Pengalaman : Rumah Belakang Kereta Api
Apa perasaan bila mana rumah yang kita sewa belakang kereta api?
Mula aku berpindah tempat kerja
ke Pulau Pinang. Kedai cawangan yang aku kerja memerlukan seorang pengurus baru
untuk memenuhi kekosongan di kedai tu. Jadi aku diminta untuk ke sana. Mula la
pencarian rumah sewa untuk aku duduki. Kalau boleh berdekatan dengan tempat
kerja lebih baik. Senang. Tak perlu pening kepala untuk hadap jem setiap hari.
Aku mula la buka Google dan juga
Facebook untuk search bilik sewa. Dua bilik sudah aku book untuk aku tengok
selepas aku balik bercuti dari Terengganu.
Tiba di Pulau Pinang, aku
berkenan dengan rumah sewa teres ni. Rumah di kawasan kampung. Rumah batu tapi
pemilik renovate rumah sampai ada 7 bilik dalam satu rumah ni. Bilik yang aku
dapat takde tingkap. Agak panas. Tapi aku sangat suka dengan rumah ni. Sesuai
sangat. Sembang dengan pemilik rumah, dia kata ada seorang lagi yang berkenan
nak kan bilik aku tu. Dia tunggu respon
seorang lagi yang tanya pasal bilik yang aku nak tu. Aku termakan dengan
kata-kata pemilik rumah.
Aku tak fikir panjang terus bank
in kan duit deposit untuk book bilik selepas dapat nombor akaun pemilik. Aku nak
secure untuk dapatkan bilik tu. Petang tu terus aku bergerak balik ke Perak.
Dalam fikiran aku, aku rasa pemilik
rumah tu main kata-kata ke dengan aku? Entah la. Aku fikir yang baik-baik saja.
Mula hari pertama aku tidur di
rumah baru ni. Kdukkk, kdukkkk, kdukkkk… Pukul 12 tengah malam. Bunyi yang aku
tak familiar. Hati aku mula resah. Bunyi apa yang bising ni. Telinga aku pasang
tapi mata aku tak buka. Rupa – rupanya, belakang rumah sewa aku ni ada landasan
kereta api. Panjang pula tu. Aku buka skrin telefon Samsung aku lebih kurang 2
ke 3 minit kereta api lalu di belakang rumah aku.
Aku tak boleh lena.
Beberapa bulan kemudian, aku
berpindah ke bilik baru. Bilik yang ada tingkap selepas aku mengadu dengan
pemilik, bilik aku panas dan aku tak selesa. Kawan serumah aku yang duduk di
bilik tu dah berhenti kerja dan berpindah. Jadi aku ditawarkan untuk pindah ke
bilik baru yang ada tingkap. Aku happy.
Tepat pukul 12 tengah malam.
Krukkk, krukkk, krukkkk. Bunyi kereta api lalu. Aku mula terbiasa dengan
keadaan rumah sewa aku sekarang. Setiap kali aku cuti. Aku akan dengar
pergerakan bunyi kereta api yang lalu di landasan tu. Bunyinya berbeza-beza
ikut fungsi dia. Ada yang bawa penumpang, ada yang bawa kargo dan ada juga
kepala kereta api saja yang ada.
Kalau KTM yang bawa penumpang
bunyi agak smooth dan laju. Untuk KTM yang bawa kargo, bunyi perlahan sedikit
tapi ada hentaman tayar ke landasan agak kuat. Aku mula menilai bunyi kereta
api yang lalu di belakang rumah aku.
Aku sekarang dah terbiasa dengan
bunyi dan gegaran dari KTM yang lalu setiap hari di belakang rumah ni. Kadang
aku tak ada rasa sunyi bila ada di rumah seorang jika dengar bunyi kereta api
ni. Aku kadang bila tersedar dari tidur dan dengar bunyi kereta api sampaikan
katil pun bergegar sekali. Tak lena tidur dah. Lagi – lagi bila KTM yang bawa
kotena dan kargo.
ooo000ooo
Ulasan
Catat Ulasan