Pengalaman Bukan Senang nak Senang, bukan Susah nak Susah




Sebulan sudah sya berhenti daripada RMA, dan saya sekarang akui tiada pendapatan untuk sebulan ni cuma bergantung kepada gaji saya di RMA sebelum ini. Dengan gaji tu, saya mampu menanggung perbelanjaan dan hutang saya.

Tujuan saya tulis entri harini kerana sepanjang bulan ni, saya banyak menghabiskan masa saya membaca di laman social dan juga blog. Kebanyakkannya kisah yang saya baca adalah berkenaan mencari kerja dan banyak juga kisah orang-orang kita yang susah mencari kerja dengan pendapatan gaji yang tidak seberapa.

Hati pun ada juga rasa sedihnya. Ye lah baca tentang pengalaman mencari kerja memang memeritkan lagi-lagi jika ada di antara penulis mempunyai sijil yang hebat tetapi terpaksa melepaskan untuk mencari rezeki harta. Dan kebanyakkan sijil yang biasa mereka gunakan adalah sijil SPM (Sedihkan).

Ada kisah lagi menyedihkan bila saya baca kisah seorang penulis blog ni hanya mendapat pendapatan RM350 ketika memohon kerja di suatu kilang ni dengan sebab hendak mencari nafkah untuk anak-anak (Lagi menyedihkan dia ada degree kot). Saya tak tau apa kesudahan cerita ni sebab dia dah tak share.

Saya tak tau pulak dunia pekerjaan sangat menakutkan seperti ini sehingga ada yang sanggup terima pekerjaan dengan gaji sebanyak itu. Dengan saya pun memilih pekerjaan. Ye lah, banyak juga lepasan graduan Malaysia ni dan penulis blog-blog yang saya baca kata yang sijil-sijil mereka tak berguna bila memohon kerja (ni lagi rasa terkena panah kat diri sendiri). Kekadang saya pun rasa macam tu juga, dengan sijil yang kita ada memang susah nak dapat kerja sebab sijil ini akan limitkan pekerjaan yang saya nak mohon.

Walaubagaimana pun, disebalik kisah-kisah yang saya jumpa dari page IIUM sampai la page blog yang saya google sendiri, saya dapat inspirasi dari mereka tentang bagaimana dunia pekerjaan ni.

Mana tak nya, bila bekerja dengan orang, faktor-faktor macam gaji permulaan kurang adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi yang tiada pengalaman mendalam tentang pekerjaan tu. Kemudian, kalau nak memohon kerja perlu ada usaha, kena usaha untuk mencari kerja kosong dengan keluar tengok iklan-iklan yang dipaparkan. Dari situ, peratus nak dapat kerja tinggi. Dan akhir sekali, kena pandai untuk tackle masa interview. Ye lah, macam kebanyakkan nasihat yang selalu kita baca tentang tips interview, kita kena buat banyak selidik pasal company dan skop kerja mereka dan praktis interview depan cermin atau kamera. Kat sini banyak juga membantu bina keyakinan diri.

Tapi yang paling penting ialah tawakal bila dah mohon kerja tu. Memang rasa sedih dan susah  bila kita mohon kerja dan pergi interview asyik tak dapat je tapi kita kena yakin Allah tahu rezeki kerja kita tu kat mana dan masanya bila.

Bagi saya, rezeki kerja kita lambat mungkin sebab silap kita juga. Kena check diri sendiri juga. Antara sebabnya mungkin tak jaga ibadah, hubungan dengan keluarga tak jaga, kurang bersedekah dan lain-lain. Nampak remeh tapi mungki itu silap kita.

Kesimpulannya, memang senang nak senang tapi bukan susah nak susah. Yang penting jangan putus asa sebab dalam hidup ini kena banyak usaha dan tawakal sama je macam study dulu. Cuma kena berganjak ke alam pekerjaan.

Tips: Banyakkan doa bila susah ni sebab Nabi SAW pun tak pernah lekang berdoa bila ditimpa ujian. Ingat kisah Nabi SAW ikat perut dengan dua ketul batu sambil gali parit ketika perang Badar (kisah ini memang terlampau pilu).

                                                            
                                                                      oooo000oooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing