Pengalaman Memandu SAGA 1.3L Premium S At

Cukup setahun saya memandu Saga 1.3L Premium S At untuk pergi ke tempat kerja. Jadi saya nak bagi sedikit review tentang pengunaan dan service kereta yang saya dah lakukan sepanjang setahun penggunaan kereta saga ni.

Service pertama harga lebih kurang RM 250+ untuk oil filter and tukar minyak.

Service kedua juga sama lebih kurang harga yang sama. Saya pergi ke servis kereta di DK Motor, Ipoh.

Saga pick up memang lambat. Waktu nak tekan minyak, memang dia mengejut tiba-tiba kalau tekan minyak kuat. Untuk Saga nak bagi pick up cepat perlu tekan perlahan-lahan baru kereta bergerak laju. 

Minyak petrol untuk isi penuh lebih kurang RM 60. 

Kemudian bila nak tukar ke Mod S,ini perlu perlahankan kelajuan kereta kalau tak bunyi enjin macam nak mengaum kuat. VROOOMM...gitew. 

Waktu kat highway, memang kena perlahankan kereta baru boleh tukar mod S. Baru berfungsi Mod S tu.

Kemudian untuk handbrake, selepas setahun penggunaan, handbrake Saga akan berbunyi. Kreeeekkkkk. Awal mula penggunaan handbrake ok  je tapi lama-lama berbunyi pula.

Saga ni banyak kelebihan juga pada setting safety. Contoh, bagi single lady driver, kamu boleh setkan driver lock untuk Saga ni. Maksud pintu driver saja boleh buka jika tekan unlock button tu, dan pintu penumpang lock. 

Caranya

1. Tekan butang atas dan butang kedua serentak.

2. Keluar lampu kereta klip 2 kali

3. Done setting.

Jadi kalau memandu seseorang ataupun isi minyak takde orang ambil kesempatan untuk curi barang.

Kemudian, bonet pun boleh buka dengan guna kunci lock sekali. 

1.Tekan lama-lama. Puuh. Bonet buka.

Hahaha, bonet sensor macam Porsche tu takde la tapi ada la automated kat situ.

Kemudian, bila mati kereta. Lampu tengah akan auto menyala dan screen akan remind kita untuk ambil barang2 sebelum keluar.

Kalau lupa nak matikan lampu kereta atau tarik handbrake. Kereta akan berbunyi macam remind untuk check semua yang patut sebelum keluar kereta.

Jadi ini la penggunaan untuk jangka masa setahun lebih yang saya rasa setakat ni. Tak minta banyak untuk kereta Saga sebab saya guna untuk tunjuk mudah ke tempat kerja dan ulang alik keliling Malaysia.

Akhir kata, moga Saga terus bertahan dalam dunia automotif💪.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing