Pengalaman kerja di Kaison Furnishing

1 Julai 2018

Saya menjejak kaki di Kaison Furnishing sebagai seorang management dan sekarang sudah hampir 5 bulan bekerja di sini. Rezeki dan jalan yang Tuhan tunjukkan untuk saya teruskan kehidupan saya.

Untuk pengetahuan semua, saya mulanya tak mengharapkan pun untuk dapat vacancy ni sebab dah banyak kali gagal dalam interview sebelum ni jadi xde la letak harapan tinggi untuk jawatan ni. Tapi alhamdulillah, syukur sangat sebab diterima kerja ni...huhu.

Jawatan yang saya pegang sekarang adalah sebagai retail management. Skop kerja ni memerlukan skill multitasking sebab kita kena handle semua perkara berkenaan dengan management seperti HR, Inventori, IT dan macam-macam lagi. Setakat ni kerja management ni semua nampak baru untuk saya dan agak memenatkan sebab sebelum ni saya tak pernah uruskan kedai cawangan macam Kaison ni.

Saya nak cerita sikit sejarah kedai Kaison Furnishing SDN BHD ni sikit.
First of all, nama Kaison adalah nama bos besar Kaison iaitu Mr. Tan Ling Kai dan perkataan Son. Mr. Tan gabungkan nama dia dan Son sebab percaya perkataan Son ni adalah trending dalam buka kedai dan dia perasan kedai yang ada perkataan Son ada 'ong' dan laku...(dgr dari senior2 la)

Dan sebab kan Mr. Tan fokus dalam penjualan barang-barang perhiasan rumah jadi dia letak la nama Furnishing. So, jadilah Kaison Furnishing SDN BHD.

Kaison Furnishing SDN BHD headquarters (HQ) ni asal nya di Sabah, Malaysia. Dan Mr. Tan ni orang cina Sabah. Yup, Kaison adalah syarikat milik Malaysia bukan Jepun, Korea ,atau China.

Barang-barang Kaison pula kebanyakan diimport dari luar negara dan Kaison tak jual barang hak cipta terpelihara macam Hello Kitty.

Kaison belum lagi mempunyai website mereka sendiri dan hanya boleh didapati search Kaison di Facebook dan Instagram saja.

Jadi setakat ni, bekerja dengan Kaison agak mencabar dan peluang untuk kenaikan di Kaison agak susah. Jika nak timbang pengalaman boleh ambil kat sini bagi yang baru nk up macam saya.

Agak-agak kerjaya di bahagian retail ni boleh ke demand gaji?
Sis cuba siasat dulu...

                                                              ooo00000ooo



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia