Pengalaman : Terima Diri Sendiri

 Jam dah menunjukan 10.30 malam dan saya tersekat di tengah-tengah lautan permikiran saya.

"Macam mana saya nak kekal positif dan bergerak ke depan dalam keadaan saya sekarang?"

"Kerja saya menjamin masa depan saya ke?"

"Saya takde pun lagi harta?Saya ini loser ke?"

Dilema saya setiap hari waktu Covid ni. 

"Dan saya suka menulis, boleh ke blog saya dapatkan duit untuk saya?"

Okay, kat atas tu saya tengah luahkan apa yang minda saya asyik fikirkan.

Bila saya duduk berseorangan dan ada masa terluang. 

"Salah ke fikir macam ni?"

....................................................................................................................................................................

Bila umur makin meningkat,

Orang kata dah boleh berdikari,

Diri pula kata lain,

Rendah diri pun mula menguasai.


Bagaimana saya nak ubah pemikiran saya sekarang dan cuma terima diri saya sendiri?

Setiap hari orang perlekehkan kita. Dari segi cara kerja, pemakaian, pemikiran, tingkah laku, berharta dan juga pangkat. Teringat balik kejadian di tempat kerja saya hari ini, ada laporan(report) diskaun yang saya terlepas buat tapi PIC saya dah tanda tangan untuk disahkan. Tiba-tiba penyelia saya dapat diskaun barang yang sama yang mana diskaun tu langsung tak bertukar harga. Bila semak semula pegurus yang buat laporan diskaun untuk barang itu ialah SAYA.

 Seperti biasa respon yang saya akan dapat ialah penyelia saya akan gelakkan saya dan mengata hasil kerja saya termasuk juga dengan PIC saya yang mengesahkan laporan tu. Respon saya waktu ni agak menyampah dan sakit hati tambah rasa nak marah. Orang buat silap nak marah? Macam salah je kan.

Tapi itu bukan tindakan yang saya respon bila penyelia saya dah jumpa kesalahan saya. Saya diam. Saya cuma jawap saya ingat lagi saya dah buat diskaun ni tapi kenapa boleh terlepas? Nak elakkan diri dari dimalukan saya keluar dari pejabat kecil tu dan semak balik bunga yang saya terlepas diskaun.

Saya tanya pada staf, semua bunga tak bertukar harga diskaun ke ? Tapi staf tu tak boleh nak salahkan sesiapa pun sebab bunga tu sudah bercampur dengan bunga yang bentuknya yang sama tapi kod bar yang berlainan. Saya anggap staf tu takut dia disalahkan sebab dia yang bertanggungjawab jaga susunan bunga itu dan saya pula tak nak disalahkan juga sebab tak tukar diskaun pad bunga tadi.

Kejadian ni tamat dengan saya mengaku salah saya dan penyelia saya sambung dengan tukar diskaun pada bunga tadi tanpa beritahu kepada PIC saya.(PIC yang mengesahkan tu adalah backup PIC untuk sementara waktu)

Ini lah diri saya. Buat salah berkali-kali. Rasa rendah diri bila disalahkan. Rasa marah bila bersalah. 

Jadi macam mana nak positif dalam keadaan macam ni? Secara logik apa yang saya bolelh tafsirkan dari tindakan saya tadi.

1.Terima kesalahan diri sendiri. 

Baiki diri. Fokus pada tugasan laporan yang dipertanggungjawabkan.

2.Berhenti salahkan orang disekeliling. 

Mereka tak membantu membetulkan keadaan.

Orang perli kita, perlekehkan kita sedangkan kita dah buat yang terbaik. Masih juga tak 100% sempurna. Jangan layan. Kalau melampau sangat, pintas mereka dengan semak balik kesalahan tadi dan cuba baiki mana yang boleh kita buat.

3.Relax

Tak guna bila kita balas kemarahan dengan marah juga. Jadi relax. Bertenang. Sabar ialah kunci untuk bertenang dan relax.

4.Niat kita bekerja

Niat kita bekerja, automatik membantu. Saya bekerja kerana mencari duit halal untuk diri dan keluarga.

5.Mengadu ke Tuhan

Balik kerja terus ucap Alhamdulilah untuk harini. Balik kerja, solat, menangis, doa ke Tuhan mengadu tentang kesusahan kita harini. Setiap hari saya berdoa dan mengadu kepada As-Samii'. Dia je sebaik-baik pendengar.

Hati jadi tenang.

Bila tenang senang nak berfikir semula.

Memang susah nak jadi optimis bila keadaan yang kita tak nak jadi, terjadi juga. Tapi kita jangan terlalu kejam dengan diri sendiri sampai membahayakan diri kita sendiri bila bos kita perli dan orang cari kesalahan kita. Kena ingat takde siapa yang sayang kan kita selain dari kita sendiri. Jadi kita ubah, cari jalan, minta bantuan orang lain untuk terus positif. Jangan duduk seorang. Nanti terlebih fikir pula.

6.Self motivation

Saya rujuk balik kata-kata positif, artikel-artikel yang dapat bantu saya untuk terus maju ke depan. Aiman azlan berkata dalam artikel dia yang untuk dapatkan motivasi, diri kita yang mendorong motivasi tu. Motivasikan diri yang terbaik.

                                                                oooo0000oooo




















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing