Pengalaman Temuduga COS (Contract of Service) Guru 2026

 Aku terbaca artikel tentang pengambilan guru sambilan untuk tahun 2026 ketika aku tengah melayan skrol media sosial. Buat aku rasa hendak cuba untuk jawap UKCG pada tarikh yang ditetapkan. Aku dikira layak kerana memenuhi kehendak pengambilan guru ini. Aku cuba nasib.

Selang beberapa hari. Keputusan keluar. Aku minta abang tengok kan keputusan UKCG. 

LULUS!

Abang cium dahi aku malam tu. Ucapkan tahniah. Aku senyum.




Waktu temuduga.

Aku berpakai warna sage green dengan bername tag Nadzirah. Aku bawa bahan mengajar bersama aku.
Aku nervous.

Kami di minta tunggu di ruang bilik menunggu untuk di ambil BMI , berat dan tinggi dan juga kehadiran. Ramai calon pada hari aku temu duga.

Kumpulan aku terdiri daripada seorang lelaki berusia 20-an, seorang perempuan India dan tiga orang perempuan Melayu termasuk aku. Dua berstatus sudah berkahwin dan mempunyai anak. 

Selepas selesai pendaftaran. Kami di minta untuk naik ke ruang menunggu di tingkat 1 bangunan untuk disemak dokumen yang berkenaan. Dokumen aku ada masalah di bahagian MQA. Kos aku tak diiktiraf ketika pengambilan tahun aku belajar. Aku di minta untuk cari yang baru. Aku sudah gelabah waktu ini.

Kemudian kumpulan kami dipanggil masuk ke bilik 2. Kumpulan kami ada 2 orang panel lelaki yang bergelar Doktor. 

Kami masuk dan terus dengan Penyata Hasrat masa di berikan 2 minit.

Kami mula di minta temu duga pertama iaitu penyata hasrat yang kami tulis dan soalan - soalan berkaitan dengan latar belakang kerja kami, isu semasa berkaitan dengan pengajaran dan subjek apa yang kami berminat untuk mengajar.

Kami bermula dari pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang.

Aku lega selepas selesai temu duga. Kami pun bertukar - tukar nombor antara ahli kumpulan sehingga dapat keputusan. 




Bahan mengajar yang aku bawa untuk sesi mengajar Matematik.
    
                                                                            ~ooo000ooo~







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia