Pengalaman Berkerja Di Restauran Makanan Antarabangsa (RMA)!


 My First Month was a chaos!


Aku di tempat sebagai  service crew lebih kurang sebulan dua minggu macam tu. Untuk pengetahuan semua, service crew untuk outlet saya ketika itu ada empat orang dan ini tak termasuk cashier ye. Pada mulanya, aku bekerja tidak lah terlalu berat sangat sebab kali pertama masuk mereka baru mula ajar aku cara-cara untuk key in menu mengikut meja semua dan ianya perlu banyak kali praktis baru ingat mana nak tekan (sama seperti jadi cashier).


Dua tiga minggu aku berkerja masih lagi boleh bertahan tapi banyak juga cabaran dan halangan seperti contoh:  STAFF TAK DATANG KERJA  IKUT JADUAL!!!
Hah…ini masalah paling besar dalam dunia pekerjaan bila staff berani tak datang kerja kemudian tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak atasan. Dan di sini lah masalah mula muncul di mana aku struggle untuk survive dalam service industry! 


Hari-hari aku mula la suram. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku terpaksa untuk berkerja lebih masa daripada yang biasa. Fuh tekad nak kerja la kan. Tapi hasil gaji yang aku dapat takde pun mencecah dua ribu pun. Dan baru sekarang aku rasa peritnya bekerja jadi kuli biasa yang terpaksa berkerja lama dan berat tapi gaji tak seberapa. Untuk pengetahuan semua, saya bukannya berpangkat SPM. Niat pada mulanya untuk mencari kerja sebab dah tak tahan duduk melingkuk kat rumah dan income tak masuk. Menggangur untuk 4-5 bulan macam tu.


Restaurant saya bekerja ni ada tiga tingkat. Tingkat pertama kawasan cashier, TAKE AWAY dan kitchen. Tingkat kedua, kawasan bar dan DINE IN. Akhir sekali, tingkat Maut atau tingkat ketiga tempat letak stock barang-barang yang berat mencecah 20 kg kena bawa naik dari tingkat satu sampai tingkat tiga! Oh penat kot. Seminggu sekali kena bawa naik stock ke atas bila stock sampai. Maka kaum ADAM paling banyak mengerah tenaga fizikal dan mental! Kesian betul.


Cabaran berkerja di service crew bukan berhenti kat sini je. Disebabkan atas faktor pertama yang dinyatakan di atas tu menjadi punca segala-gala sistem tergendala! Bayangkan dengan bertingkat-tingkat punya restaurant dan kami pun bukannya ada lift makanan. Saya dan service crew yang lain perlu mengangkat hidangan daripada tingkat satu ke tingkat dua  beberapa kali. Jika pelanggan pesan 15 hidangan maka lebih kurang 6 ke 7 kali kami kena angkut naik atas. Lagi perit kalau aku kena kerja seorang dekat bahagian DINE IN lagi kalau waktu weekend dan lunch hours!


Pengalaman aku paling aku tak boleh lupa bila staff sengaja tak datang kerja atas faktor pertukaran management group! Alasan yang paling nonsense bila staff-staff macam ni buat perangai. Dari situ aku mula tak respect staff-staff restaurant ni. Tapi yang paling best bila staff kat situ berhenti secara serentak. Kisah  ni aku tak mau cerita sebab terlalu extreme dalam alam pekerjaan.
Niat aku untuk bekerja di restaurant ini dah mula layu tapi masih lagi bertahan dengan niat tunggu dapat panggilan kerja yang lagi lumayan.



                                                                   oooooo000ooooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing