Pengalaman Beli Baju Raya



Waktu bulan Ramadan, keluarga aku sama saja dengan keluarga biasa yang lain, kami adik-beradik mesti sibuk nak cari baju raya untuk bulan Syawal ni. Yang tang ni aku tak boleh nak tolerate langsung bila nak cari baju raya sekarang.

Ye lah, korang pun tau yang harga baju raya mahal nak cekit darah. Harga baju sekarang ni bagi aku boleh buat bayar bil-bil air, letrik rumah aku. Takat nak pakai sekali dua je pun tapi harga peniaga letak memang nak terlebih untung seratus peratus.

Aku kesian ler kat orang-orang macam aku ni. Bila nak beli baju yang dah berkenaan mesti tak lepas sebab mahal sangat. Sedih sangat.

Lain la kalau korang gaji 10 ribu sebulan boleh la beli baju sehelai dua ratus.

Dan aku pun pernah jual baju tapi aku ada juga target aku sape pembeli aku jadi aku tak ambil banyak untung sebab pembeli aku bukannya ada duit sangat pun. Aku tak tahu la bila nak kata ekonomi stabil macam mana sebab makin aku meningkat dewasa aku tengok ekonomi makin lama makin rundum. Tak de pun aku tengok harga barang 2017 sama dengan harga barang 1993.

PM kata ekonomi kukuh tapi…(korang pun tau)


Berbalik pada harga baju raya ni. Kalau nak tau, tiap-tiap tahun aku beli baju raya, aku mesti bandingkan harga baju aku dengan adik-beradik lain.  Diorang kalau beli baju paling penting tengok harga dan style baju. Kalau harga okey, corak baju okey baru beli. Tapi masalah aku, diorang selalu beli baju yang murah-murah. Dan korang bila tengok baju diorang pun baju biasa-biasa, kain pun biasa. Ye la, dah murah. 

Tapi still baju raya equal to baju baru.

Kalau nak bandingkan dengan aku, aku suka baju yang bergaya sikit tapi murah so harga dia mesti mahal dari adik-beradik yang lain. Tapi tak mahal sangat la. Aku just nak kata la aku ni macam tak consider la kemampuan mak ayah aku pasal beli baju ni. Sedih kan. (Masa ni kecil lagi).

Walaupun, masa tu aku asyik ikutkan nafsu dan ego aku memang aku nak semua benda. Tapi ye la aku tak bekerja mana nak faham nak dapat duit tu susah. So bagi yang tak banyak duit tu cari ler baju raya ikut kemampuan, aku faham perasaan dah terpikat dengan baju raya yang kita berkenaaan tapi bila duit tak cukup kita merana juga.

Dan aku bukan jenis suka tengok akaun aku kosong tak de duit. Aku fikir juga kena ada duit kecemasan kalau jadi pape kat diri sendiri tak pun keluarga.

                                                                      oooo0000oooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing