Cara Buat Duit Online 2: YouGov Survey

 Lagi cara nak buat duit secara online yang saya dah praktik.

Tapi yang ini saya tak rekomen kot orang Malaysia download.

Nama aplikasi ni dipanggil YouGov. Aplikasi menjawab survey-survey yang diberikan setiap minggu atau hari. Macam biasa aplikasi ni pun kena kumpul mata juga. Dengan mata tu boleh redeem items atau cash.


Bila download saja apps ni, saya kena jawap beberapa survey kenalkan diri dan kat situ saya dapat 50 mata. Kemudian saya akan dapat notifikasi dari apps untuk saya jawap survey yang seterusnya. 


Logo untuk aplikasi YouGov



Disini kena pilih bahasa sama ada mahu survey dalam bahasa Melayu atau bahasa lain. Banyak pilihan bahasa apps ni tawarkan yang meliputi satu dunia agaknya. Saya pilih Bahasa Inggeris British. Jadi survey saya semua dalam bahasa Inggeris memanjang. Chill.


Jangka masa nak jawap satu survey akan mereka nyatakan di survey tu. Tak lama mana pun, selalu saya dapat 2-3 minit aje. Jawapan pun dah bagi cuma tanda kat jawapan saja, macam abc tu.


Sepanjang pkp ni saya hanya jawap 2 survey aje dalam apps tu. Sedu betul. Rasanya dah tak aktif kot. Mungkin sebab percuma?


Mata yang perlu saya mestilah 5,000 mata untuk redeem 4 perkara ni.

1.RM60 Mobile credit top up

2.RM70 Paypal

3.2500 Air Asia BIQ Point

4.UNICEF Donation


Target saya untuk pilihan nombor 1 atau 2. No. 3 macam menarik tapi bila tengah pkp memang takdan la nak melancong mana-mana.

Banyak lagi nak kena kumpul mata ni komer...


Jadi bagi saya tak berbaloi untuk download apps ini, sebab survey yang masuk untuk tahun 2021 ni pun macam takde aje. 


oooo000oooo



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing