Pengalaman 30
Mengenjak usia 30, serius satu badan rasa sakit.
Mata yang dulu segar kini sudah bermata panda.
Kulit yang dulu bersih molek, kini sudah nampak makan usia dengan kedutan.
Yang pasti kopi 3in1 tak boleh lepas dari minuman seharian aku.
Usia 30 bagi aku masih lagi tahap usia yang penuh dengan cabaran.
Kawan-kawan yang tempat bersuka ria, kini sudah berkeluarga.
Yang dulu tidak punya apa-apa kini sudah berkereta.
Sudah ada kerjaya.
Usia 30 bagi aku satu kesyukuran kerana masih kuat nak tempuhi dunia.
Terlalu banyak persaingan dalam usia ku 20 an dulu.
Dari mencari kerja, mencari jodoh dan diri ku.
Bila teringat semula, mungkin aku ada juga sedikit penyakit kemurungan ketika melihat kawan-kawan seronok bahagia di media sosial.
Ada yang dapat pergi melancong setiap tahun, ada yang dapat kerja dalam bidang, ada yang dapat berkahwin dengan lelaki yang berada.
Sedikit sebanyak mula rasa diri dibandingkan dengan mereka. Dengan rezeki mereka.
Mengenjak usia 30, aku mula sedar sebenarnya.
Untuk tanam sifat syukur dan juga sabar dalam diri.
Rezeki aku tak sama dengan mereka.
Kena mula perbaiki diri dari segi rohani dan juga fizikal.
Aku manusia biasa.
Perlu fokus apa yang ada disekeliling.
Cari ilmu dan mentor untuk perbaiki diri.
Hargai orang yang menyayangi kita dan mula sayangi diri sendiri.
Usia 30 ni satu usia yang mana kehidupan tak seperti yang kita mahu.
Usaha adalah satu cara tapi tawakal kepada Allah adalah satu perkara lagi.
Bila berseorangan mula lemah.
Tapi perlu kuat untuk jalani hidup kerana selalu ingat pengakhiran bukan di sini.
Di usia 30 ni, ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian satu nikmat yang aku impikan sejak dulu lagi.
Ya.
Ada yang dikejar tak dapat.
Putus asa tu pun kadang ada juga.
Tapi tak tahu kenapa hati masih lagi mahu teruskan.
Walaupun ada rasa sunyi, tapi hati automatik rasa nak berselawat dan berzikir.
Moga usia 30 ni aku ambil pengajaran dalam segala hal.
Aku manusia biasa.
Aku cepat penat. Bila penat aku terus tidur.
Nak bersekang mata pun susah sekarang.
Kepada usia 30 aku tanamkan nasihat ini sebagai peringatan buat aku terus kuat nak hadapi usia-usia lain.
“Dunia tempat kita bercucuk tanam,
Akhirat tempat kita menuai hasil.”
Moga urusan kita di dunia dipermudahkan dan kita tidak diuji seperti umat yang sebelum ini yang kuat ujian.
Ulasan
Catat Ulasan