Pengalaman : Konsert Solo Pertama Khai Bahar Di Dewan Filharmonik, Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia
Whoaaa!!!
Pertama kali pergi konsert kat Kuala Lumpur. Buang tabiat ke saya ni. Luah hati saya.
Perjalanan ke konsert pertama saya bermula bila saya ternampak iklan di Instagram bila mana Khai Bahar mahu buat konsert solo dia yang pertama. Tak fikir panjang saya whatapps kakak. Fikir nak ajak dia teman sebab kakak sekarang duduk di Selangor.
Kakak respond Ok. Jadi apa lagi terus booking tiket 2 orang seat atas wing sebelah kanan pentas.
Harga RM 382 untuk 2 seat saja. Fuh... Mahal juga bagi saya.
09/03/2023
Hari kejadian.
Malam Public Holiday. Terlalu ramai orang keluar malam tu. Kereta penuh di jalan Kuala Lumpur. Kami terlupa malam public holiday. Kakak dan saya kelaparan dalam kereta. Ingat keluar awal boleh cari makan malam dulu tapi tersesat dan jalan jem kami tak sempat nak menyinggah mana-mana.
Pelan tukar untuk kami terus ke Menara Petronas saja. Cari makan kat situ.
Mood kakak waktu tu dah ke laut sebab dia lapar dan saya pun sama. Waktu kami tiba di menara Petronas terlalu ramai orang yang kami sendiri tak pasti orang Malaysia atau bukan. Mereka ramai-ramai lepak kat situ.
Nak cari parking, pusing lagi.
Habis parking nak cari tempat ke Dewan Filharmonik pula. Ada jual makan kat situ. Kami beli roti dan air mineral. Makan sebelum masuk dewan, persembahan mula lagi 10 minit.
Settle makan. Kami ambil tempat duduk. Mana tempat kami sudah penuh dengan orang. Belah kiri saya ada adik dan ibu dia dan sebelah kanan pula pasangan laki dan perempuan.
Kami dua sembang berbisikan.
Khai Bahar mulakan persembahan dengan lagu 123.
Persembahan 2 : Dia
Persembahan 3 : Lat Tali Lat
Persembahan 4 : Luluh
Persembahan 5 : Madah Berhelah
Persembahan 6 : Kemelut Di Muara Kasih
Persembahan 7 : Bunga Larangan
Persembahan 8 : Xiang Ni De Ye
Persembahan 9 : Bimbang Serumpun Kasih Terbuang
Persembahan 10 : Fatwa Pujangga
Persembahan 11 : Umpan Jinak Di Air Tenang
Persembahan 12 : Lemak Manis
Persembahan 13 : Oh Wanita
Persembahan 14 : Ikan Dalam Kolam
Persembahan 15 : Asyik
Persembahan 16 : Santai
Persembahan 17 : Bayang
Fuh...sampai jam 12 tengah malam dengar nyanyian Khai malam tu. Saya dan kakak punya excited la tengok persembahan. Memang terbaik!
Malam sebelum persembahan, Khai sakit teruk tapi malam tu langsung tak nampak dia sakit atau hilang suara. Ramai juga rakan artis Khai yang datang malam tu, Nabila Razali, Hawa Rizwan, dan lain-lain.
Pape pun kami balik dengan selamat malam tu. Kakak tak larat jadi saya terpaksa balik awal walaupun tak sempat nak bergambar dengan Pemenang AJL 37 ni. Huhu. Sedih jap.
Kakak dan Saya
Terima kasih banyak teman.💖
Ulasan
Catat Ulasan