Pengalaman Naiki ATV di Taiping , Perak 2020
Ok nak tulis pengalaman naik ATV
ni kena ingat balik sebab dah lama berlalu. Nak ingat semula agak susah bagi
aku sebab ingatan aku macam sudah samar - samar. Tapi aku masih lagi ingat
betapa teruja nya hati aku waktu planning untuk pergi naiki ATV dengan kawan
aku, Fahkrul Hakim.
Hakim pelan untuk berada di Ipoh
untuk 2 hari 1 malam untuk kami lakukan aktiviti ATV ni bersama. Jadi kami
untuk apply la cuti bersama dan tugas aku adalah untuk jemput dan drive kami ke
kawasan ATV tu. Perjalanan kami dari Ipoh ke Taiping lebih kurang 1 jam
setengah dengan pinjam kereta ayah ku, Exora.
Setiba kami di kawasan atv, kami
perasan kami terawal la pula. Atv tak buka lagi operasi mereka. Jadi kami lepak
la sekejap di kawasan parking hotel berdekatan dengan atv tu. Jam pun berlalu. Kami
pun masuk ke kawasan atv yang penuh dengan atv yang parking berdepan dengan
kaunter mereka. Seingat aku ada lebih kurang 6 buah atv yang parking di depan.
Aku tertarik dengan kawasan interior
ATV. Kawasan mereka sangat lawa bagi aku. Seingat aku, ada bas kuning dan motor
lama sebagai hiasan kawasan atv tu. Kawasan pula waktu tu sejuk dan lembap. Pondok
kaunter hampir semua di buat dari kayu. Ada rak helmet, hiasan stereng kapal
dan peralatan ganti atv di situ.
Kami pun mula mendaftar nama
untuk aktiviti ATV. Laluan yang kami pilih adalah laluan yang paling extreme. Boleh
masuk sungai la. Selepas selesai kami tunggu giliran kami di kawasan pondok kaunter
sambil tangkap gambar.
Waktu tu aku ingat lagi, aku
dikacau oleh rakan sekerjaku yang kecoh dengan covid di kedai. Waktu tu aku tengah
bercuti mereka paksa aku ambil ujian covid walaupun aku takde di kedai. Bengang
aku waktu tu. Nasib Hakim ada covid-kit aku pun tak tau la kenapa
boleh ada dalam simpanan dia. Kalau tak kami fikir nak kena keluar kawasan atv
untuk pergi farmasi cari covid-kit tu. Entah la. Malas aku fikir. Aku pun
dengan tak rela buat la ujian covid tu dan negatif. Mood aku waktu dah mula kacau.
Selesai hal kerja dan covid. Kami
dipanggil dan kami dapat atv masing – masing. Aku dapat atv baru, warna merah
dan Hakim dapat atv lama, warna kelabu. Pekerja yang akan bawa kami ni muda
lagi pakai spek. Adik speky mula terangkan pada kami pasal laluan dan cara guna
atv kami masing – masing. Dalam hati aku excited betul!
Vroooommmmmm!!!! Bunyi atv kami. Aku
mula ikut dari belakang. Adik speky, aku dan hakim belakang sekali. Hahahah. Maaf
la lupa nama adik speky ni.
Laluan atv kami waktu tu agak
mencabar juga sebab seingat aku cuaca agak mendung dan nak hujan. Jadi keadaan tanah
di kawasan atv basah dan licin. Tapi kami
tetap teruskan juga.
Turun naik, turun naik, turun
naik kami ikut laluan hutan ni. Sampai satu check point di sungai, adik speky
minta kami ambil masa di situ untuk tangkap gambar dan mandi manda. Tapi kami
hanya setakat rendam kaki saja dan tangkap gambar.
Perjalanan pulang balik untuk ke
tempat asal lagi mencabar kat sini. Waktu ni atv Hakim tersekat di lumpur dan atv
aku tak habis – habis mati tengah jalan. Lucu sangat. Untuk pengetahuan semua,
ada beberapa check point adik speky ni akan berhenti untuk tangkap gambar kami
naik atv di kawasan hutan gunakan telefon kami. Jadi, banyak juga gambar –
gambar kami waktu tu.
Hakim dan aku sudah berpeluh walaupun
keadaan hutan waktu tu mendung dan sedikit hujan rintik – rintik. Aku lupa berapa
lama kami di laluan atv ni mungkin dalam 45 minit ke 1 jam juga.
Sesampai di check point akhir,
ada gerbang pintu yang mana kami di minta untuk parking atv di situ dan
bergambar bersama untuk kenangan. Macam – macam gaya aku nak buat tapi malu la
pula. Aku behave sikit. Hahahaha.
Akhir sekali, bagi aku aktiviti atv
ni oleh tahan mencabar bagi first rider macam kami. Kalau boleh nak saja
pusing lagi satu round untuk rasa betul – betul cara bawa atv ni.
Last but not least, kami keluar
dari kawasan atv dan terus cari makanan. Tak silap aku, kami drive thru McD. Aku
order set ayam dan aiskrim dan hakim order set burger spicy.
oooo000oooo
Ulasan
Catat Ulasan