Pengalaman Berkerja Di Restauran Makanan Antarabangsa (RMA) Trilogi


Dapat Tawaran Jadi Manager?

Al-kisah, tengah aku sibuk dengan kerja aku, area manager aku panggil aku untuk offer aku jadi manager dekat restauran mereka. Untuk pengetahuan semua, masa tu aku baru je sebulan kerja dekat situ, dan aku pun still blur lagi dengan cara sistem pengurusan outlet makanan ni macam mana. Dengan desa-desu staff-staff kat situ cerita macam-macam tentang kerja manager memang aku berbelah bahagi la pada mulanya.

Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan restauran terbahagi kepada tiga iaitu MAKAN, BAWA BALIK dan PENGHANTARAN. OUTLET MACAM NI MEMANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN TAPI BUKAN BAGI MANAGER. Lagi satu lupa pula outlet aku juga ada tiga tingkat nak kena urus tau, lagi ler (hanya mampu ketawa je). Ni ler cabaran kerja kat Restauran aku ni.


Akhir cerita, area manager aku pujuk aku untuk kali kedua dan masa ini aku dah ready tapi di pendekkan cerita, tunggu punya tunggu, aku langsung tak dengar cerita selepas aku hantar resume aku kat manager aku untuk pergi training bulan April 2017 masa tu. Whatapss tak balas. Call dua kali jawapan yang sama je.

“I hantar resume awak untuk position QA, nanti kalau ada kosong mereka akan call.”

Tapi nak dekat tiga minggu takde berita makanya aku give up je ler. Oh, lupa nak cerita yang pasal macam mana aku boleh dapat sampai position QA ni, kalau dipendekkan cerita dia...


Pada suatu hari, Boss(Operation manager) kepada area manager tengah buat meeting kat restauran kami dan kebetulan manager aku datang, aku nak bagi ler resume aku yang dia asyik minta tu, maka Boss ni tanya la  aku ada sijil apa dan dia rekomen manager aku untuk hantar resume aku untuk position QA tu tapi dengan nasihat dia (macam perli sikit...memain je dia ni) kena tahan maki ler. Aku okey je, asal dapat kerja okey. Last but not least, hasilnya sampai sekarang takde jawapan.  Aku mula syak dia terkejut tengok resume aku yang bagus tu dan sampai sekarang tak hantar pun ke HR. (Hahaha).



                                                            oooo000oooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing