Pengalaman Berkerja Di Restauran Makanan Antarabangsa (RMA) Part 2


Enam Bulan Aku Bertahan Di RMA

Kebanyakkan mereka yang bertahan dalam sektor pekerjaan masing-masing mengikut pandangan saya kemungkinan atas faktor-faktor keluarga, gaji/terdesak nak duit, kawasan tempat tinggal, kawan sekerja dan persekitaran kerja.


Dan aku pula bertahan hampir enam bulan atas faktor tempat tinggal, keluarga dan kawan sekerja (ini sedikit sebanyak la). Tapi faktor paling menguatkan lagi ialah faktor keluarga. Dekat dengan keluarga dan tempat tinggal memang syurga buat lepasan graduan fresh from oven ni, sebabnya jimat duit.


Tapi kekurangannya yang aku rasa ialah aku masih dalam zon selesa aku. Aku takde cabaran merantau mencari pengalaman kerja ataupun merasa hidup susah dari bawah, makan manggi tengah bulan bila duit habis bayar bil dan hutang pelajaran.  Last but not least, kematangan aku kurang sedikit berkembang sebab duduk dalam zon selesa.


Bagi sesetengah orang, mereka menetap dengan keluarga mungkin sebab ada peluang kerja kat situ contoh buat bisnes sendiri. Tapi bagi aku yang tak mahir dan takut-takut nak buat bisnes payah.

Dalam tempoh enam bulan bekerja sebagai service crew, cashier, dan kitchen crew, macam-macam aku fikir. Dengan gaji yang aku ada sekarang memang tak cukup untuk sara keluarga dan buat investment. So aku buat keputusan untuk berhenti selepas berkhimat selama enam bulan untuk cari income lebih baik. Aku mula merantau!



                                                                    oooo0000oooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing