Low Self- Esteem and Self-Confident
Tajuk entry hari ni agak menyentuh sikit hal psikologi iaitu tentang self-esteem (harga diri) dan juga self-confident (keyakinan diri). Aku bukan la pakar dalam hal-hal psikologi ni tapi aku cuma nak share tentang dua perkara ni yang tengah aku alami kebelakangan ni.
Sebenarnya aku tak tau la berapa ramai kat luar sana mungkin pernah kena penyakit ni, tak pun memang ada setiap masa kat diri korang. Aku just nak kongsi saje mungkin boleh tau punca dan cara nak overcome masalah ni.
Aku kata ni penyakit sebab benda ni boleh diubati tapi masalahnya bukan cara makan ubat dari doktor kat hospital tu, tapi dengan cara dapat bantuaan dari pakar. Kalau korang macam aku yang takde duit sangat jumpa pakar/profesional, kita boleh la rujuk Mr. Google.
Untuk makluman ye, aku cari fakta-fakta tentang Self-Esteem dan Self-Confident ni kena juga bertapis sebab aku tak suka share benda-benda yang kurang menyakinkan bila cakap pasal psikologi ni. Banyak juga aku cari tentang subjek ni tapi kebanyakkannya aku cari dari aktikel Inggeris. Kalau nak search Bahasa Melayu bercampur pulak dengan Bahasa Indonesia. Tak faham sangat.
Punca utama kepada Low Self-Esteem dan Self-Confident
Pertama: Permikiran yang Negatif
Punca utama aku alami sekarang yang menyebabkan aku ada masalah Low Self-Esteem dan Self-Confident ni. Aku selalu juga ada pemikiran negatif bila duduk seseorang kat bilik dan takde kawan untuk kongsi masalah kita. Yelah, bila kita gagal untuk dapat sesuatu yang kita target, aku mula la fikir benda-benda yang negatif punca utama kita gagal. Dan selalunya aku salahkan diri aku sendiri.
Aku sendiri tak tau macam mana nak atasi masalah pemikiran negatif ni tapi aku selalu nasihat la kat diri aku ni, kalau aku cuba pikirkan benda negatif ni, aku akan cakap yang "Mungkin itu bukan rezeki kamu, Nadzirah."tak pun "Mesti ada hikmahnya benda ni berlaku." sambil aku belai diri aku macam rancangan movie Bollywood 3 Idiots.
Aku sendiri tak tau macam mana nak atasi masalah pemikiran negatif ni tapi aku selalu nasihat la kat diri aku ni, kalau aku cuba pikirkan benda negatif ni, aku akan cakap yang "Mungkin itu bukan rezeki kamu, Nadzirah."tak pun "Mesti ada hikmahnya benda ni berlaku." sambil aku belai diri aku macam rancangan movie Bollywood 3 Idiots.
credit:http://media.indiatimes.in/media/content/2014/Sep/3%20idiots%20all%20izz%20well_1410767851.gif
Kedua: Penampilan Diri
Bila ko rasa diri ko kurang menarik dari segi penampilan wajah muka sampai la kat baju yang korang pakai memang akan rasa Low Self-Esteem and Self-Confident. Benda-benda macam ni effect kat aku sebab aku ni jenis suka tengok orang-orang yang berhias tapi masalah aku ni, aku jenis perempuan yang tak pandai berhias bagai.
Aku jenis suka tengok dan cuba nak ikut tapi bila aku try nak ikut aku sedar yang mereka ni jenis yang suka spend duit diorang semata-mata nak berhias. Aku ni pula jenis yang tak suka sangat spend duit bila tau duit yang ada tak cukup dan boleh buat korang kebuluran. Ni jenis aku. Hahaha.
Aku jenis suka tengok dan cuba nak ikut tapi bila aku try nak ikut aku sedar yang mereka ni jenis yang suka spend duit diorang semata-mata nak berhias. Aku ni pula jenis yang tak suka sangat spend duit bila tau duit yang ada tak cukup dan boleh buat korang kebuluran. Ni jenis aku. Hahaha.
Jadinya, solutian untuk masalah aku yang satu ni aku try banyakkan bacaan tentang fesyen dan belajar tentang cara penampilan yang selesa dan menjaga maruah aku. So aku belajar cara berfesyen yang mengikut kemampuan. Kalau ada barang yang mahal-mahal nak beli aku akan hold sampai aku ada duit nak beli. Kalau ada la. Hmmm...
Dan aku belajar untuk bersyukur dengan benda yang aku ada sekarang dan cuba gunakan sebaik-baiknya. Belajar bersyukur payah tau, lagi-lagi kalau korang banyak keniginan. Aku pula jenis suka merungut sebab tak dapat apa yang aku nak dan bila aku fikir balik banyak merungut ni erti dia tak bersyukur. So aku selalu hati-hati dengan siapa aku merungut dan banyak buat renungan dan perbandingan aku dengan orang lagi susah/asnaf.
Ketiga: Pandangan orang lain
Hah...ni satu lagi punca aku Low Self-Esteem dan Self-Confident. Yelah, kalau korang ni jenis yang makan hati dengan pandangan orang kat diri korang memang korang akan sakit macam aku. Kalau korang nak tau aku ni jenis budak yang biasa, tak pandai sangat, tak cantik sangat dan semuanya yang ada kat aku semua yang biasa-biasa saje. Tapi aku selalu ada masalah persaingan untuk mendapat perhatian dari parents aku. Yelah, mana anak yang tak suka perhatian parents diorang. Aku ada ramai adik-beradik dan semuanya pandai-pandai belaka.
Dipendekkan cerita, aku selalu juga kena kritik dengan ayah aku disebabkan pretasi pelajaran aku kurang memberangsangkan dan cemburu dengan yang lain yang hebat-hebat. Ayah aku ni pula suka bagi hadiah kat mereka yang achieve bagus. Dan aku rasa tu semua tak adil. Aku rasa korang fahamkan.
Dan dari situ ada la effect kat diri aku kat mana aku suka sangat nak achieve something kat sekolah aku, suka kejar pujian orang dan hadiah-hadiah pertandingan yang aku boleh capai. Banyak juga la hadiah aku terima sepanjang aku bersekolah cuma parents aku ni jenis tengok result exam je so tak tau potensi aku kat mana.
Dan dari situ ada la effect kat diri aku kat mana aku suka sangat nak achieve something kat sekolah aku, suka kejar pujian orang dan hadiah-hadiah pertandingan yang aku boleh capai. Banyak juga la hadiah aku terima sepanjang aku bersekolah cuma parents aku ni jenis tengok result exam je so tak tau potensi aku kat mana.
Cara aku nak atasi semua tu aku mula cenderung nak beli buku-buku pendidikan ibubapa dan aku tak tau kenapa aku boleh baca habis buku-buku macam ni tapi sedikit sebanyak mengajar aku sesuatu yang mana...
- Parents aku salah mengajar anak-anak diorang dan expect semua anak diorang adalah sama
- Aku kena terima juga siapa parents aku dan cara didikan diorang walaupun aku rasa salah(aku tapis la mana yang betul salah)
- Susah wey jadi parents!
Dan aku tak salahkan parents aku dan diri aku sendiri cuma bila korang dah besar korang faham juga kenapa semua tu jadi. So aku terima seadanya dan cuba atasi masalah mendengar pandangan orang yang negatif dengan cari yang positif. Banyak kot Pakar Personaliti kat TV tu yang banyak bagi motivasi semua. Cuma aku faham langkah pertama selalunya susah.
kredit:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-_MbBLiAnqe71MJZ5tGmRTERMEeXPHkwrtnLS3Jn1fWnYbhQt0bp7G8Zsx-gO7l1FeXieOnD2hUXdtLZdyToojCknlZpBhDLx_f4nIeixbJS2egOZiaboxhwi_BcSTiSALxXQWOHex5WF/s1600/Dari_Lubuk_Hati.jpg
Salah satu buku aku baca masa sekolah menengah dulu
Haaaa...ni lah anatara senarai punca-punca Low Self-Esteem dan Self-Confident yang aku rasa telah menyebabkan aku ada penyakit tu. Dan cara aku yang aku rasa aku boleh praktikan sekarang. Kesimpulannya, apa yang aku rasa dulu mungkin boleh jadi pengajaran untuk aku dan cuba ubah mana yang aku mampu sekarang.
