Pengalaman : Inspect Rumah Usia 25 Tahun
Petang.
Panas lit lit, kepala aku mula pening. Aku sakit kepala. Dek cuaca panas pada tengah hari ni.
Aku lepak di ruang tamu, tonton netflix cerita May It Please The Court.
Azan asar tengah berkumandang.
Abah tiba - tiba ajak pergi rumah di Rapat Setia kerana penyewa sudah keluar rumah dan letak kunci.
Aku terpaksa bangun dengan sakit kepala untuk drive ke sana.
Mak ikut.
Perjalanan makan masa 45 minit.
Pak! Bunyi hujan jatuh di cermin depan kereta Honda WRV kelabu abah. Waktu ni kami di kawasan Tambun. Hujan makin lebat seketika kami hendak sampai dalam beberapa minit lagi. Aku buka wiper, crekkk...crekkk...crekkk...Bunyi wiper tu.
Pukul 6 petang kami sampai di depan pagar hijau kuning rumah sewa abah.
Nostalgia bila tengok rumah ni.
Makin kecik je bila tengok balik. Fikir aku. Mungkin aku yang sudah membesar.
Ruang letak tempat kereta dulu seingat aku sangat besar. Aku boleh main pusing-pusing basikal kat kawasan tu. Korek tanah di tepi sampai nampak la paip air. Dapat tanah liat aku ambil untuk aku bulat-bulatkan untuk dijadikan boom. Aku keringkan dan petang nanti baru aku balik ke jalan. Hahaha.
Comot jalan penuh dengan tanah liat yang aku baling waktu tu. Memori aku ketika kecik.
Abah cuba buka pintu yang bekunci dengan mangga. Hujan lebat selebatnya.
Lama betul la abah buka kunci pintu. Abah nampak sangat tak familiar dengan kunci rumah sewa ni. Huhu.
Masuk rumah kami beri salam, Assalamualaikum.
Kosong. Dinding yang di cat kuning sudah luntur. Dinding berdekatan pintu ada di tampal sticker kartun Mickey Mouse oleh anak penyewa. Mak bukakan lampu. Aku mula melangkah ke gazebo yang abah tambah dulu.
Keadaan siling berkulat, hitam dan rekah. Macam ada bocor di siling. Langsir rumah warna background mustard dan bercorak hijau tattoo masih lagi sama, digantung untuk menutup penuh tingkap dan sliding door rumah.
Aku mula melangkah ke dapur. Kabinet dapur warna hijau hutan, forest green ternampak kecik. Dulu aku punya la susah nak buka kabinet paling atas untuk aku sorokan makanan atau minuman kesukaan. Sekarang aku boleh capai dengan mudah.
Belakang rumah pun abah tambah.Kosong. Nampak ruang sangat kecik. Dulu penuh dengan barang - barang dapur dan mesin basuh. Pinggan mangkuk letak di situ. Siling dapur kalau hujan memang sentiasa bocor. Ingat aku. Kami kalau tengah hujan memang tak jejak la. Kalau betul-betul ada keperluan baru masuk dan masak dengan hujan menitik di kawasan dapur.
Ada satu bilik di belakang.
Tempat kami study. Penuh dengan meja, kerusi dan buku-buku belajar dulu. Dan juga lipas. Sebab bilik sangat dekat dengan bilik air dan dapur. Bilik pun nampak sangat kecik dah sekarang. Aku tak ingat macam mana aku suka sangat duk bilik ni. Pernah juga tidur dalam bilik ni sebab nak bangun awal study. Aku siap bawa tilam masuk bilik ni untuk bangun dan study. Bilik study kalau waktu malam, lipas akan keluar untuk cari makan. Aku tidur dengan lipas la.
Jenguk bilik air, pun kecik. Ada beberapa batang penyapu di dalam bilik air tu. Penyodok dan beberapa botol pencuci. Bilik air tiles warna biru.
Aku jalan ke depan untuk naik ke tingkat atas.
Cari butang lampu tangga. Lampu tak menyala. Gelap.
Aku naik juga. Aku pergi ke master bedroom. Kosong. Ada bau masam. Rasa penyewa guna bilik ni lama jadi bau hapak tu masih melekat. Ada almari cermin dan meja belajar kecik. Bilik ni memang menghadap ke jalan dan juga pemandangan bukit. Aku cuba buka tingkap untuk ambil udara segar. Tingkap tersekat, kena tolak kunci ke depan baru boleh tolak tingkap. Tingkap sliding. Udara dan bau hujan basah memasuki kawasan bilik.
Aku pergi ke bilik kedua. Dijadikan bilik solat dulu. Ada katil yang kosong dan almari. Bilik ni aku pernah kunci dan pura-pura solat supaya tak dimarahi abah dulu. Aku rasa dia pun tahu aku tak solat.
Bilik ketiga. Pintu tertutup. Aku buka nampak aircond dan sebuah katil. Lantai pun agak kotor. Ada penyidai baju yang rosak dalam bilik. Disangkut atas rail langsir.
Tiga bilik. Semua dalam keadaan yang kena dibaiki, dicat dan ditampal siling kerana ada kesan bocor.
Ini lah rumah baru berusia 25 tahun.
Kepala berdenyut balik. Sakit bahagian kiri kepala. Aku rasa tak cukup rehat ke?
Sembang dengan mak abah sekejap dan aku mula turun ke bawah untuk duduk kerana sakit kepala. Bau bilik terlalu hapak. Kat bawah takde bau.
Mak abah menyusul. Kami duduk bersila dia bawah. Fikir.
Abah sewa rumah ni terlalu rendah bagi aku kerana duit sewa tak dapat nak buat baiki rumah. Masih perlu guna duit sendiri kalau nak beli rumah ni. Aku geleng kepala.
Abah mula call Pak Cik Zali kawan abah yang boleh tolong untuk tengok rumah. Aku dengar saja, tak nak masuk campur.
Selesai, mak ajak balik sebab nak maghrib dah. Kepala aku pulak makin sakit la. Kejap tadi ok kemudian nak balik mula sakit.
Aku start enjin dan pusing kawasan taman. Aku ikut jalan jauh sikit. Abah pertikai kenapa tak ikut jalan tadi lagi dekat. Aku tak boleh fikir masa tu. Cakap saja lupa.
Jalan di Ipoh agak busy juga untuk weekend di kawasan Fair Park.
Kami sampai rumah waktu maghrib. Aku terus ke bilik dan lena sebab kepala aku betul-betul tak bagi kerjasama.
oooo000oooo
Ulasan
Catat Ulasan