Pengalaman @ Review Mengikuti Kelas Online Nobisha - Norizan Sharif (Interpersonal & Human Relation)

Alasan?
Sebab viral di Twitter.
Hari-hari mesti terbaca post Twitter dari Tuan Nobisha ni, tentang Interpersonal & Human Relation di alam pekerjaan. Saya jujur bila masuk alam pekerjaan status quo memang memainkan peranan, lagi bila berurusan dengan orang-orang koporat dan juga masyarakat. 

Nak dijadikan cerita saya pun ambil peluang nak sertai kursus yang ramai graduan baru dan anak-anak muda yang baru mula bekerja macam saya pun ambil kursus. Lagi pun kursus ni murah harga RM 30 sahaja. Siap ada sijil peryertaan lagi tu. Tamat sampai hujung tahun 2020.





Ini contoh sijil penghargaan lepas habiskan kos yang saya ambil. Hebat betul pemasaran tuan Nobisha ni, dia ikhlas nak bantu anak muda dapatkan pekerjaan, secara tak langsung memasarkan 'produk' ni kepada orang ramai menggunakan media sosial. 

Dalam kos ini ada 5 peringkat iaitu:

Pertama, perkongsian tayangan slide.
Kedua, syarahan melalui video.
Ketiga, perkongsian bahan bacaan
Keempat, soalan kuis pilihan.
Kelima, soalan situasi.

Setiap peringkat di atas, hanya memerlukan lebih kurang 45 minit jika takde masalah internet dan boleh buka di telefon juga. Mudah. Mana-mana tempat boleh belajar. Sijil penghargaan pun dapat.

Jika nak tahu lebih lanjut tentang Tuan Nobisha boleh cari beliau di laman Twitter. Dia sangat aktif di media sosial Twitter berbanding yang lain.

Bagi sesiapa yang nak mencuba kos beliau, saya rasa tak rugi. Harga pun murah. Jadi berbaloi. Ini pandangan saya la. 

Bagi mencari kos percuma boleh cari di 11 laman sesawang kat bawah ni.

Coursera
edX
Khan Academy
Udemy
iTunesU Free Courses
MIT OpenCourseWare
Stanford Online
Codecademy
ICT iitr
ICT iitk
NPTEL

kredit kepada tuan Ahmad Hairul Anuar.

Selamat men'yambung' pelajaran hanya di hujung jari.

                                                                   ~  oooo0000oooo   ~






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing