Ted Talks : Hidup Mempunyai Lebih Maksud Selain Daripada Mencari Kegembiraan dari Emily Esfahani Smith



 Hidup.

Adakah hidup sekadar mencari kegembiraan?



Saya ingin kongsikan tentang apa yang saya dapat melalui Ted Talks Emily mengenai hidup bukan sekadar mencari kegembiraan.



Video Emily ni sudah 4 juta penonton yang menonton youtube beliau. Terkejut saya bila mana orang ramai banyak yang mencari apa makna hidup mereka. 



Bagi kita orang Islam makna hidup kita sudah pun pasti, iaitu mencari redha Allah dari segi apa pun yang kita lakukan. Itu yang indahnya tentang Islam bila kita dalami. 



Emily bercerita di dalam Ted Talks beliau yang makna hidup mempunyai empat tunggak utama, selepas beliau membuat kajian tentang makna kegembiraan dalam hidup. Beliau berhujah takkan la hidup hanya untuk mencari kegembiraan saja. Jadi saya dengan masa yang terluang ini saya gunakan untuk simpulkan video Ted Talks Emily di dalam blog saya ni.


 Selamat membaca.



Empat tunggak utama makna kehidupan dari Emily:


Pertama : Kepunyaan (Belonging)


Kepunyaan memberi nilai dalam diri kita seperti mempunyai satu hubungan yang baik yang boleh menaikkan nilai sebenar dalam diri kita. 



Kepunyaan pula ada yang cenderung kepada kepunyaan yang tidak baik atau cheap beloging. Di mana orang menilai kita dari apa yang kita percaya, siapa yang kita tak suka, perkara yang kita pilih dan bukan sebagai diri kita sendiri.


Kepunyaan yang baik pula cenderung kepada rasa suka, sayang, cinta perkara yang kita lakukan, dengan siapa kita lakukan, kerana apa yang kita buat. 



Sebagai contoh yang Emily berikan seperti dalam situasi Syafiq. Syafiq membeli surat khabar dari kedai yang sama dan bertegur sapa dengan pemilik kedai tersebut setiap hari. Mereka membina hubungan kepunyaan (belonging) di situ. Suatu hari, Syafiq tiada duit kecil untuk membayar surat khabar beliau lalu membeli sesuatu dari kedai lain dan ingin membayar ke pemilik kedai surat khabar tersebut. Tetapi ditolak oleh pemilik kedai itu. Syafiq rasa terkilan sebentar dengan tindakan pemilik kedai tersebut. 



Di sini Syafiq sudah pun membina hubungan kepunyaan dengan pemilik kedai tersebut sehingga Syafiq terguris hati apabila niat baik Syafiq ditolak oleh pemilik kedai itu.



Emily meyimpulkan bahawa kehidupan kepunyaan yang bersumberkan rasa suka, sayang, cinta ini memberi impak kepada seseorang dengan menaikkan semangat dan nilai dalam diri seseorang secara tidak langsung.



Kedua : Tujuan(Purpose)


Tujuan merupakan tunggak kedua yang Emily percaya memberi impak kepada seseorang untuk mencari makna hidup. Tujuan membawa maksud memberi sesuatu yang bermakna dalam diri seseorang dan masyarakat. Ianya bukan sesuatu yang kita mahukan tetapi sumbangan kita kepada orang lain memberi kesan yang mendalam dalam hidup seseorang.



Emily percaya tujuan adalah berbeza dari mencari kerja yang membuatkan kita gembira. Sebagai contoh, seorang jururawat tujuan nya adalah untuk merawat orang manakala penulis seperti Emily tujuannya untuk menulis kisah untuk disampaikan kepada orang ramai. Kadang kala jika seseorang itu terlalu khusyuk dengan kerja, mereka boleh lupa dengan keadaan sekeliling dan masa yang diluangkan. Itulah tujuan. Tidak kisah berapa lama mereka luangkan masa dan tenaga hanya untuk memenuhi tujuan itu



Kunci kepada tujuan adalah mengunakan seluruh tenaga kita untuk menyiapkan atau memenuhi tujuan itu. Kebanyakkan orang menggunakan tenaga itu dengan kerja yang mereka lakukan. Ini juga memberi rasa kepunyaan kepada seseorang bila berada di tempat kerja. Mereka dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat secara langsung.



Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatif bila seseorang tiada tujuan dalam hidup mereka maka wujudnya kurang interaksi di dalam tempat kerja, pengangguran, kekurangan tenaga kerja dan sebagainya.



Ketiga : Kewujudan(Transcendence)


Kewujudan ini adalah sesuatu peristiwa yang ganjil dan jarang sekali berlaku. Ia perkara yang dapat mengangkat semangat seseorang sehinga mereka lupa dengan keadaan sekeliling seperti masa. 



Contoh, Emily seorang penulis, bila dia tengah tekun menulis atau masuk ke dalam zon menulis, dia tidak perasan masa berlalu dengan cepat. Dengan menulis Emily dapat memberitahu dunia tentang kewujudan beliau.



Keempat : Bercerita(Story Telling)


Bercerita dapat memberitahu kisah diri kita kepada orang lain. Kita boleh menambah, mengubal, mentafsir jalan cerita kita dengan cara lebih menarik apabila bercerita kepada masyarakat. 



Emily memberi contoh seorang pemain bola, Haziq telah patah kaki disebabkan cedera ketika bermain dan menceritkan ke Emily yang hidupnya sudah berubah 360 darjah. Dia berasa sangat sedih dan kecewa dengan perkara yang berlaku pada diri dia. Harapan Haziq untuk menjadi pemain bola terkubur begitu sahaja.



Setelah beberapa tahun, Emily berjumpa kembali Haziq dan Haziq nampak sangat berbeza. Haziq kini nampak lebih ceria, kacak dan kemas dari sebelum ini. Emily mendengar kisah Haziq bahawa beliau telah jumpa tujuan hidup beliau iaitu menjadi jurulatih sukan. 



Emily menyimpulkan bahawa cerita Haziq adalah satu kisah penebusan atau redemption story. Sebelum ini, Haziq kecewa dengan hidupnya kerana tujuan untuk menjadi pemain bola tidak tercapai, tetapi Haziq bangkit semula dan menemui tujuan lain di dalam hidup beliau.



Itulah empat tunggak hidup yang Emily sampaikan dalam Ted Talks beliau yang dapat saya huraikan.


Kepunyaan/Belonging

Tujuan/Purpose

Kewujudan/Transendence

Bercerita/Story telling


 Emily memberi kata akhir dalam video Ted Talks beliau iaitu:


          "Having meaning in life give you something to hold on too."

    


                                            ooooo0000ooooo










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing