Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2
Sepanjang bekerja di bahagian marketing di company AA saya mula tau sebar sedikit mengenai produk yang ditawarkan oleh pihak partner company dan sedikit sebanyak saya belajar juga skill untuk membuat tawaran kepada pelanggan dan mendengar rintihan pelanggan yang tak dapat saya tolong(cuma mampu dengar jer).
Naik turun bukit dengan perangai dan sikap pelanggan pun menguji hati ni. Kata Pak Guard yang menjaga bangunan, kanan masuk kiri keluar. Dan saya dah buat yang terbaik untuk menawarkan produk dan pakej mungkin bukan rezeki.
Okey, baiklah. Mari cerita tentang skop kerja sebagai telemarketing ni.
Bagi saya kerja sebagai telemarketing ni bukan satu kerja yang perlu kekuatan fizikal tapi kekuatan mental yang lebih. Sama juga dengan kerja marketing atau salesman yang lain, kita perlu yakin pelanggan untuk terima produk yang ditawarkan ni agak mencabar. Jadi, dalam Malaysia seperti yang semua maklum kita ada banyak bangsa dan ada tiga bangsa yang utama iaitu Melayu,Cina dan India.
Jika ada yang berpengalaman menjadi telemarketing sebelum ini pasti tau kenapa saya sebut tentang bangsa. Saya bukan racist tapi bangsa juga memainkan peranan dalam golongan yang perlu kita buat sasaran marketing dan cara pendekatan yang berbeza. Kadangkala pelanggan tak faham dengan tugas telemarketing lagi-lagi Malaysia kurang pendedahan tentang kewujudan marketing dalam talian. Takpe saya faham orang Malaysia sebab saya pun orang Malaysia. Kami ni bukan mudah nak percaya orang.
Untuk makluman, kerja sebagai telemarketing bukan seperti operator kilang sebab ianya memerlukan kemahiran bahasa yang tinggi dan persistant skill yang kuat. Pekerjaan ni mungkin tidak sesusah pekerjaan professional tapi masih ditahap kerja yang perlukan kemahiran.
Kerja marketing dalam talian tak susah dan tekanan stress tak terlampau jika boss bukan jenis memaksa. Tapi stress akan accumulate jika dapat dua situasi ni: boss paksa capai target dan pelanggan yang banyak songeh.
Oppss,lupa bila dah jadi telemarketing telefon tak boleh main. Kena simpan.
Jadi setakat ni saya masih lagi okey dengan kerja telemarketing cuma bila korang bekerja, kawan yang baik susah nak jumpa. Gaji untuk company saya ni agak rendah jadi ni pun satu cabaran untuk kekal lama dalam industry telemarketing.
Harap sangat boleh cari hobi yang boleh release kan stress dari kerja dan masalah hidup. Macam CEO ALIBABA kata “Its okey you don’t have any purpose in life, everyone is the same. They don’t know what to do in their life. Same with me.”
Kerja untuk company ni halal asal telemarketing sejujur saya. X-D. Biar ler orang nak kutuk atau perli kerjaya ni lekeh tapi masih kerja yang halal. Orang Malaysia yang low minded memang akan selalu cari kekurangan orang lain.
Jadi kita mesti selalu mendoakan mereka ini dan saya juga untuk tidak selalu perlekehkan orang dan dibuka hidayah oleh Tuhan.
Ingat semua pekerjaan perlukan marketing jadi kerja telemarketing/ telesales adalah salah satu cara untuk mempromosikan produk syarikat.
*emosi penulis mungkin memainkan peranan dalam penulisan beliau.
*emosi penulis mungkin memainkan peranan dalam penulisan beliau.
oooo000oooo
Slm..semasa anda bekerja sbgai telemarketing adakah elaun kedatangan diberi setiap bulan?
BalasPadamyup, ada
PadamHai Assalammualikum akak... Saya Aliesya Final year student Diploma Foodtech. Jika akak tak keberatan, saya nk minta email akak boleh? Macam2 soalan saya nk tanya hehehe thank you akak!
BalasPadamor boleh email je saya ' aliesya5252@gmail.com ' thank you <3
Ye, walaikumsalam nak tanya apa tu ?
PadamMaaf boleh tak sya nk mintak dialog perbualan antara telesales dan customer.. Contoh2 skrip kalau tak keberatan. Terima kasih kalau ada boleh email dekat sya sangat hargai.. 😊😊
BalasPadamSalam..akak mcm mana saya boleh berhubung dengan akak..saya nak tanya pengalman akak as telemarkerter..boleh saya dapat email akak
BalasPadam