Pengalaman Live Learning Online : 5 Tips Untuk Memohon Halal Pertama oleh Halal Academy
Waktu PKP ni banyak masa terluang, jadi saya mula cari free online learning secara live dan terjumpa Halal Academy ni.
Alang-alang syarikat saya tak buka jadi ambil peluang untuk tambah ilmu.
Boleh jadi saya mohon semula untuk jadi Pengawai Halal atau pun Konsultan Halal sebab saya ni lepasan kos Teknologi Makanan. Insyaallah jika ada rezeki.
...........................................
Apa itu Halal Toyyiban?
Halal merujuk kepada sesuatu yang dibolehkan atau dibenarkan oleh orang Islam.
Toyyiban merujuk kepada kebersihan.
Cik Ashira menekankan tentang Kenapa pengusaha hendak mendapatkan Pensijilan Halal dalam produk mereka?
Antara jawapan yang diberi adalah:
1) meluaskan pasaran ke antarabangsa
2) memasuki pasaran tempatan (kawan-kawan,jiran) ke pasaraya
3) target pasaran meluas kepada Muslim
Setelah mendapat sijil Halal, pengusaha perlu tahu kotmimen selepas mendapat sijil Halal.
Kotmimen selepas mendapat sijil Halal banyak ditekankan oleh Cik Ashira kerana ramai pengusaha lepas tangan selepas mendapat sijil Halal ini.
Diberikan contoh isu dari Secret Recipe tahun 2005, dan Subway tahun 2019.
Kotmimen ini untuk memastikan proses makanan yang diproses sentiasa dalam keadaan yang bersih.
5 Tips yang diberi oleh Cik dari Halal Academy
1. Kursus
-menghadiri kursus asas yang diiktiraf oleh Halal Profesional Board seperti Halal Academy
- cth : Halal Awaraness Training, tempoh 1hari
- menyentuh tentang Halal dan Haram, Manual Prosedure Pensijilan Halal, dan Malaysia Standard MS1500:2019
2. Kesediaan Premis
-Perlu ada pelan lantai yang baik seperti bentuk I dan U
-Bentuk I bermula dari loading memunggah barang mentah - proses bahan mentah - tempat pengeluaran dalam bentuk I
-Bentuk U - tiada pintu belakang sperti I tapi keluar dari pintu yang berlainan (lebih efektif kerana kurang kontimidasi)
3. Kebersihan
-elemen kritikal dalam industri kecil dan sederhana
-perlu ada dokumentasi untuk diberikan bukti kepada pengawai audit menunjukkan ada membuat kerja-kerja pembersihan setiap kali beroperasi
4. Dokumentasi
-perlu ada lesen SSM - pendaftaran syarikat, sudah daftar syarikat
-lesen PBT - Pihak Berkuasa Tempatan , yang anda ada beroperasi
Jika bagi yang beroperasi di kampung boleh dapat surat sokongan dari ketua kampung atau usahawan yang bernaung dengan FAMA,MARA
-financial statement
Cth: bagi pengusaha micro perlu simpan resit bahan mentah yang dibeli di kedai runcit
Ada 4 kategori pengusaha
Micro <RM 300ribu,boleh mohon sijil halal 2 tahun
Kecil RM 300- 15 juta
Sederhana RM15juta-50juta
Multinasional RM 50juta
Diperlukan untuk menentukan kadar bayaran pensijilan Halal.
-bagi usahawan kecil kurang rm300juta, utk setahun kadar rm200 untuk 2tahun bagi produk makanan dan premis
Soalan : Bagaimana nak wujudkan Internal Halal Committee?
Merujuk kepada Halal Assurance Management Guideline
1.sekurang-kurangnya ada 4 orang
-2 orang muslim dari Top Management, seorang wakil dari bahagian Pembelian(Purchasing)
-kebiasaan dari pihak pengusaha (wakil HR, RND, production
Halal Chairman>Halal Executive>Wakil setiap bahagian
Dokumentasi kedua : Sistem Jaminan Halal
- sebuah sistem kawalan yang mempunyai SOP dimana intergriti Halal dapat dijalankan secara konsisten dari bahan mentah sehingga ke pengguna
- industri Micro dan kecil tidak perlu
- Hanya industri sederhana dan MNC sahja
5. Bahan Mentah
Cth : kerepek pisang
- raw material yang daripada bahan natural seperti pisang tak perlu ada halal
-bahan yang diproses sahaja wajib ada halal seperti tepung
-setiap bahan mentah perlu ada logo halal bagi memudahkan mendapat sijil Halal untuk produk
Bagi industri micro boleh dapatkan halal logo untuk bahan mentah di portal halal
Tip: cari bahan mentah yang telah ada logo Halal untuk senang mohon sijil Halal
Extra tip : kotmimen
Pengusaha / usahawan perlu faham sijil Halal adalah kerja sepenuh masa dimana mereka perlu tahu yang sijil Halal adalah satu kepercayaan yang diletakkan kepada pengusaha/usahawan untuk memastikan produk makanan yang disediakan itu halalan Toyyiban.
Nak tahu lebih lanjut tentang Pensijilan Halal boleh berhubung secara terus dengan agensi-agensi seperti Halal Academy. Saya cuma seorang yang sangat berminat dengan sektor Halal dan ingin sekali nak ceburi bidang ni jika ada peluang.
oooo000oooo
Ulasan
Catat Ulasan