Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Ted Talks : Bagaimana nak Cepat Belajar Sesuatu

Imej
Hampir separuh masa saya hari ini hanya fokus menguruskan rumah. Membeli belah. Belajar memasak. Memasak. Membuat manisan sagu melaka. Membasuh kain.  Melipat kain. Melayan adik dengan kerja kursus. Menyapu rumah. Dan seterusnya.Duduk rumah tiada masa nak berehat jika kita hanya ada sehari cuti untuk seminggu. Meluang masa untuk keluarga dan diri sendiri.  Jam dah pukul 5 petang dan kebetulan saya baru selesai membuat manisan sagu melaka. Buka je Youtube saya terjumpa Ted Talks tentang Josh Krufman. Niat nak buka Youtube ni sebenarnya nak mencari cara bagaimana saya nak tingkatkan skil saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Tujuan supaya apa yang saya sampaikan dapat difahami oleh orang disekeliling saya tanpa perlu orang lain terangkan semula. Saya pun perlu cara untuk tingkatkan keyakinan diri saya. Nak dijadikan cerita, saya dapat ternampak tajuk Youtube Ted Talks - "Bagaimana nak cepat belajar sesuatu". Tajuk ini sangat menarik bagi saya.  ..........................

Pengalaman : Terima Diri Sendiri

 Jam dah menunjukan 10.30 malam dan saya tersekat di tengah-tengah lautan permikiran saya. "Macam mana saya nak kekal positif dan bergerak ke depan dalam keadaan saya sekarang?" "Kerja saya menjamin masa depan saya ke?" "Saya takde pun lagi harta?Saya ini loser ke?" Dilema saya setiap hari waktu Covid ni.  "Dan saya suka menulis, boleh ke blog saya dapatkan duit untuk saya?" Okay, kat atas tu saya tengah luahkan apa yang minda saya asyik fikirkan. Bila saya duduk berseorangan dan ada masa terluang.  "Salah ke fikir macam ni?" .................................................................................................................................................................... Bila umur makin meningkat, Orang kata dah boleh berdikari, Diri pula kata lain, Rendah diri pun mula menguasai. Bagaimana saya nak ubah pemikiran saya sekarang dan cuma terima diri saya sendiri? Setiap hari orang perlekehkan kita. Dari segi cara kerja,

Pengalaman: Aturan Hidup Manusia Berbeza

12 jam yang lalu, ada kes seorang pengurus bunuh diri lepas diberhentikan oleh majikan. Yang tarik perhatian saya sebab kejadian tu berlaku di  ---- . Berdekatan pula dengan kawasan tempat tinggal saya. Mendiang siap tinggalkan video Youtube tentang kenapa dia bunuh diri lagi. Disebabkan depresi dan stress oleh orang sekeliling yang tak puas hati di tempat kerja beliau, itu yang jadi punca utama kenapa dia bunuh diri. Siap di video tu dia ada bagi hint "kalau dia takde lagi esok..." Jujur, saya sebagai orang awam yang baca dan tengok video pasal kejadian ni pun agak sedih dan seram. Bila mana ada yang rakam video mayat mendiang tu terburai. Sedih betul...huhu. (RIP) Hmmm...istighfar kejap. Astagfiruallahazim. Aturan Hidup Manusia yang Berbeza Saya akan masuk umur 27 tahun pada bulan Disember ni. Dengan takdir dan rezeki Tuhan berikan lagi, saya masih bekerja dengan ------   --------  Sdn Bhd sudah 2 tahun. Walaupun kadang kala saya doa sangat untuk dapat pekerjaaan dalam sekt

Pengalaman @ Review Mengikuti Kelas Online Nobisha - Norizan Sharif (Interpersonal & Human Relation)

Imej
Alasan? Sebab viral di Twitter. Hari-hari mesti terbaca post Twitter dari Tuan Nobisha ni, tentang Interpersonal & Human Relation di alam pekerjaan. Saya jujur bila masuk alam pekerjaan status quo memang memainkan peranan, lagi bila berurusan dengan orang-orang koporat dan juga masyarakat.  Nak dijadikan cerita saya pun ambil peluang nak sertai kursus yang ramai graduan baru dan anak-anak muda yang baru mula bekerja macam saya pun ambil kursus. Lagi pun kursus ni murah harga RM 30 sahaja. Siap ada sijil peryertaan lagi tu. Tamat sampai hujung tahun 2020. Ini contoh sijil penghargaan lepas habiskan kos yang saya ambil. Hebat betul pemasaran tuan Nobisha ni, dia ikhlas nak bantu anak muda dapatkan pekerjaan, secara tak langsung memasarkan 'produk' ni kepada orang ramai menggunakan media sosial.  Dalam kos ini ada 5 peringkat iaitu: Pertama, perkongsian tayangan slide. Kedua, syarahan melalui video. Ketiga, perkongsian bahan bacaan Keempat, soalan kuis pilihan. Kelima, soalan