oooo000oooo
Situasi akk sama mcm sy skrg😭
BalasPadamSaya pon. Walaupon dah umur 32 , tapi masih tak confident. Sedih kecewa dgn diri sendiri 😭
PadamSemua akan ada fasa low self esteem dan low confident tapi yang pasti hidup perlu diteruskan. Kita jangan give up je. Tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Bagi saya kalau penat, saya akan berehat, layan drama/korea, cerita lawak2 k...Akak sulung saya pernah bagi nasihat juga cuba cari group y
Padamsusahkan kalau hidup dalam dunia yang orang suka judge , tak kisah apa kita buat baik buruk , orang judge , bila kita cakap bende betul , still orang ingat kita tipu , orang gelakkan kita sebab apa yang kita cakap tak betul , sebab apa sebab kita buruk , orang lawa cakap apa semua betul , orang pandang , untung , kita ni berusaha camana pun orang still judge , saya yakin je apa yang saya buat , tapi disebab orang macamtu lah yang buat saya pikir'aku tahu aku buruk''aku tahu aku tak layak''takyahlah pandang aku,tengah konpiden ni,aku tahu aku buruk', aku pernah follow kawan kawan aku makeup semuanya lah , but still aku pikir macamana pun aku ubah , aku still buruk beb , so aku giveup nak repair semua , aku dahlah jongang , berjerawat , aku try repair semua , beratus dah aku spent semua , orang still gelak kat aku,boleh ke aku hidup macam orang lain, aku suka diri aku sekarang,yakin semua,tapi bila orang sentuh pasal muka makeup aku terus down , aku tak pikir apa dah , aku tahu aku buruk,aku kesian kat parents aku,dapat satu satunya anak perempuan yang buruk,tak konfiden dengan diri sendiri,nampak okay kat luar sebenarnya hancur kat dalam,aku tak pernah konfiden dengan muka aku,sometimes aku tertanya2 macamana lah aku boleh keluar dengan member kat mall semua,semua orang lawa konfiden,aku ni boleh pulak keluar dengan muka macamni,aku pergi interview pun boleh bayang orang judge muka aku,takpelah aku ikut je flow,orang suka aku,aku bersyukur,orang judge aku,thank u lah sedarkan aku,sorry panjang sangat cite,aku tahu takde orang situation dia macam aku,so aku just nak cite lah, aku mintak maaf and harap aku boleh hidup macam orang lain,ciao dulu
BalasPadamKita sama la, low confident based on muka kita... Takpe yang penting, awak bersyukur dengan diri awak sendiri. Bila orang perli atau komen pasal diri kita cara yang saya baca dan belajar pasal psikologi manusia ni adalah cara kita respon kepada mereka. kita tak boleh ubah prespektif orang tapi kita boleh ubah cara kita interact dengan orang...gitew
Padamthumb up
BalasPadamTerima kasih membaca.
PadamKalau mcm saya low self esteem sbb dulu selalu kene pukul dgn pakcik saya kalau buat salah yg saya sndiri tk paham tu salah, makcik saya selalu pukul saya sbb dulu saya lambat pndai membaca bgi dia tu pengajaran tapi bgi saya tu penderaan.Lagi tambah rasa tu sbb saya tiada ayah yg mampu lindungi saya dari dorg,Disebabkan saya kecil dan tak matang saya mula develop rasa benci tu, dan bertekad utk jadi yg terbaik supaya boleh balas balik apa yg dia buat kat saya,tpi bila gagal saya rasa saya yg terjejas dgn smua ni, apa saya inginkan hanya kata maaf dari mereka bukan menjadi pakcik dan makcik saya, sbb lepas apa yg diorg dh buat saya tkpenah anggap mereka pakcik/makcik saya. Saya pun tak pasti saya sakit hati / apa hm
BalasPadam