Pengalaman menghadapi PKP Fasa 1,Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4
Saya adalah termasuk semua manusia yang merasai pengalaman semasa di PKP(Perintah Kawalan Pergerakan).
Dimana saya ketika PKP fasa 1 dijalankan
Masa tu saya sedang bekerja di kedai sambil sibuk dengan pengiraan stok barang yang perlu diambil setiap bulan. Ketika fasa ini dikuatkuasa, saya ingat lagi lagi waktu tu baru je selesai baca tentang politik negara. Pembubaran kerajaan secara tiba-tiba, pelantikan PM interim dan penubuhan kerajaan baru dan kini Muhyiddin sebagai PM ke 8 Malaysia.
Waktu ni juga saya berpisah dengan Najmi. Boleh dikatakan lah waktu yang sangat struggle buat saya.
Bagi saya fasa 1 ni adalah waktu saya bercuti untuk berehat dari semua perkara yang berlaku dalam hidup saya. Waktu saya tidur dengan puas dan melayan hobi saya.
Saya masih boleh bertenang lagi dan tak terlalu overthinking. Saya sangka cuti 14 hari saja dan kemudian boleh sambung kerja balik.
Bila fasa 2 diumumkan
Hmm, masa ni saya dah mula gelisah sangat. Saya dah mula whatsapp personal dengan AM saya sama ada HQ akan buang pekerja atau tidak. Dan AM takde berita pasal ni. Saya cuba positif dan tunggu berita dalam group management saya dari in charges kedai.
Keadaan emosi saya tak stabil ketika ini dengan masalah relationship saya dan hala tuju kerjaya saya serta part time bisnes saya. Saya tak tau nak buat apa. Saya runsing.
Syarikat dah mula tanya tentang potongan 11% KWSP ke 8% dan juga surat sukarela potongan gaji selama 7 hari
In charges kedai saya mula forward di dalam group whatsapp tentang potongan gaji 11% ke 8% bagi semua staff yang rasa ada kotmimen tinggi.
Kami juga dapat surat dari syarikat untuk potongan gaji atau cuti tanpa gaji selama 7 hari dari syarikat yang mana surat ini adalah secara sukarela dan tiada paksaan. Tapi dari segi penerimaan saya mula-mula dulu, saya tak dapat nak hadam kenapa syarikat nak minta kami sign semua ni. Mereka betul-betul tak mampu bayar gaji ke?
Ahli keluarga saya yang berkerja di KL dah ada yang terpaksa cuti tanpa gaji sepanjang PKP dan berita ni agak merisaukan saya. Macam-macam dalam fikiran saya buat saya agak stress. Keadaan saya mula tampak jelas di wajah saya.
AM remove management yang tak aktif group dan hanya in charges kedai dan second in charges sahaja dalam group ini.
Mula-mula agak terkilan dan rasa tak puas hati kenapa tapi bila fikir balik lebih baik macam ni tak perlu ada banyak sangat group kerja yang saya sendiri tak pasti perlu respon atau tidak. Saya tak pernah bertemu dengan pihak HQ , dan ini agak mengecewakan la bagi saya yang dah hampir 2 tahun bekerja.
Sepanjang PKP fasa 1 dan fasa 2
Saya banyak membaca buku dan whatsapp dengan sahabat saya hakim,maizatul, ain dan beberapa orang lagi. Syukur masih ada lagi yang nak mendengar rintihan kalau tak saya tak tau nak luahkan kat siapa.
Saya banyak mencatat dari buku yang saya baca, join group tadarus dan mula buat kerja rumah sikit-sikit. Waktu ni gaji dah tak banyak. Tengah tunggu gaji masuk.
Update resume, dengan kelas online percuma, tengok berita live KKM setiap hari
Saya mula tengok resume saya dan peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta apa yang boleh saya mohon. Tapi satu pun tak melekat dengan kelayakan saya. Stress betul masa ni. Bila dengar nasihat rakan sekeliling mereka minta saya untuk terus di bahagian peruncitan dan ini buat saya agak berat hati sebab saya tak suka dengan masa cuti sektor ni. Jadi saya teruskan juga mencari kerja.
