Pengalaman Interview Sebagai Pengawai Teknologi Makanan Sambilan 2017



Punya excited aku bila dapat email untuk pergi interview sebagai Pengawai Teknologi Makanan Sambilan kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur walaupun jawatan yang aku pohon hanyalah kontrak.

Tapi seronok-seronok aku ni, xde la heboh satu kampung. Nak bagitau parents pun, nak tak nak je sebab asyik fikir macam mana nak pergi interview ni. 

So masa tengah fikir tentang transport semua aku teringat la kat seorang sepupu aku ni yang sebaya aku ada kerja kat KL. Aku contact dia minta tolong tempat tinggal, transport dan tengok kawasan semua. Dan dia pun okey semua. Nasib baik dia single lagi jadi xde la segan nak minta tolong.

Time ni aku kerja part time kat PizzaHut jadi aku minta cuti dua hari kat manager. Syukur juga dapat manager baik.

Untuk makluman semua, perjalanan aku pergi ke KL dari Ipoh naik bas dengan harga 20 ringgit macam tu dan balik dengan KTM dengan harga mahal sikit dari bas (Haha).

Dan aku pergi interview guna UBER bertemankan sepupu aku (terima kasih banyak kat diorang ni Kak Yong dan Kak Yana sudi teman dan ambil cuti).
Waktu nak pergi interview, aku datang awal sangat masa ni dan aku dengan bangganya jadi orang pertama sampai dan time aku sampai tempat interview tu, langsung takde siapa pun yang mai lagi (Fuh...nervous datang awal ni).

Dengan harapan aku masa tu, boleh la dapat berkat datang awal.
Time tengah menunggu tu, aku kena isi satu borang ni, detail yang biasa-biasa bagi permohonan kerja dan ada juga minta tandatangan kehadiran kat situ (sorang abang ni yang jaga bahagian ni, aku ingat lagi dia pakai cermin mata, muda mungkin 27-30 cmtu). 

Tukar topik sat.

Aku nak cerita sikit la pasal kawasan tempat interview aku ni. Tempat dia dekat dengan laluan KTM ke LRT (aku tak sure sebab tak kenal sangat kawasan tu) tapi kawasan aku interview tu banyak bangunan kerajaan, kat situ pun banyak pokok-pokok besar, siap ada bunyi sungai kat kawasan tu tapi sebenarnya air longkang je tu. 

Bagi aku la kat situ dah macam hutan simpanan je. Nak kata sunyi langsung tak sebab dekat dengan bandar KL. Cuma kawasan bangunan ni terpencil  dan tersorok kat hujung hutan nun.
Aku ingat lagi, kawasan tu dekat dengan Headquater polis Bukit Jalil dan ada satu sekolah rendah kat situ tak silap (jalan nak masuk kawasan tu).

Untuk aku, boleh tahan la kalau dapat kerja kat kawasan macam tu. Best betul. Nyaman je rasa. Tapi sepupu aku kata kena hati-hati juga kat tempat macam tu sebab KL ni bahaya lagi-lagi tempat sunyi.

So...

Jabatan yang aku nak kena pergi interview ni pula kecik je tempat dia. Kalau aku tak silap Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Makanan tempat aku kena interview tu. Kena naik tangga tiga tingkat dan jabatan tu ada kat sebelah kanan (kena ikut laluan kecik dan sempit, kitorang kena jalan jauh lagi ke kanan baru jumpa Jabatan tu).

Okey balik pada cerita asal, disebabkan aku orang pertama yang sampai awal interview tu jadi waktu menunggu aku tak de la lama sangat tapi nervous dia memang tak tau nak kata apa la. 

Time interview aku kena soalan ni:

1) Kenalkan diri secara ringkas, tinggal kat mana, macam mana sampai;
2) Tiba2 diorang tanya pasal pendapat, apa yang anda tau tentang Keselamatan Makanan; 
3) Disebabkan aku gelabah masa jawap soalan kedua tu, aku ada sebut HACCP so diorang pun tanya aku pasal tu juga; 
4) Macam mana nak buat kotak dalam Microsoft Words.

FYI, aku fail dalam interview ni. Sebab aku pun boleh nilai sendiri jawapan yang aku bagi kat depan interviewer tu semua. Rasa menyesal dan sedih teramat sangat  untuk aku sebab aku nak sangat kerja dengan PRO. Aku harap kalau boleh nak  je lagi peluang kedua!

So aku gagal.

Berbalik kat situasi tadi, kalau korang nak tahu interviewer yang temu ramah aku ada dua orang perempuan yang agak berumur dari aku dan seorang pemerhati lelaki pun lebih sama umur dengan dua interviewer perempuan ni(maaf la lupa nama dan pangkat diorang).

Dan yang banyak memainkan peranan adalah dua orang Puan ni. Mereka yang banyak bertanya soalan.

Untuk jawatan PTM kontrak ni ada dua kekosongan sebenarnya yang diorang nak kan so masa aku review kedatangan tu aku nampak la ada 40 orang candidates yang mereka jemput untuk interview. Dan kebanyakkan perempuan dan ada la aku rasa dua tiga lelaki. 

Aku cuma nak kata betapa ramainya calon yang mereka jemput untuk isi jawatan kontrak ni. Bagi aku, peluang besar yang aku dapat sekali seumur hidup ni aku terlepas macam tu je sebab aku gagal nak menyerlah. 


Pape pun, mungkin bukan rezeki kerja aku kat situ. Jadinya aku pun bawa diri dengan sepupu aku yang temankan aku tu. Kak yana. Balik kat apartment dia lepas beli tiket KTM. 

Aku balik petang tu juga lepas dah siap packing dan rehat kejap. Dalam hati aku masa tu lega dapat settle interview tapi aku memang dapat rasa aku tak dapat jawatan tu. Nak tau juga siapa la yang dapat jawatan kontrak tu memang bertuah. 

                                                                  oooo000oooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing