Pengalaman Kerja di McD

Pejam celik mata, saya dah dua bulan kerja di McD di kampung ni. Apa yang nak saya kongsikan kalau yang kerja McD ni yang pasti kena ada prinsip FAF ni.

Fast Accurate Friendly.

Mula-mula kerja, saya tak habis-habis kena marah, bising, tengking bagai sebab kurang bagi produk dan lambat. Dan sampai sekarang masih tak boleh nak cepat. Hahaha.

Untuk pengetahuan semua, saya di amanahkan untuk menjaga bahagian DT atau drive-thru McD ni. Cabaran kamu untuk jaga DT ni adalah korang kena hustle ..cepat cepat dan cepat  sebab korang kena jaga timer. Peratus kereta menunggu dan peratus produk keluar. (Tu yang saza faham).

Yang stress kat sini bila counter in dan dt in (busy) serentak, situ la korang akan stress sebab kau tak tau macam mana nak parking kereta yang bersesak-sesak dan timer akan berdetik gerak. Dan kau kena sekali hantar produk, siapkan produk (air dan ice cream) serentak.

Bila tak cukup staff, DT runner yang kena jaga bahagian pengambilan produk akan jaga french fries sekali. Bahagian dt presenter pula kena jaga bahagian air, aiskrim, dan penghantaran produk kepada customers.

Dan tak lupa juga dt order taker (dtot) yang perlu ambil order serentak ambil payment dan bagi baki. Tak termasuk juga kena layan karenah customer yang 'first time' tengok menu McD...dtot juga kena masak bubur tau. Banyak juga kerja kat bahagian dt McD ni kan.  

Konsep mudah drive thru McD ni mudah. Boleh ikut Alhamdulilah, kalau tak boleh istighfar banyak-banyak la.

Yang pasti banyak kena sabar sebab kita berurusan dengan manusia.

Nampak simple je konsep drive thru just kena cepat dan tepat. Hati kena kental pun ada sebab tekanan dia bukan main.
                                                                       oooo000oooo

Ulasan

  1. Hai Assalammualikum akak... Saya Aliesya Final year student Diploma Foodtech. Jika akak tak keberatan, saya nk minta email akak boleh? Macam2 soalan saya nk tanya hehehe thank you akak!

    or boleh email je saya ' aliesya5252@gmail.com ' thank you <3

    maaf kalau saya comment hampir di semua page.. takut akak tak perasan message saya hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing