Catatan

Jom Masak - Masak : Buat Pizza Home Made

Imej
Projek Jom Masak - Masak diteruskan dengan aku baking buat doh pizza sendiri. Resepi macam biasa kita tengok TikTok saja.  Bahan - bahan :  1 1/2 Tepung Blue Key kotak warna pink  1 sudu kecik Yis  1 sudu besar Minyak  1 sudu kecik Gula 1 sudu kecik Garam 1/2 cawan air suam Gaul - gaul sampai jadi doh. Kalau rasa tepung kurang boleh tambah sikit - sikit untuk pasti doh menjadi. Biar dalam masa 45 minit untuk doh rehat dan naik. Kemudian ambil loyang bentuk bulat dan tarik doh ikut loyang. Nipis doh ikut saiz loyang yang ada. Doh aku agak nipis macam jenis pizza strech tu...  Bahan - Bahan untuk Topping Pizza Bahan - bahan untuk topping : Sos Pasta Prego Cheese Topping Chicken Pepperoni  Beef Pepproni  Bawang Holland potong nipis - nipis Cili Benggala potong nipis - nipis  Siap bubuh topping Cara letak topping mula dengan sos pasta, cheese, chicken dan beef pepperoni, cili belangga dan bawang holland.  Bakar suhu 220 degree celcius dalam ...

Jom Masak - Masak : Ramadan ke 17 : Vietnam Roll

Imej
 Ramadan yang ke 17, aku main masak - masak buat Vietnam Rolls. Resepi aku suka tengok kat Tik Tok senang nak buat.  Aku keluar dengan Sarah hari Khamis tu untuk pergi main bowling di Angsana, Ipoh. Kami main 1 games je untuk 2 orang, harga RM 21. Aku bayar guna QRPay. Selesai main, kami pun pergi la ke Econsave jalan - jalan situ cuci mata. Sambil aku cari mainan kepala yang bergoyang untuk letak di kereta Saga aku sebagai perhiasan. Kami jumpa tapi tak menarik pula. Selesai pusing Econsave, kami singgah ke Guardians untuk beli pencuci muka aku. Aku guna jenama Simple. Ingat aku nak ambil Simple yang berwarna hijau tapi Simple ada keluaran baru, packaging warna Oren. Aku pun ambil untuk cuba. Next stop kami adalah pergi ke Mydin, Meru. Nak beli barang basah untuk masak berbuka. Mak pesan kat Sarah sambil tu aku pun cari bahan - bahan nak buat Vietnam Rolls. Aku ambil : 1. Suhun 2. Prawn sejuk beku 3. Lof ayam 4. Sayur salad 5. Mayonis Bahan - bahan lain dah ada kat rumah. Mac...

Pengalaman : Inspect Rumah Usia 25 Tahun

Imej
Petang. Panas lit lit, kepala aku mula pening. Aku sakit kepala. Dek cuaca panas pada tengah hari ni. Aku lepak di ruang tamu, tonton netflix cerita May It Please The Court. Azan asar tengah berkumandang. Abah tiba - tiba ajak pergi rumah di Rapat Setia kerana penyewa sudah keluar rumah dan letak kunci. Aku terpaksa bangun dengan sakit kepala untuk drive ke sana. Mak ikut. Perjalanan makan masa 45 minit.  Pak! Bunyi hujan jatuh di cermin depan kereta Honda WRV kelabu abah. Waktu ni kami di kawasan Tambun. Hujan makin lebat seketika kami hendak sampai dalam beberapa minit lagi. Aku buka wiper, crekkk...crekkk...crekkk...Bunyi wiper tu. Pukul 6 petang kami sampai di depan pagar hijau kuning rumah sewa abah. Nostalgia bila tengok rumah ni. Makin kecik je bila tengok balik. Fikir aku. Mungkin aku yang sudah membesar. Ruang letak tempat kereta dulu seingat aku sangat besar. Aku boleh main pusing-pusing basikal kat kawasan tu. Korek tanah di tepi sampai nampak la paip air. Dapat tanah li...

Pengalaman Kursus Halal Executive anjuran KUISCELL 2025

Imej
2 minggu perjalanan aku mengikuti kursus Halal Executive. 6 petang Aku mula perjalanan dari Penang ke Subang. Perjalanan makan masa sehingga 5 jam. Aku tidur di rumah kakak. Jam 8 pagi aku bergerak ke KUISCELL. Sampai agak lewat kerana sesat. Penat semalam tak habis. Aku duduk paling belakang, kelas sudah bermula. Tenaga pengajar 1: Sir Fadli, diorang kata dia ustaz jadi kami panggil ustaz Fadli. Mengajar : Halal Adminisration Masa : 8 pagi - 5 petang Sudah habis kelas, aku check in di hotel Cystal Villa, 5 minit dari KUISCELL. Receptionist : Pak Arab speaking. Orang yang sama jaga dari pagi sampai malam. Hotel : RM 206 4 hari, 3 malam Hari Kedua Aku sampai awal. Tenaga Pengajar : En Razi, Lecturer Kuiscell, nampak macam student.... Mengajar : IHC(Internal Halal Committee) Masa : 8 pagi - 5 petang Setiap hari KUISCELL sediakan makanan dan minum 3 kali. Sarapan Tengah hari Minum petang Harini dapat assigment susah, kena buat IHC untuk syarikat besar. Kelas kami dapat buat 3 group.  ...

Pengalaman Mengubah Jambak Bunga Kahwin

Imej
Tahun 2021 dan 2022 adik beradik aku melangsungkan perkahwinan mereka. Aku rasa teringin nak buat sejambak bunga untuk perkahwinan mereka. Idea ni tercetus sebab aku teruja bila lihat kawan sekerja aku, Asri pandai dalam menghias dalam pelbagai acara, lagi bila kami ada 'monthly activity' akhir tahun.  Jadi aku pun cari la bahan - bahan untuk gubah bunga untuk Wani. Dia nak bunga yang dari musim luruh bagi aku. Lebih banyak warna coklat pink dan ke merah sikit. Aku takde pengalaman nak gubah bunga jadi aku tengok gambar di Google saja. Nampak mudah tapi nak buat memang ambil kreativiti sendiri. Aku beli semua bahan di Kaison saja. Dah alang-alang kerja situ. Mudah. Aku mula pilih sambil buat rujukan di Google. Waktu rehat aku, aku sibukan diri dengan cuba gubah bunga kahwin Wani. Buat awal tak kalut. Bunga aku guna bunga tiruan. Tak dapat nak cari yang fresh. Bunga susah nak cari. Bahan-bahan aku guna untuk jambak bunga wani. Ini pula bahan - bahan untuk kakak aku. Kadang jamba...

Pengalaman Naiki ATV di Taiping , Perak 2020

Ok nak tulis pengalaman naik ATV ni kena ingat balik sebab dah lama berlalu. Nak ingat semula agak susah bagi aku sebab ingatan aku macam sudah samar - samar. Tapi aku masih lagi ingat betapa teruja nya hati aku waktu planning untuk pergi naiki ATV dengan kawan aku, Fahkrul Hakim.    Hakim pelan untuk berada di Ipoh untuk 2 hari 1 malam untuk kami lakukan aktiviti ATV ni bersama. Jadi kami untuk apply la cuti bersama dan tugas aku adalah untuk jemput dan drive kami ke kawasan ATV tu. Perjalanan kami dari Ipoh ke Taiping lebih kurang 1 jam setengah dengan pinjam kereta ayah ku, Exora.   Setiba kami di kawasan atv, kami perasan kami terawal la pula. Atv tak buka lagi operasi mereka. Jadi kami lepak la sekejap di kawasan parking hotel berdekatan dengan atv tu. Jam pun berlalu. Kami pun masuk ke kawasan atv yang penuh dengan atv yang parking berdepan dengan kaunter mereka. Seingat aku ada lebih kurang 6 buah atv yang parking di depan.   Aku tertarik dengan ka...

Pengalaman : Rumah Belakang Kereta Api

Apa perasaan bila mana rumah yang kita sewa belakang kereta api? Mula aku berpindah tempat kerja ke Pulau Pinang. Kedai cawangan yang aku kerja memerlukan seorang pengurus baru untuk memenuhi kekosongan di kedai tu. Jadi aku diminta untuk ke sana. Mula la pencarian rumah sewa untuk aku duduki. Kalau boleh berdekatan dengan tempat kerja lebih baik. Senang. Tak perlu pening kepala untuk hadap jem setiap hari.   Aku mula la buka Google dan juga Facebook untuk search bilik sewa. Dua bilik sudah aku book untuk aku tengok selepas aku balik bercuti dari Terengganu.   Tiba di Pulau Pinang, aku berkenan dengan rumah sewa teres ni. Rumah di kawasan kampung. Rumah batu tapi pemilik renovate rumah sampai ada 7 bilik dalam satu rumah ni. Bilik yang aku dapat takde tingkap. Agak panas. Tapi aku sangat suka dengan rumah ni. Sesuai sangat. Sembang dengan pemilik rumah, dia kata ada seorang lagi yang berkenan nak kan bilik aku tu.   Dia tunggu respon seorang lagi yang tanya pasa...