Jom Masak - Masak : Buat Pizza Home Made

Projek Jom Masak - Masak diteruskan dengan aku baking buat doh pizza sendiri. Resepi macam biasa kita tengok TikTok saja. 

Bahan - bahan :

 1 1/2 Tepung Blue Key kotak warna pink

 1 sudu kecik Yis

 1 sudu besar Minyak

 1 sudu kecik Gula

1 sudu kecik Garam

1/2 cawan air suam

Gaul - gaul sampai jadi doh. Kalau rasa tepung kurang boleh tambah sikit - sikit untuk pasti doh menjadi.

Biar dalam masa 45 minit untuk doh rehat dan naik.

Kemudian ambil loyang bentuk bulat dan tarik doh ikut loyang. Nipis doh ikut saiz loyang yang ada.

Doh aku agak nipis macam jenis pizza strech tu... 


Bahan - Bahan untuk Topping Pizza


Bahan - bahan untuk topping :

Sos Pasta Prego

Cheese Topping

Chicken Pepperoni 

Beef Pepproni 

Bawang Holland potong nipis - nipis

Cili Benggala potong nipis - nipis 


Siap bubuh topping

Cara letak topping mula dengan sos pasta, cheese, chicken dan beef pepperoni, cili belangga dan bawang holland. 

Bakar suhu 220 degree celcius dalam masak 25 ke 35 minit. Guna api bawah dulu dan tukar api atas sekejap dalam 5 minit.

Pastikan bahagian bawah doh masak dan doh tukar warna coklat roti. 


Pizza dah siap masak dan potong.
Makan panas - panas sedap.


oooo000oooo









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing