Pengalaman Ke Kuala Terengganu 2023

Cuti Annual Leave(AL) banyak lagi ni? Nak cuti pergi mana? Luah saya. Rakan - rakan sekerja semua dah pelan cuti AL mereka 2 ke 3 bulan awal. Ada yang nak pergi Thailand, ada pergi ziarah kakak, dan ada yang nak lepak rumah jer.


Buntu. Saya pun buat la checklist untuk melancong satu Malaysia. Dalam kamus fikiran rasa belum pernah lagi ke Kuala Terengganu. Saya pun laju menaip di Whatapps nombor Sara, adik nombor 5. Sara, adik saya yang paling supportive dan out going person. Jadi dengan dia mudah dan dia pun masih bercuti penggal.

Whatapps juga kat group family. Tiba - tiba mak whatapps semua nak ikut. Terkejut kami.
Mula la saya buat googling research apa yang menarik di Kuala Terengganu. Ambil masa juga la. Jadi ini la saya punya tentatif perjalanan secara kasar dan perbelanjaan. 


Hari Pertama, 8hb 


(0800 - 1800)

Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu mengambil masa 10 jam komer naik kereta saya yang bawa. 
Jalan kat sini sangat cantik komer. Kiri kanan nature. Menarik!


Isi minyak 1 : RM 50 (minyak di kereta ada lagi separuh isi penuh rm 50)
Touch&Go : RM 100
Penginapan di Anjung Pantai Seberang, 3 hari 2 malam di Agoda.com. : RM 366.79 Rekomen! 
Tol Grik : RM 2.98
Lunch : Kelantan RM 78 
Isi minyak 2 : RM 40 (di Kuala Terengganu)
Dinner : Food Truck Drawbridge

Hari Kedua, 9hb


(0800 - 1000)
Lawatan 1 : Pasar Payang
Sarapan : Nasi Kerabu 3 pax RM 39 termasuk air
Shopping : Baju kelawar 5 pcs, t shirt Terengganu 3 pcs, batik lelaki 2 pcs, keropok RM 343


(1030 - 1130) 
Lawatan 2 : Muzium Negeri Terengganu
Dewasa : RM 5 
Gambar : RM 50 (ada bingkai snow)


(1200 - 1400)
Lawatan 3: Tamadun Islam (TTDI)
Dewasa : RM 40
Lawatan 4 : Masjid Kristal, solat jamak qasar sini


(1700)
Petang : Mandi Swimming Pool


(1930 - 2100)
Dinner : Sotong bakar, sotong goreng, ikan siakap stim, sayur ikan masin tomyam (adik nombor 3 belanja)


Hari Ketiga, 10hb


Check Out : 0800
Shopping : Keropok Lekor (RM 50)
Sarapan : Roti Tossai Kuala Terengganu (mak belanja)
Isi Minyak 3+ 4 : RM 100

Tol : Tak ingat berapa
Lunch : KFC 

Hujan lebat dekat highway waktu kami balik. Memang bawa perlahan la. Sampai Ipoh pukul 6 petang.

Perjalanan balik kami pun ambil masa 10 jam dan kami ikut jalan highway Karak lepastu sesat. Hahaha...family waktu ni dah stress. Alhamdulilah semua selamat sampai.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing