Pengalaman Kursus Halal Executive anjuran KUISCELL 2025

2 minggu perjalanan aku mengikuti kursus Halal Executive.

6 petang
Aku mula perjalanan dari Penang ke Subang.
Perjalanan makan masa sehingga 5 jam.
Aku tidur di rumah kakak.

Jam 8 pagi aku bergerak ke KUISCELL.
Sampai agak lewat kerana sesat.
Penat semalam tak habis.
Aku duduk paling belakang, kelas sudah bermula.

Tenaga pengajar 1: Sir Fadli, diorang kata dia ustaz jadi kami panggil ustaz Fadli.
Mengajar : Halal Adminisration
Masa : 8 pagi - 5 petang

Sudah habis kelas, aku check in di hotel Cystal Villa, 5 minit dari KUISCELL.
Receptionist : Pak Arab speaking. Orang yang sama jaga dari pagi sampai malam.
Hotel : RM 206 4 hari, 3 malam


Hari Kedua
Aku sampai awal.
Tenaga Pengajar : En Razi, Lecturer Kuiscell, nampak macam student....
Mengajar : IHC(Internal Halal Committee)
Masa : 8 pagi - 5 petang

Setiap hari KUISCELL sediakan makanan dan minum 3 kali.
Sarapan
Tengah hari
Minum petang

Harini dapat assigment susah, kena buat IHC untuk syarikat besar. Kelas kami dapat buat 3 group. 
Group aku ada Yaya, Kak Su, Azlan, Yazid dan aku.
Waktu ni baru kenal dengan orang dalam kelas.
Walaupun setiap kali tukar tenaga pengajar kami kena perkenalkan diri kami. 


Hari Ketiga
Aku dah biasa jalan KUISCELL.
Tapi parking kat tempat jauh lagi.
Sebab semalam nak u turn, tapi kena high beam dengan kereta staff/lecturer situ. Jalan one way je.

Tenaga pengajar : Masih Sir Razi
Masa : Sebenarnya aku lupa sir mengajar ambil masa 2 hari.
Kelas sir Razi pun agak santai lagi walaupun kami agak tak faham nak buat assigment dia. Tapi sir bagi kami contoh untuk kami rujuk. Jadi semua ok. Assigment kami memang ikut dia nak walaupun banyak yang kena betulkan.


Hari Keempat
Aku parking tempat yang sama.
Harini agak lewat tapi masih sampai sebelum pengajar sampai.
Aku duduk sebelah Yaya macam biasa.
Yaya ni memang Halal Executive dari company dia, dia ambik semula sebab nak dapatkan id untuk NCR company dia.

Tenaga pengajar : Ms. Athirah
Mengajar : HAS(Halal Assurance System)
Masa : 2 hari kelas, harini first day

Kelas ni pun susah juga bagi aku. 
Nak bina HAS tak mudah jika basic tak faham tentang nature company dan halal.
Kelas ni pun banyak imput dari kelas sebelum ni.   


Petang tu aku balik rumah kakak dulu nak pulangkan kunci rumah.
Kakak dan husband belanja makan malam. Aku tak terfikir pun nak makan malam tu.
Aku ingat nak terus ke Penang tapi dapat whatapps mak untuk balik Ipoh kalau penat jadi kita pun singgah la balik sebab esok kerja petang. 
Dasyat Nadz punya planning. 
Gigih.


The next week...

Macam biasa aku ulang rutin seperti hari pertama.
Aku book hotel lain pula.
Hotel ni best dia lain dari hotel sebelum ni.
The Loft Plaza. Best. Bau lobby pun sedap.
Aku approve betul korang nak stay sini.


Hari Kelima
Tenaga pengajar : Mdm
Mengajar : 10 percent teori 90 percent technical

Aku tak tau kenapa aku boleh lupa nama pengajar ni. Mengajar bahagian dalam slide takde sangat. Banyak slide Madam punya. Aku tak rakam atau tangkap gambar la pula.
Dalam kelas dia banyak mengajar kami tentang cara guna manual MHMS dan MPHMM ni.
Bagi yang first time buka dan guna buku ni memang tak faham la nak guna macam mana. Tapi Madam ajar kami nak guna dan suaikan dengan industri yang terlibat.
Aku mula faham sebar sedikit pasal pengambilan sijil Halal ni macam mana.


Hari Keenam
Tenaga pengajar : Ms Athirah
Mengajar : HAS 
Masa : Harini hari kedua

Aku tak tau kenapa kelas ni la paling susah nak hadam.
Kepala aku mula sakit sebab kelas ni agak berat bagi aku, lagi aku rasa badan aku tak cukup rehat.
Aku bertahan.
Last kelas, assigment kami bukan main nah.
Syukur ada Yaya dan Azlan, aku dari tak tau apa2 mereka kongsi sikit pasal HAS company mereka.
Baru aku nampak HAS ni macam mana, serba sedikit.
Uishh, sakit kepala betul. 
Aku makan panadol satu biji haritu.


Hari Ketujuh
Aku mula parking dekat dengan kelas.
Tak jalan jauh sangat.

Pengajar : Madam Ira
Mengajar : Halal Certification Process
Masa : 8 pagi - 5 petang

Madam sangat ceria dan bersemangat. Itu yang aku ingat dengan Madam ni. Siap ada mickrofon dan recording. Dalam hati, aku nak jadi macam dia. Macam mana?
Awal pengenalan dah aku macam whoaaa...she has a very good trainer vibe. 
Kelas Madam pun agak berat juga saya nak menghadamnya. Dengan assigment dia.


Hari Kelapan
Hari terakhir kelas Halal Executive
Pengajar : Ms Marsha
Mengajar : Halal Internal Audit
Masa : 8 pagi - 5 petang

Audit halal. Nak habis dah. Pasal audit pula ada 2 bahagian internal audit dan external audit. Kita juga boleh buat cross audit dengan company supplier kita juga. Jadi ada 3 bahagian la. Ikut kefahaman aku.
Kelas Ms agak slow sikit sebab semalam agak enegetik harini kita slow sikit sebab nak balik dah kan. Hahaha.



Secara keseluruhan, aku rasa bagi yang nak proceed ambil persijilan halal di Malaysia ni, Owner atau badan pengurusan company perlu faham maksud Halal ini. Kerana Halal bukan sekadar meningkatkan sales sesebuah company tapi adalah satu tanggungjawab syarikat untuk pegang amanah kepada masyrakat terutama Muslim sedunia. Bagi aku amanah la kerana ianya untuk umat Islam.

Sudah ada cop Halal, gerenti sesuatu tu bersih dan suci dari segi mula pengambilan bahan mentah sehingga sampai ke pelanggan.

Berat sebenarnya bagi pemegang sijil Halal ni. Lagi menjadi seorang Eksekutif Halal.

Saya banyak sarankan semua pengilang di Malaysia ambil la kursus ni tak pun baca serba sedikit pasal Halal sebelum ambil sijil Halal, bukan melantik saja eksekutif semata untuk sales.

Moga kita dilindungi Allah dari mempergunakan Halal ni ditempat tak sepatutnya.




                                                                                    oooo000oooo







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing