Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

Pengalaman Mengubah Jambak Bunga Kahwin

Imej
Tahun 2021 dan 2022 adik beradik aku melangsungkan perkahwinan mereka. Aku rasa teringin nak buat sejambak bunga untuk perkahwinan mereka. Idea ni tercetus sebab aku teruja bila lihat kawan sekerja aku, Asri pandai dalam menghias dalam pelbagai acara, lagi bila kami ada 'monthly activity' akhir tahun.  Jadi aku pun cari la bahan - bahan untuk gubah bunga untuk Wani. Dia nak bunga yang dari musim luruh bagi aku. Lebih banyak warna coklat pink dan ke merah sikit. Aku takde pengalaman nak gubah bunga jadi aku tengok gambar di Google saja. Nampak mudah tapi nak buat memang ambil kreativiti sendiri. Aku beli semua bahan di Kaison saja. Dah alang-alang kerja situ. Mudah. Aku mula pilih sambil buat rujukan di Google. Waktu rehat aku, aku sibukan diri dengan cuba gubah bunga kahwin Wani. Buat awal tak kalut. Bunga aku guna bunga tiruan. Tak dapat nak cari yang fresh. Bunga susah nak cari. Bahan-bahan aku guna untuk jambak bunga wani. Ini pula bahan - bahan untuk kakak aku. Kadang jamba...

Pengalaman Naiki ATV di Taiping , Perak 2020

Ok nak tulis pengalaman naik ATV ni kena ingat balik sebab dah lama berlalu. Nak ingat semula agak susah bagi aku sebab ingatan aku macam sudah samar - samar. Tapi aku masih lagi ingat betapa teruja nya hati aku waktu planning untuk pergi naiki ATV dengan kawan aku, Fahkrul Hakim.    Hakim pelan untuk berada di Ipoh untuk 2 hari 1 malam untuk kami lakukan aktiviti ATV ni bersama. Jadi kami untuk apply la cuti bersama dan tugas aku adalah untuk jemput dan drive kami ke kawasan ATV tu. Perjalanan kami dari Ipoh ke Taiping lebih kurang 1 jam setengah dengan pinjam kereta ayah ku, Exora.   Setiba kami di kawasan atv, kami perasan kami terawal la pula. Atv tak buka lagi operasi mereka. Jadi kami lepak la sekejap di kawasan parking hotel berdekatan dengan atv tu. Jam pun berlalu. Kami pun masuk ke kawasan atv yang penuh dengan atv yang parking berdepan dengan kaunter mereka. Seingat aku ada lebih kurang 6 buah atv yang parking di depan.   Aku tertarik dengan ka...

Pengalaman : Rumah Belakang Kereta Api

Apa perasaan bila mana rumah yang kita sewa belakang kereta api? Mula aku berpindah tempat kerja ke Pulau Pinang. Kedai cawangan yang aku kerja memerlukan seorang pengurus baru untuk memenuhi kekosongan di kedai tu. Jadi aku diminta untuk ke sana. Mula la pencarian rumah sewa untuk aku duduki. Kalau boleh berdekatan dengan tempat kerja lebih baik. Senang. Tak perlu pening kepala untuk hadap jem setiap hari.   Aku mula la buka Google dan juga Facebook untuk search bilik sewa. Dua bilik sudah aku book untuk aku tengok selepas aku balik bercuti dari Terengganu.   Tiba di Pulau Pinang, aku berkenan dengan rumah sewa teres ni. Rumah di kawasan kampung. Rumah batu tapi pemilik renovate rumah sampai ada 7 bilik dalam satu rumah ni. Bilik yang aku dapat takde tingkap. Agak panas. Tapi aku sangat suka dengan rumah ni. Sesuai sangat. Sembang dengan pemilik rumah, dia kata ada seorang lagi yang berkenan nak kan bilik aku tu.   Dia tunggu respon seorang lagi yang tanya pasa...

Pengalaman : Mendaki Bukit Mertajam 2024

Imej
Pagi 10 May 2024, aktiviti aku harini adalah untuk menakluk Bukit Mertajam atau mereka panggil Cheruk Tok Kun. Kenapa aku nak mendaki sebab aku perlukan aktiviti yang aku boleh keluar ambil angin sambil cuci mata tengok pokok hijau dan dengar air sungai mengalir. Suasana tu semua tiada di tempat aku bekerja sepanjang hari. Mana aku hadap dengan barang-barang kedai dan kotak penuh di kedai. Semua tu buat aku sesak dan stress tak tentu pasal. Nak bersosial dengan pelanggan pun buat aku tiada hati.  Jadi pagi tu, aku bersiap lambat sebab badan ku lesu dan tak bermaya jadi aku perlukan lebih rehat. Aku gerak dalam pukul 10 pagi dengan Adek, kereta Saga merahku. Buka telefon Samsung ku dan apps Maps dan buat carian Bukit Mertajam. Kedengaran suara perempuan di Maps ku menunjuk arah. Lebih kurang 7 minit jarak rumah aku ke Bukit Mertajam Forest. Tak jauh, kata hatiku. Aku tak bersedia dengan apa-apa. Aku main redah saja. Aku kenakan diri aku dengan pakaian seluar track kelabu, baju lenga...

Pengalaman Memandu SAGA 1.3L Premium S At

Imej
Cukup setahun saya memandu Saga 1.3L Premium S At untuk pergi ke tempat kerja. Jadi saya nak bagi sedikit review tentang pengunaan dan service kereta yang saya dah lakukan sepanjang setahun penggunaan kereta saga ni. Service pertama harga lebih kurang RM 250+ untuk oil filter and tukar minyak. Service kedua juga sama lebih kurang harga yang sama. Saya pergi ke servis kereta di DK Motor, Ipoh. Saga pick up memang lambat. Waktu nak tekan minyak, memang dia mengejut tiba-tiba kalau tekan minyak kuat. Untuk Saga nak bagi pick up cepat perlu tekan perlahan-lahan baru kereta bergerak laju.  Minyak petrol untuk isi penuh lebih kurang RM 60.  Kemudian bila nak tukar ke Mod S,ini perlu perlahankan kelajuan kereta kalau tak bunyi enjin macam nak mengaum kuat. VROOOMM...gitew.  Waktu kat highway , memang kena perlahankan kereta baru boleh tukar mod S. Baru berfungsi Mod S tu. Kemudian untuk handbrake, selepas setahun penggunaan, handbrake Saga akan berbunyi. Kreeeekkkkk. Awal mula p...

Pengalaman : Konsert Solo Pertama Khai Bahar Di Dewan Filharmonik, Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia

Imej
Whoaaa!!! Pertama kali pergi konsert kat Kuala Lumpur. Buang tabiat ke aku ni. Luah hati aku.  Perjalanan ke konsert pertama aku bermula bila saya ternampak iklan di Instagram bila mana Khai Bahar mahu buat konsert solo dia yang pertama. Tak fikir panjang aku whatapps kakak. Fikir nak ajak dia teman sebab kakak sekarang duduk di Selangor. Kakak respond Ok. Jadi apa lagi terus booking tiket 2 orang seat atas wing sebelah kanan pentas. Harga RM 382 untuk 2 seat saja. Fuh... Mahal juga bagi aku.  09/03/2023 Hari kejadian. Malam Public Holiday. Terlalu ramai orang keluar malam tu. Kereta penuh di jalan Kuala Lumpur. Kami terlupa malam public holiday. Kakak dan aku kelaparan dalam kereta. Ingat keluar awal boleh cari makan malam dulu tapi tersesat dan jalan jem kami tak sempat nak menyinggah mana-mana. Pelan tukar untuk kami terus ke Menara Petronas saja. Cari makan kat situ. Mood kakak waktu tu dah ke laut sebab dia lapar dan aku pun sama. Waktu kami tiba di menara Petronas terlal...

Pengalaman Ke Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan 2024

Imej
Syukur,  alhamdulillah dapat bercuti lagi ke sebelah pantai barat Malaysia. Pasir Mas  Kelantan.  Kali ni takde la itinerary untuk jalan mana. Perancangan mudah saja. Saya call Jea. Jea ialah kawan sama kos dengan saya dulu  waktu belajar di USM. Dia la yang beria jemput kita mai Kelantan ni. Kebetulan AL yang ada masih banyak tak terguna. Saya pun terus tempah tiket bas dari Ipoh ke Pasir Mas. Ini saya kongsi perjalanan saya pusing Pasir Mas dan Kota Bharu , Kelantan. Hari Pertama, 17hb (1030 - 1600) Cafe  Perjalanan naiki bas Express Mutiara, seat single 8A, tingkat atas.  Tiket : RM 34.10 Dari Terminal Amanjaya,Ipoh ke Terminal Bandar Tasek Raja, Pasir Mas. Zus Coffee : RM 12 Pengangkutan : Kereta Jea Penginapan : Rumah Jea Makan malam : Cafe Kopibeng  Pasir Mas 1. Chicken Chop 2. Honey Lemon 3. Cake Indulgence  Hari Kedua, 18hb (0930 - 1300) Sarapan : Nasi Dagang Ikan Gulai Lawatan 1 : Pasar Siti Khadijah  Makan : Laksa Kelantan kuah maca...

Pengalaman 30

Imej
Mengenjak usia 30, serius satu badan rasa sakit. Mata yang dulu segar kini sudah bermata panda. Kulit yang dulu bersih molek, kini sudah nampak makan usia dengan kedutan. Yang pasti kopi 3in1 tak boleh lepas dari minuman seharian aku. Usia 30 bagi aku masih lagi tahap usia yang penuh dengan cabaran. Kawan-kawan yang tempat bersuka ria, kini sudah berkeluarga. Yang dulu tidak punya apa-apa kini sudah berkereta. Sudah ada kerjaya. Usia 30 bagi aku satu kesyukuran kerana masih kuat nak tempuhi dunia. Terlalu banyak persaingan dalam usia ku 20 an dulu. Dari mencari kerja, mencari jodoh dan diri ku. Bila teringat semula, mungkin aku ada juga sedikit penyakit kemurungan ketika melihat kawan-kawan seronok bahagia di media sosial. Ada yang dapat pergi melancong setiap tahun, ada yang dapat kerja dalam bidang, ada yang dapat berkahwin dengan lelaki yang berada. Sedikit sebanyak mula rasa diri dibandingkan dengan mereka. Dengan rezeki mereka. Mengenjak usia 30, aku mula sedar sebenarnya. Untuk ...

Pengalaman Ke Kuala Terengganu 2023

Imej
Cuti Annual Leave(AL) banyak lagi ni? Nak cuti pergi mana? Luah saya. Rakan - rakan sekerja semua dah pelan cuti AL mereka 2 ke 3 bulan awal. Ada yang nak pergi Thailand, ada pergi ziarah kakak, dan ada yang nak lepak rumah jer. Buntu. Saya pun buat la checklist untuk melancong satu Malaysia. Dalam kamus fikiran rasa belum pernah lagi ke Kuala Terengganu. Saya pun laju menaip di Whatapps nombor Sara, adik nombor 5. Sara, adik saya yang paling supportive dan out going person. Jadi dengan dia mudah dan dia pun masih bercuti penggal. Whatapps juga kat group family. Tiba - tiba mak whatapps semua nak ikut. Terkejut kami. Mula la saya buat googling research apa yang menarik di Kuala Terengganu. Ambil masa juga la. Jadi ini la saya punya tentatif perjalanan secara kasar dan perbelanjaan.  Hari Pertama, 8hb  (0800 - 1800) Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu mengambil masa 10 jam komer naik kereta saya yang bawa.  Jalan kat sini sangat cantik komer. Kiri kanan nature. Menar...