Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2026

Pengalaman Temuduga COS (Contract of Service) Guru 2026

Imej
 Aku terbaca artikel tentang pengambilan guru sambilan untuk tahun 2026 ketika aku tengah melayan skrol media sosial. Buat aku rasa hendak cuba untuk jawap UKCG pada tarikh yang ditetapkan. Aku dikira layak kerana memenuhi kehendak pengambilan guru ini. Aku cuba nasib. Selang beberapa hari. Keputusan keluar. Aku minta abang tengok kan keputusan UKCG.  LULUS! Abang cium dahi aku malam tu. Ucapkan tahniah. Aku senyum. Waktu temuduga. Aku berpakai warna sage green dengan bername tag Nadzirah. Aku bawa bahan mengajar bersama aku. Aku nervous. Kami di minta tunggu di ruang bilik menunggu untuk di ambil BMI , berat dan tinggi dan juga kehadiran. Ramai calon pada hari aku temu duga. Kumpulan aku terdiri daripada seorang lelaki berusia 20-an, seorang perempuan India dan tiga orang perempuan Melayu termasuk aku. Dua berstatus sudah berkahwin dan mempunyai anak.  Selepas selesai pendaftaran. Kami di minta untuk naik ke ruang menunggu di tingkat 1 bangunan untuk disemak dokumen yang...

Pengalaman Korban 2026

Imej
Korban pertama aku di Kuala Kangsar. Suami aku merupakan salah seorang petugas yang akan menumbangkan lembu di Masjid Ridzawaniah. Sana diorang sembelih 5 ekor lembu saja. Satu bahagian yang aku tahu ialah rm 850. Lembu kat sana banyak warna dari warna putih ke hitam. Menarik aku tengok. Selepas solat sunat kami pergi ke belakang masjid untuk tengok keadaan lembu nak disembelih. Pihak masjid ada sediakan sarapan untuk petugas yang nak sembelih dan mereka juga jemput penama dan orang ramai yang hadir untuk sarapan sekali. Sarapan sedap. Teh tarik pun ada. Aku dan keluarga suami pun menjamu selera sementara tunggu petugas untuk mulakan aktiviti korban. Jam dah tunjuk pukul 9.30 pagi. Petugas korban yang terlibat dapat baju korban warna ungu. Lawa warna ungu ni." Aku kata pada mak mertuaku yang aku panggil Mama. Abang pun dapat juga walaupun mula tak pasti akan buat korban di masjid ni. Abang kata anak sedara panggil masjid Atok sebab arwah babah selalu datang untuk solat kat masjid ...