dan tempat tinggal memang syurga buat lepasan graduan fresh from oven ni, sebabnya jimat duit. Tapi kekurangannya yang aku rasa ialah aku masih dalam zon selesa aku. Aku takde cabaran merantau mencari pengalaman kerja ataupun merasa hidup susah dari bawah, makan manggi tengah bulan bila duit habis bayar bil dan hutang pelajaran.  Last but not least, kematangan aku kurang sedikit berkembang sebab duduk dalam zon selesa. Bagi sesetengah orang, mereka menetap dengan keluarga mungkin sebab ada peluang kerja kat situ conto

Pengalaman Berkerja Di Restauran Makanan Antarabangsa (RMA)!

 My First Month was a chaos! Aku di tempat sebagai  service crew lebih kurang sebulan dua minggu macam tu. Untuk pengetahuan semua, service crew untuk outlet saya ketika itu ada empat orang dan ini tak termasuk cashier ye. Pada mulanya, aku bekerja tidak lah terlalu berat sangat sebab kali pertama masuk mereka baru mula ajar aku cara-cara untuk key in menu mengikut meja semua dan ianya perlu banyak kali praktis baru ingat mana nak tekan (sama seperti jadi cashier). Dua tiga minggu aku berkerja masih lagi boleh bertahan tapi banyak juga cabaran dan halangan seperti contoh:  STAFF TAK DATANG KERJA  IKUT JADUAL!!! Hah…ini masalah paling besar dalam dunia pekerjaan bila staff berani tak datang kerja kemudian tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak atasan. Dan di sini lah masalah mula muncul di mana aku struggle untuk survive dalam service industry!  Hari-hari aku mula la suram. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku terpaksa untuk berkerja lebih masa daripada yang biasa.