Jom Masak - Masak : Ramadan ke 17 : Vietnam Roll
Ramadan yang ke 17, aku main masak - masak buat Vietnam Rolls. Resepi aku suka tengok kat Tik Tok senang nak buat.
Aku keluar dengan Sarah hari Khamis tu untuk pergi main bowling di Angsana, Ipoh. Kami main 1 games je untuk 2 orang, harga RM 21. Aku bayar guna QRPay.
Selesai main, kami pun pergi la ke Econsave jalan - jalan situ cuci mata. Sambil aku cari mainan kepala yang bergoyang untuk letak di kereta Saga aku sebagai perhiasan. Kami jumpa tapi tak menarik pula.
Selesai pusing Econsave, kami singgah ke Guardians untuk beli pencuci muka aku. Aku guna jenama Simple. Ingat aku nak ambil Simple yang berwarna hijau tapi Simple ada keluaran baru, packaging warna Oren. Aku pun ambil untuk cuba.
Next stop kami adalah pergi ke Mydin, Meru. Nak beli barang basah untuk masak berbuka. Mak pesan kat Sarah sambil tu aku pun cari bahan - bahan nak buat Vietnam Rolls.
Aku ambil :
1. Suhun
2. Prawn sejuk beku
3. Lof ayam
4. Sayur salad
5. Mayonis
Bahan - bahan lain dah ada kat rumah. Macam :
6. Rice paper
7. Timun
8. Karot
Mulanya aku nak buat sos hijau untuk Vietnam Rolls ni tapi tak jadi pula sebab makan dengan sos thai pun dah cukup sedap.
Settle beli barang - barang basah kami sampai rumah dalam pukul 4.30 petang.
Aku mulanya nak buat waktu malam tapi mak dah tanya bila nak buat. Jadi petang tu aku pun mula la dengan projek masak - masak aku.
Langkah 1 :
Rebus Prawn dengan air sampai mendidih. Paras air sampai tenggelam Prawn tu.
Masak Lof Ayam guna minyak yang sikit. Lof Ayam tukar warna sikit -sikit je.
Potong timun dan karot kecil memanjang. Potong sederhana panjang - panjang.
Carik - carik salad pun serderhana.
Suhun rendamkan dengan air panas.
Sediakan air untuk celup rice paper.
Langkah 2 :
Mula letak salad, timun, karot dan suhun.
Kemudian lipat sikit rice paper,
Kemudian baru letak prawn dan lof ayam.
Pastu lipat habis bagi nampak bentuk popia.
Jadi la, Vietnam Rolls aku. Tak cantik lipatan dia. Tapi sedop bila cicah dengan sos Thai. Masam dan rasa fresh. Makanan yang sihat untuk orang nak diet.
Ni aku makan waktu berbuka puasa cicah dengan sos Thai. Besar - besar lipatan rice paper aku lipat. Puasa kunyah. Hahaha...
oooo000oooo
Ulasan
Catat Ulasan