Pengalaman menghadapi PKP Fasa 1,Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4

Saya adalah termasuk semua manusia yang merasai pengalaman semasa di PKP(Perintah Kawalan Pergerakan).  Dimana saya ketika PKP fasa 1 dijalankan Masa tu saya sedang bekerja di kedai           sambil sibuk dengan pengiraan stok barang yang perlu diambil setiap bulan. Ketika fasa ini dikuatkuasa, saya ingat lagi lagi waktu tu baru je selesai baca tentang politik negara. Pembubaran kerajaan secara tiba-tiba, pelantikan PM interim dan penubuhan kerajaan baru dan kini Muhyiddin sebagai PM ke 8 Malaysia. Waktu ni juga saya berpisah dengan Najmi. Boleh dikatakan lah waktu yang sangat struggle buat saya.  Bagi saya fasa 1 ni adalah waktu saya bercuti untuk berehat dari semua perkara yang berlaku dalam hidup saya. Waktu saya tidur dengan puas dan melayan hobi saya. Saya masih boleh bertenang lagi dan tak terlalu overthinking. Saya sangka cuti 14 hari saja dan kemudian boleh sambung kerja balik. Bila fasa 2 diumumkan Hmm, masa ni saya dah mula gelisah sangat. Saya dah mula whatsapp personal deng

Pengalaman Live Learning Online : 5 Tips Untuk Memohon Halal Pertama oleh Halal Academy

Waktu PKP ni banyak masa terluang, jadi saya mula cari free online learning secara live dan terjumpa Halal Academy ni. Alang-alang syarikat saya tak buka jadi ambil peluang untuk tambah ilmu.  Boleh jadi saya mohon semula untuk jadi Pengawai Halal atau pun Konsultan Halal sebab saya ni lepasan kos Teknologi Makanan. Insyaallah jika ada rezeki.                        ........................................... Apa itu Halal Toyyiban? Halal merujuk kepada sesuatu yang dibolehkan  atau dibenarkan oleh orang Islam. Toyyiban merujuk kepada kebersihan. Cik Ashira menekankan tentang Kenapa pengusaha hendak mendapatkan Pensijilan Halal dalam produk mereka? Antara jawapan yang diberi adalah: 1) meluaskan pasaran ke antarabangsa 2) memasuki pasaran tempatan (kawan-kawan,jiran) ke pasaraya 3) target pasaran meluas kepada Muslim Setelah mendapat sijil Halal, pengusaha perlu tahu kotmimen selepas mendapat sijil Halal.  Kotmimen selepas mendapat sijil Halal banyak ditekankan oleh Cik Ashira kerana r

Pengalaman Tahun 2020

The Best of Year 2020 Secara rasmi berpisah dengan Najmi. Menyaksikan tertubuhnya kerajaan tanpa pilihanraya. Diuji dengan pademik covid-19. Masih duduk dengan parents tersayang. Tahun ini masih belajar redha dan sabar.

Skop kerja sebagai Pengawai Halal(Pemakanan)

Skop kerja ini saya dapat daripada salah satu syarikat pemakanan dan saya cuba beri list sahaja untuk bakal-bakal graduan muda yang ingin tahu skop kerja sebagai pengawai halal(pemakanan). - terlibat secara langsung di dalam keperluan aplikasi atau sijil-sijil halal dan berhubung dengan badan berkanun - menjaga dan melaksanakan bahagian pengurusan sistem halal assurance, mengembangkan dan menguruskan program audit selaras dengan audit Halal  - mengekalkan dan update dokumen dan validasi Halal untuk pembekal bahan mentah - berhubung dengan JAKIM tentang Halal - membantu di dalam pengurusan sistem makanan dan SOP - Menjaga dan peka pada perkembangan dan isu Halal industri - Menghadiri soalan- soalan berkaitan dengan intergriti Halal - Menjalankan penilaian bersama bahagian Pembelian dalam membeli barang-barang yang memenuhi syarat-syarat Halal - Menyediakan latihan khusus keperihatinan, dan kepekaan intergriti Halal dalam kalangan pekerja dan masyarakat