Pengalaman Temuduga MyStep Pengawai Teknologi Makanan(PTM) Kemasukan 2024

 06/11/2023 - Isnin

Chip chip chip

Bunyi notifikasi Whatapps saya berbunyi. Tanda mesej masuk di aplikasi Whatapps. Mak hantar gambar iklan MyStep Peringkat Negeri Perak untuk jawatan Pengawai Teknologi Makanan(PTM) untuk tempoh 2024. Menurut iklan , tempoh kontrak adalah selama setahun, dari Januari 2024 sehingga Disember 2024 bagi 4 kekosongan.

Untuk pengetahuan semua, MyStep ni adalah singkatan dari Short-Term Employment untuk graduan-graduan baru yang ingin mencari pengalaman kerja dan salah satu insiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar pengganguran di Malaysia. Kepada lepasan MyStep mereka perlu tahu yang setelah habis kontrak, tiada istilah diserap masuk ke dalam badan kerajaan. Sedih bila tahu realiti untuk mohon jawatan kerajaan sekarang.

Saya pun baca la iklan gambar tu dan reaksi saya "Ada peluang ni!" 

Kerana mereka buka sehingga 4 kekosongan untuk jawatan Pengawai Teknologi Makanan(PTM). Jadi saya edit la resume saya yang sedia ada dan email ke alamat yang diberikan. Di bawah saya kongsikan cara saya hantar email ke pengawai tersebut untuk rujukan semua.

Contoh karangan email nadz minta MyStep

Untuk karang email, saya banyak buat kajian sebelum menulis supaya mereka tahu yang kita serius untuk mohon jawatan tersebut. Bukan main hantar resume saja. 
Untuk attachement pula, saya serta macam dibawah :
  1. Resume terbaru 
  2. Transkrip Ijazah
  3. Sijil Ijazah
  4. SPM
Nak tengok pula resume saya macam mana? Saya kongsi di bawah.


Contoh resume MyStep Nadz

29/11/2023 - Rabu

Chip chip chip

Bunyi Whatapps telefon saya masuk. Ada admin reka kumpulan di Whataaps. Tetera nama kumpulan TEMUDUGA MYSTEP 7/12/2023. Terkejut saya sebenarnya sebab cara panggilan sekarang guna Whatapps saja. Hahaha...Sebelum ni, saya dapat balasan menerusi email. Maaf permohonan anda tidak berjaya. Mungkin disebabkan kontrak saja, jadi mereka hanya hantar jemputan temu duga secara tidak formal.

Dalam kumpulan Whatapps tu, ada 37 ahli dan admin terus berikan maklumat secara terperinci sekiranya dapat jawatan kontrak ni.

  1. Gaji RM2100 tak potong kwsp dan socso
  2. 12hari cuti rehat prorate
  3. 14hari cuti sakit
  4. Takde elaun
  5. Kerja lebih masa waktu weekend jika perlu
  6. Ada kenderaan
Jadi kalau ikutkan info kat atas, calon boleh la fikir untuk terima atau tidak untuk temuduga MyStep ni. Lagi sekali nak ingat memang tak serap masuk ke badan kerajaan tau.

Walaubagaimana pun, saya tetap teruskan juga lepas berbincang dengan mak. Kat Whatapps pun admin ada banyak ingatkan calon jika tak berbaloi tak perlu datang. Kerana mereka fokus pada yang belum bekerja dan menggangur. 

Sudah dapat jemputan, apa lagi saya pergi saja untuk pengalaman yang sekali seumur hidup saya. Dapat pula jumpa dengan pengawai teknologi makanan pula tu. 

Saya pun sediakan la sijil-sijil SPM sehingga sijil Ijazah dan penglibatan dari SPM sehingga universiti.

07/12/2023 - Khamis

Punya dah sediakan soalan-soalan dan jawapan untuk temu duga. Bertolak dari Chemor pukul 1030 pagi sampai pukul 1200 tengahhari. Dengan cari parking lagi. First time dapat masuk bangunan kerajaan Bahagian Makanan Negeri Perak.

Waktu tu, saya berpakaian formal. Baju temuduga saya berwarna kelabu hitam, ala kebaya dan dipadankan dengan tudung soft pink. Kasut tinggi hitam glitter dengan stokin hitam saya padankan. Tangan pegang file dan bawa beg kecil sling warna kelabu beli kat Kaison.

Dua hari sebelum tu, saya ada la buat gambar passport 4 keping harga RM 15 kat kedai President Color Lab, kot2 mereka minta gambar kita.

