Pengalaman Ke Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan 2024

Syukur,  alhamdulillah dapat bercuti lagi ke sebelah pantai barat Malaysia. Pasir Mas  Kelantan. 

Kali ni takde la itinerary untuk jalan mana. Perancangan mudah saja. Saya call Jea. Jea ialah kawan sama kos dengan saya dulu  waktu belajar di USM. Dia la yang beria jemput kita mai Kelantan ni. Kebetulan AL yang ada masih banyak tak terguna. Saya pun terus tempah tiket bas dari Ipoh ke Pasir Mas.

Ini saya kongsi perjalanan saya pusing Pasir Mas dan Kota Bharu , Kelantan.

Hari Pertama, 17hb

(1030 - 1600)
Cafe 
Perjalanan naiki bas Express Mutiara, seat single 8A, tingkat atas. 
Tiket : RM 34.10
Dari Terminal Amanjaya,Ipoh ke Terminal Bandar Tasek Raja, Pasir Mas.

Zus Coffee : RM 12
Pengangkutan : Kereta Jea
Penginapan : Rumah Jea
Makan malam : Cafe Kopibeng  Pasir Mas
1. Chicken Chop
2. Honey Lemon
3. Cake Indulgence 

Hari Kedua, 18hb

(0930 - 1300)

Sarapan : Nasi Dagang Ikan Gulai
Lawatan 1 : Pasar Siti Khadijah 
Makan : Laksa Kelantan kuah macam laksam , Teh O Beng
Kuih Akok dan Tepung Gomak
Lawatan 2 : Kafe Atas
Makan : Vanila Latte 
Kek Cheese Chocolate 
Croissants Strawberry 
Spaghetti Olio
Lawatan 3 : Kafe Kek & Hutan
Kuih Sarawak Perisa Rainbow,  Cheese, Red Velvet, Oreo, Dark Chocolate.

Makan malam Jea dah beli siap. 
Makan : Mee Celup, Satay Ikan, Loching, Ikan Selar Goreng , Nasi Kerabu 
Waktu malam tak keluar, kami lepak dekat depan TV pastu main dengan anak sulung Jea, Hana Alina. Baru umur 2 tahun tapi bijak. 

Hari Ketiga, 19hb

(0900 - 1030)

Lawatan 4 : Rumah Dodol
Dodol Pandan, Original dan Durian 
Kuih Kapit, Keropok Ikan
Kacang Tumbuk
Lawatan 5 : Pasar Bandar Tasek Raja
Makan : Sup Keting dan Teh O Beng
Shopping : Keropok lekor, Sos cili, Pulut Beras

Pukul 1030 kami pun parking kat stesen bas Bandar Tasek Raja sambil tunggu bas Express Mutiara sampai. Tiket bas sini RM 34.20 dari Terminal Bandar Tasek Raja ke Terminal Amanjaya Ipoh. 

Sekejap sungguh jalan ke Kelantan ni sebenarnya. Tak cukup 3 hari. Memang kena ambil sampai 5 hari cuti kalau betul nak explore negeri Kelantan.

Terima kasih juga atas keluarga Jea sebab budi dan jasa bagi kawan dia sorang ni tumpang. Banyak sebenarnya Jea belanja. Insyaallah rezeki lebih kita belanja Jea dan keluarga pula. Insyaallah moga murah dan lapang rezeki kami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing