Ted Talks : Bagaimana nak Cepat Belajar Sesuatu
Hampir separuh masa saya hari ini hanya fokus menguruskan rumah.
Membeli belah.
Belajar memasak.
Memasak.
Membuat manisan sagu melaka.
Membasuh kain.
Melipat kain.
Melayan adik dengan kerja kursus.
Menyapu rumah.
Dan seterusnya.Duduk rumah tiada masa nak berehat jika kita hanya ada sehari cuti untuk seminggu. Meluang masa untuk keluarga dan diri sendiri.
Jam dah pukul 5 petang dan kebetulan saya baru selesai membuat manisan sagu melaka. Buka je Youtube saya terjumpa Ted Talks tentang Josh Krufman. Niat nak buka Youtube ni sebenarnya nak mencari cara bagaimana saya nak tingkatkan skil saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Tujuan supaya apa yang saya sampaikan dapat difahami oleh orang disekeliling saya tanpa perlu orang lain terangkan semula. Saya pun perlu cara untuk tingkatkan keyakinan diri saya.
Nak dijadikan cerita, saya dapat ternampak tajuk Youtube Ted Talks - "Bagaimana nak cepat belajar sesuatu". Tajuk ini sangat menarik bagi saya.
.......................................................................................................................................................................
Ted Talks ini disampaikan oleh Josh Krufman.
Permulaan Ted Talks beliau bermula dengan Josh mendapat seorang anak, Lelo yang mengubah cara hidup beliau dan isteri beliau. Josh berpendapat dia tidak mahu Lelo menjadi penghalang untuk beliau belajar sesuatu. Kehadiran Lelo merupakan satu keajaiban yang Josh tak dapat ungkapkan.
Walaubagaimanapun, Lelo juga banyak mengambil masa Josh dalam kehidupan seharian beliau. Hal ini kerana, Josh merupakan seorang penerbit yang berkerja dari rumah dan seorang ayah baru. Jadi, Josh perlu belajar sesuatu dengan cepat dan tidak ambil terlalu banyak masa lagi dengan adanya Lelo.
Seperti manusia lain, Josh mula mencari maklumat dari buku-buku dan website yang boleh beliau capai ketika itu. Banyak masa beliau habis dengan mengkaji lalu Josh mendapat satu kesimpulan. Kesimpulan dari kajian tersebut bahawa manusia memerlukan 10 ribu jam untuk menjadi pakar dalam sesuatu perkara, iaitu bersamaan dengan 5 tahun!
Terkejut Josh!
Josh tak mempunyai 5 tahun. Josh tiada masa untuk 5 tahun. Josh pun mencari lagi dan membuat lebih kajian. Josh jumpa sesuatu yang menarik. Josh mendapat teknik baru bagi menjadi pakar dalam sesuatu perkara dengan masa yang singkat. Iaitu hanya 20 jam sahaja.
45 MINIT diluangkan dalam sehari selama sebulan.
Dibawah graf 10 ribu jam yang diperlukan untuk belajar sesuatu
Ini pula graf untuk pakar dalam masa 20 jam
Untuk menguji teori beliau, Josh telah membeli ukulele dan belajar untuk bermain ukulele selepas Josh ternampak video seorang artis bermain ukulele dengan sangat bergaya. Josh rasa ukulele sangat menarik.
Josh kemudian memberikan satu persembahan di pentas Ted Talks untuk menguji keberkesanan teori 20 jam ini. Beliau bermain lagu yang diubah dan dikarang sendiri.
Akhir persembahan, beliau mendapat tepukan gemuruh dari audien. Josh mengakhiri persembahan beliau dengan memberitahu audiens yang hari itu adalah jam ke 20 beliau mempraktis ukulele dengan teori ini.
Selepas melihat apa yang Josh telah buat menjadi realiti. Saya sendiri rasa kagum dan rasa ingin mencuba praktikan dengan diri sendiri. Iaitu dengan belajar menulis sebuah artikel Inggeris dan berkomunikasi dengan bahasa Inggeris.
Matlamat saya untuk jadi global. Untuk mencari diri saya. Berasa yakin dengan diri saya sendiri. Sambil mengasah kemampuan saya sendiri untuk lebih positif dengan kehidupan saya. InsyaAllah.
oooo0000oooo
Ulasan
Catat Ulasan