Selesai parking terus saya keluar pergi ke bahagian Kesihatan tanya ke kaunter, kat mana Bahagian Makanan? Ada seorang encik di kaunter berpakaian koporat kerajaan memakai  earphone tunjukkan arah buat saya.

Klak klak klak
Bunyi kasut tinggi saya.
Tengok depan pintu penuh dengan kasut. Buka saja pintu, ramai calon tengah duduk menunggu giliran. Semua pegang file masing-masing. Waktu tu saya diminta untuk sign kedatangan dan menunggu giliran.

Jam menunjukkan 12 tengahhari.
Kumpulan temuduga saya terpaksa diinjakkan ke 0230 petang kerana kumpulan 1130 pagi belum ditemuduga. Pengawai minta kami untuk makan dulu dan solat di Tabung Haji. Saya pula cari la makan di tempat makan sador dan solat di masjid negeri Perak.

Kebetulan pula, terserempak dengan Aten dan adik dia. Kami menjerit teruja. Aten pun pernah dapat temu duga MyStep yang sebelum ni dipanggil PSH (Pekerja Sambilan Harian) dengan pengawai yang sama. Setelah bertanya khabar dan minta doa Aten saya pun berjalan kaki ke tempat temu duga. Parking saja kereta di masjid kerena tak mahu buang masa cari parking di bangunan sana.

Tepat 0230 petang. Kami bertiga dipanggil untuk temu duga. Hati saya punya berdebar kerisauan. Saya duduk kerusi paling hujung kiri menghadap penemu duga.

Waktu temuduga, soalan yang Puan Cik Afiedah(Timbalan Pengarah Negeri Perak) minta kami kenalkan diri dalam bahasa Inggeris.

  1. Kenalkan diri, ibu bapa, adik beradik
  2. Bekerja, menetap dimana
  3. Status bujang,kahwin
  4. Latar belakang sebelum ini bekerja sebagai apa
  5. Hobi
Kemudian Tuan Sazly (Penolong Pengarah Gred 55) tak silap saya. Bertanyakan soalan apa kelebihan saya dari calon lain.

Soalan ni saya tak tau nak jawap apa lepas saya cuba nak kaitkan dengan teknologi makanan. Sebab reaksi pengawai tu nak lain dari lain. Saya mula blur sekejap. Last-last saya jawap saya boleh main ukulele dan mereka lebih tertarik bila tahu saya menulis blog. Calon nombor 3 pula ada youtube. Calon nombor 2 tak menjawap soalan seingat saya.

Untuk pengetahuan semua, ada 2 orang penemu duga. Satu Timbalan Pengarah Negeri Perak, Cik Afiedah Bt Munir@Mohamad dan Penolong Pengarah Pengawai Teknologi Makanan Gred 55, Tuan Sazly Tulih. Calon pula 3 orang sekali masuk. 

Suasana temuduga waktu itu bagi saya sangat santai dan penuh dengan pembincangan tentang pengalaman calon dan insiatif kerajaan. Calon yang bersama saya sangat kompetatif. Seingat saya kerana calon nombor 2 seorang senior penyelidik di Old Town White Coffee manakala calon nombor 3, seorang fresh graduate fasih bahasa inggeris.

Penemu duga lebih banyak berkongsi dan interaksi dengan kami tentang hobi kami, pengalaman kerja kami dan cadangkan insiatif kerajaan kepada calon nombor 3 sebab dia pernah berniaga. 

Akhir sekali, pengawai PTM kata akan bagi keputusan dalam masa 2 minggu lagi. Saya sempat lagi minta bergambar dengan PTM, Tuan Sazly sebab dah lama nak berjumpa dengan beliau. Idola dalam bidang ini. 

Bersama PTM,Tuan Sazly Tulih di bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(facemask pun senget Nadz ni)


Yang pasti temu duga tu adalah satu pengalaman berharga bagi saya kerana saya sudah lama tidak ditemu duga sejak 5 tahun bekerja. Sekarang masa saya untuk buru kerja lagi. InsyaAllah.


Keputusan temuduga akan saya kongsi nanti di Facebook saya https://www.facebook.com/sitinadzirah.supar/

Oh lupa. Saja nak kongsi sikit perincian di akhir kata.
Gambar saya cuci mereka tak minta pun.
File yang kami bawa mereka tak tengok sangat. 
Akhir tu lebih banyak kongsi tentang penampilan kami, jangan tegur pengawai walaupun kenal mereka risau dilabel kabel dan jawatan ini hanyalah kontrak dan tak diserap masuk ke kerajaan. 




ooo0000ooo






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing