Pengalaman Korban 2026

Korban pertama aku di Kuala Kangsar. Suami aku merupakan salah seorang petugas yang akan menumbangkan lembu di Masjid Ridzawaniah. Sana diorang sembelih 5 ekor lembu saja. Satu bahagian yang aku tahu ialah rm 850.

Lembu kat sana banyak warna dari warna putih ke hitam. Menarik aku tengok.

Selepas solat sunat kami pergi ke belakang masjid untuk tengok keadaan lembu nak disembelih. Pihak masjid ada sediakan sarapan untuk petugas yang nak sembelih dan mereka juga jemput penama dan orang ramai yang hadir untuk sarapan sekali. Sarapan sedap. Teh tarik pun ada. Aku dan keluarga suami pun menjamu selera sementara tunggu petugas untuk mulakan aktiviti korban.





Jam dah tunjuk pukul 9.30 pagi. Petugas korban yang terlibat dapat baju korban warna ungu. Lawa warna ungu ni." Aku kata pada mak mertuaku yang aku panggil Mama. Abang pun dapat juga walaupun mula tak pasti akan buat korban di masjid ni. Abang kata anak sedara panggil masjid Atok sebab arwah babah selalu datang untuk solat kat masjid ni.

Mula orang takbir. Aku lihat lembu pertama warna coklat pekat. Tumpang di tepi jentolak yang parking di bawah bumbung parking sendiri. Lembu ni abang sulung , Abang Azrul yang sembelih dan abang tukang untuk tumbangkan lembu sekali dengan petugas yang lain. 

Lembu kedua pula.Warna coklat pelan.

Tiba - tiba dengar bunyi bising dari orang ramai. Apa yang berlaku aku tak pasti sebab aku duduk di khemah tempat mereka sediakan makanan. Aku tak berani nak tengok mereka sembelih lembu, takut kesian. 

Abang jatuh.

Lutut berdarah. Seluar koyak di bahagian lutut. Tempat tumbang kan lembu kedua berlopak jadi abang tergelincir kerana lembu tarik semula tali yang abang pegang. 

Lembu ketiga. Warna coklat lebih pelan dari lembu kedua.

Aufa, anak sedara abang panggil aku untuk balik ke rumah dengan kereta kak zue, kakak ipar abang. Kereta aku tinggalkan dengan abang untuk balik ke rumah nanti dengan yang lain. 

Anak perempuan Kak Zue. Athirah, Aqilah, Aufa, kakak abang, Kak Yang dan anak -anak lelaki, Adam dan Amir, Mama dan aku tumpang kereta Alza Kak Zue untuk kami balik ke rumah. Kami ikut jalan belakang masjid sebab tak nak buka selipar tapi akhir buka juga untuk lalu di ruang dalam masjid untuk elak semak samun. Aku ikut saja belakang mereka. Kak Yang dengan Mama lambat sikit ke belakang, tengok sarapan yang tinggal di khemah makanan. 

Sampai di kereta Kak Zue. Ada sebuah kedai runcit jual jajan, aiskrim. Anak -anak sedara semua teringin nak beli jajan ni. Amir mulakan nak asam akhir sekali semua dapat aiskrim dan mainan kak zue belanja. Aku mereka pelawa aiskrim, aku dapat satu aiskrim perisa kacang merah. Aku simpan untuk makan kemudian.

Kami balik ke rumah Mama dengan Kak Zue bawa kereta. Menyempat lagi Kak Zue beli rempeyek kacang sebelum terus kan perjalanan selepas dipelawa orang kedai untuk ambil makan sample rempeyek pada Kak Zue. Kak Zue teracun dan beli la satu bekas besar rempeyek sebelum terus kan perjalanan balik ke rumah Mama.

                                                        

                                                                        ~ooo000ooo~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia