Pengalaman: Aturan Hidup Manusia Berbeza
12 jam yang lalu, ada kes seorang pengurus bunuh diri lepas diberhentikan oleh majikan. Yang tarik perhatian saya sebab kejadian tu berlaku di ----. Berdekatan pula dengan kawasan tempat tinggal saya. Mendiang siap tinggalkan video Youtube tentang kenapa dia bunuh diri lagi.
Disebabkan depresi dan stress oleh orang sekeliling yang tak puas hati di tempat kerja beliau, itu yang jadi punca utama kenapa dia bunuh diri. Siap di video tu dia ada bagi hint "kalau dia takde lagi esok..."
Jujur, saya sebagai orang awam yang baca dan tengok video pasal kejadian ni pun agak sedih dan seram. Bila mana ada yang rakam video mayat mendiang tu terburai. Sedih betul...huhu. (RIP)
Hmmm...istighfar kejap. Astagfiruallahazim.
Aturan Hidup Manusia yang Berbeza
Saya akan masuk umur 27 tahun pada bulan Disember ni. Dengan takdir dan rezeki Tuhan berikan lagi, saya masih bekerja dengan ------ -------- Sdn Bhd sudah 2 tahun. Walaupun kadang kala saya doa sangat untuk dapat pekerjaaan dalam sektor kerajaan. Angan-angan saya.
2020, tahun yang mana ramai kecundang, termasuk diri saya sendiri. Saya dah hilang tujuan dengan apa yang saya nak. Prestasi kerja saya tak memberangsangkan dan saya tiap hari rasa nak putus asa dengan ---- ni. Lagi dengan ----------
Tahun ini saya merancang untuk mencari kerja baru dalam sektor kerajaan. Tapi nak dapatkan temu duga pun susah bebenor. Saya dah macam putus asa dah ni nak mohon lagi. Ini pelan saya bila saya dah tak kerja di ------ lagi.
Pelan saya yang lain adalah saya nak buka bisnes. Jual barang jadi dropship, agen dan seangkat dengannya. Tapi tak berjaya pula lepas hampir setahun lebih saya cuba promote produk ---- tiada siapa yang beli, cuma mak ayah dengan keluarga yang guna. Target saya adalah orang luar yang nak gunakan produk ni...tapi tiada yang pm nak membeli. Saya stress kat sini. Impian saya nak berhenti kerja tak semudah tu.
Saya tau kalau saya terus bekerja dengan syarikat swasta, mereka bila-bila masa sahaja akan buang kita jika prestasi kita tak memberangsangkan. Dan saya tau batas saya macam mana. Nak kena cari kerja baru ke?
(Luah diri saya.)
Bila kata aturan hidup manusia berbeza, cuba tengok kawan sekolah kita dulu. Apa yang mereka buat sekarang? Kerja di mana? Ada anak atau masih single? Dah jutawan atau masih menyambung pelajaran? Itu la yang kita buat selalu, tengok orang disekeliling kita. Dimana? Di media sosial...
Ada kala kita nampak kawan kita lebih berjaya dari diri kita di media sosial tapi apa yang berlaku sebaliknya. Kita cuma tengok apa yang mereka nak kita tengok. Kita sendiri pun tak tahu kehidupan sebenar sesorang melalui media sosial. Dia gembira? Tengah down? Tengah sakit? Benda macam ni tak ramai yang tunjuk, jadi jangan cepat percaya pada apa yang kita tengok dan baca.
Yang saya pasti semua orang tengah struggle untuk tahun 2020 ni termasukla diri saya. Jujur la kata, semua orang bertungkus lumus nak mencari duit untuk sara diri dan keluarga. Untuk memenuhi kehendak sendiri dan bersara awal. Tapi jalan nak berjaya ikut definisi sendiri itu tak mudah. Saya pun tengah struggle sangat ni. Masa berjalan dan kita rasa macam tersekat di satu tempat pula. Lagi dengan PKP ni...musim kuarantin beramai-ramai. Betul dak?
Cuma hidup mesti kena diteruskan. Kadang nak putus asa bila rasa takde siapa yang nak dengar luahan kita. Kerisauan kita. Bak kata orang profesional, bila kita susah kita kena senyap sebab nanti ada musuh yang seronok. Tapi bukan semua boleh buat macam tu. Mungkin satu tahap dah tak tahan boleh jatuh depresi. Tu bahaya. Jadi aku kena hati-hati.
Bila lihat hidup orang lain di media sosial?
Jujur saya ada seorang kenalan yang saya sendiri nak berada dalam kasut dia. Hari-hari aku tengok status dia. Macam seorang stalker. Tapi saya tak gelarkan diri sendiri stalker jika individu tu sendiri yang dah kemas kini(update) tiap-tiap hari status mereka. Jangan salah faham.
Zaman sekarang orang ramai senang sahaja nak tahu apa yang kita buat, di mana kita bekerja dan dengan siapa kita berkahwin sebab kita sendiri yang beritahu mereka. Zaman sekarang semua nak nampak diri ini wujud lagi. Kira masih hidup lagi. Dan salah satu strategik pemasaran dunia sekarang. Terpulang pada individu tu.
Saya cuma nak kata yang aturan hidup manusia semua berbeza. Termasuk dengan kenalan yang saya kenal tu. Saya mampu doa untuk aku pun satu hari nanti jadi macam dia juga. Tu je mampu buat.
Tak rasa diri sendiri macam seorang yang gagal(loser)?
Saya tak rasa macam tu. Saya adalah saya. Dia adalah dia. Hidup saya dan hidup dia lain. Nama pun lain mana nak sama. Apa yang saya dan orang lain rasa cuma rasa cemburu. Biasa tapi kena kawal.
"Jaga hati, tundukkan pandangan."
Ini yang terbaik.
Racun media sosial bahaya. Hari-hari skrol. Bahaya. Nasihat satu aje, buang list kawan yang tak membantu dan tambah kenalan yang positif. Nak tau siapa kenalan tu? Cuba tengok profil dia di halaman dia sendiri. Mudah.
Kawan dengan semua tapi jangan mudah percaya semua.
Tolong diri sendiri dulu, baru senang nak tolong orang lain tanpa berkira.
Bayar hutang orang. Jangan buat lupa.
Ikut yang baik, tutup mata mana yang tak baik.
Kita manusia bukan malaikat.
oooo000ooo
Ulasan
Catat Ulasan