Catatan

Tunjukkan catatan dari 2026

Kerja Kampung : Pagi Di Rumah Abah

Imej
Rumah Abah bukan la rumah kampung pun tapi banyak kerja - kerja kampung yang boleh buat kat rumah abah ni. Sebaik saja saya sampai di rumah abah, mak minta saya parut kan kelapa yang abah sudah buang sabut nya. Kat rumah abah ada mesin parut, jadi senang untuk parut. Haritu abah beli mesin parut manual yang kita kena duduk dan parut kelapa. Payah benar nak memarut nya. Adik bongsu perempuan aku, Sarah yang rajin tolong parut kelapa dengan parut manual tu. Moga dia sentiasa dimurahkan rezeki. Ini hasil nya lepas parut 4 biji kelapa. Gigihkan kita. Banyak tak hasil. Agak kotor la tempat tapi nanti kita bersihkan juga ni. Habis memarut kita pergi la tengok abah bagi makan kat ayam - ayam dia. Kesian juga dengan abah, anjing selalu 'koyak'kan reban ayam untuk makan ayam abah. Kitanya dengar aje la rintihan dia. Daun - daun kering, ranting abah kumpulkan untuk buat bakar.  Kerja - kerja kampung yang abah buat untk isi masa lapang dia. ...

Kebun Mini : Botol Plastik Jadi Pasu Bunga Gantung

Imej
Aku buat botol plastik jadi pasu!!! Projek kebun mini aku menjadi selepas aku tengok video di TT aku save sekejap dan minta tolong suami kumpulkan botol air untuk aku mulakan projek kebun mini CikNadz! Harini syukur sangat ada peluang masa dan tempat untuk aku laksana projek kebun mini aku ni.  Sekarang aku kena tunggu hasil pula. Cerita dia macam ni... Haritu aku teringin nak makan sayur kangkung tapi bila cari kat supermarket tak jumpa.  Akhir cerita, aku pun pergi la cari benih kangkung untuk aku mulakan menanam sayur aku sendiri. Dah susah benor nak carinya.  Ni cara aku buat projek diy plastik botol jadi pasu bunga/sayur aku. Selamat Mencuba!                                 Hasil akhir 1.Lukis kawasan yang kita nak potong dulu macam gambar atas ni. 2.Jarak dekat lukis comot kita, asal ada garisan untuk kita potong nanti. 3.Siap potong. Nampa...