Waktu yang sama saya masuk dalam kelas online Halal percuma dan ikuti kelas Zoom juga. Banyak ilmu yang saya dapat, saya catat di buku. Ada juga saya tulis di blog balik. Cara saya isi masa waktu pkp ni.
Fasa 3 pula dah
Teringin sangat nak jogging balik. Saya dah mula stress sangat. Boleh nampak kat muka ni. Tapi saya masih lagi boleh positif lagi sebab tinggal dengan keluarga dan kami tiada masalah kewangan atau pape. Cuma saya risau dengan diri saya sendiri je. Saya ada lagi 3 tahun sebelum masuk ke alam 30 an. Dan abah dan mak dah tua.
Banyak rasa kecewa dengan diri sendiri je sekarang. Waktu ni saya banyak belajar sabar,redha dan yakin dengan Allah.
Setiap hari kena belajar sabar dengan diri sendiri dan sayang diri sendiri dulu
Bila ada masalah konflik diri, apa yang saya baca, dengar dan belajar, kita perlu mula dengan sayang diri kita sendiri dulu. Sabar dengan progress diri dan keadaan di sekeliling kita. Bila kita dapat kuasai diri kita , insyaallah perkara di luar boleh kita kawal.
Saya kawal perkara yang boleh saya kawal.
Iaitu diri saya dan pemikiran saya.
Ye, saya dah single.
Ye, saya tak dapat kerja office hours lagi.
Ye, bisnes saya tak jalan.
Dan saya stress.
Jawapan untuk diri saya nak hadap semua ini dengan sabar dan lihat orang disekeliling saya yang lebih susah.
Saya mula baiki solat saya, paksa diri buat perkara yang saya tak suka buat(kemas rumah, masak) dan saya banyak beristighfar.
Istighfar la satu-satu jalan yang saya kotmited setakat ni.
Ada masa saya down tak nak buat apa-apa dan ambil tahu apa-apa. Saya dah taknak fikir kahwin tapi masa yang sama saya masih doa untuk diberi peluang untuk berkahwin. Saya masih berdoa ada peluang kerja sektor kerajaan lebih terjamin. Saya masih berdoa dan berusaha untuk jadi cantik.
Macam-macam pengharapan saya letak. Saya nak bercakap dengan mak abah yang saya risau. Tapi saya rasa mereka lagi banyak kerisauan. Jadi saya hold dan pendam je.
Kisah saya MC sebab down dengan hidup
Saya ingat lagi waktu tu hari isnin saya down sangat dengan Najmi. Saya perlukan dia waktu saya tengah susah tapi respon dia agak mengecewakan saya. Jadi saya tak dapt nak kawal diri saya pergi ke klinik.
Disebabkan saya tak tahan saya menangis depan doktor dan bercerita apa yang saya rasa. Low sangat waktu ni.
Doktor pun ada bagi nasihat sikit-sikit dan saya pun agak malu sebab tak dapat nak kawal diri. Tal sangka pula AM saya datang kedai, buat meeting pula waktu saya MC. Memang tak boleh belah betul. Kenapa waktu ni... Mesti AM saya dah fikir saya ni management yang menyusahkan. Saya dah redha dah waktu ni sebab emosi saya tak stabil, saya tak dapat nak bekerja.
Saya mc sehari.
Pasrah dengan fasa 4
Saya mula pasrah dengan fasa 4. Saya tunggu dan sabar apa yang akan berlaku. Saya takde backup pelan atau apa-apa. Saya cuma boleh fikir selagi bernyawa saya kena jaga diri saya dan cuba untuk kerja selagi mampu dan cari duit untuk sara diri bila dah tua nanti.
Saya kena kuat mental dan fizikal. Saya kena sayang diri saya. Fokus pada mereka yang ada disekeliling saya.
Banyak berdoa dan menangis je waktu ni. Sebab takut dan risau.
Saya tekad apa-apa yang jadi mungkin dari dosa saya sendiri dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Saya cuma kena keep moving dan jangan putus asa. Mesti ada berita gembira buat saya nanti.
oooo000oooo