Pengalaman : Guna Toilet Air Blaster Untuk Tandas Cangkuk yang Tersumbat Part 1

 Tandas rumah sumbat komer!!!


Waktu PKP ni ujian betul bila satu-satunya tandas cangkuk kat rumah tiba-tiba tersumbat. Menangis saya bila balik kerja tengok bilik habis basah kena air tandas haritu. 


Bukan apa kalau air bersih okay la, tapi ni air kumbahan dari tandas yang kotor, nasib takde najis melimpah. Nak dijadikan cerita terpaksa la angkat semua barang yang basah kita jemur bawah matahari. Habis buku naik kulat semua. Sedih sangat.


Dah tak tahu nak baiki tandas sumbat macam mana, saya jalan-jalan di Shopee tengok barang yang boleh tolong untuk betulkan tandas tu.


Saya beli la satu barang ni nama dia Air Blaster. Ternampak dekat senarai preferred  untuk search  tandas sumbat jadi saya rasa nak cuba jer. Harga waktu saya beli RM 45 ringgit tak termasuk postage J&T. Terima pun dalam 3 hari dah sampai rumah.




Dalam bungkusan tu ada 7 barang yang pembekal sediakan termasuk manual. Manual tu dalam bahasa Inggeris.


Dapat bungkusan lebar gini.


Mula terima
air blaster  ni memang  blur tak tahu nak pakai. Baca manual pun tak faham. Jadi minta la bantuan abah untuk tolong sekali. 


Kebetulan pula sinki dapur pun nak buat hal, tersumbat. Jadi saya cuba test dulu di sinki. BOOM!!! Kuat betul bunyi alat ni. Bila tembak sekali macam bunyi bom meletup. Kuat giler la. Terkejut saya waktu tu. Air pun merencik sekali kat muka dan badan sikit. Yelah, air tersumbatkan. Alhamdulilah, berkesan lepas tiga kali tembak.


Untuk sinki dapur saya gabungkan dua peralatan ni:



Alat untuk sinki dapur. 
Bahagian depan.

Alat untuk sinki dapur.
Bahagian sisi.


Penembak tekanan.


Dah siap pasang dia akan jadi macam ni. Tak susah pun nak pasang, sambungkan jer.


Pam kaki
 Ni kena sambung ke bahagian muncul penembak. Pam macam pam tayar basikal jer.


Pam kaki sambung dekat muncung alat penembak tadi. Kemudian pam sampai jarum naik 5 bar. Tak boleh lebih tau, nanti tak boleh nak kawal tekanan udara bila tembak kat sinki tu.


Ada lekat lagi amaran untuk pam sehingga 5 bar sahaja.


Saya dah cuba untuk sinki dapur dan ianya sangat berkesan lepas tembak 3 kali. Agak penat juga sebab kena pam angin pun 3 kali. Jadi kat sinki dia sangat berkesan sebab saluran paip tak panjang.


Untuk sinki dapur LULUS! Tak payah guna asid. Sinki dapur boleh guna macam biasa.


Tapi macam mana untuk tandas cangkuk saya pula? Tak settle lagi ni. Hmmm...

oooo000oooo





                                                     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing