Pengalaman : Kami Hidup Zaman Covid-19

Sejarah tercipta.


Bagi adik-adik yang baru sahaja lahir tahun Covid-19 (2019,2020,2021), selamat datang ke dunia. Teruskan membesar dengan baik adik-adik.


Generasi kami sekarang tengah berjuang untuk terus hidup dengan kehadiran Covid-19. Kami sudah hidup dengan Covid-19 hampir setahun dan hendak masuk tahun kedua untuk tahun 2021. Berdasarkan berita semasa ramai yang sudah terkorban di seluruh dunia disebabkan Covid-19.

 

22 Mac 2021, hari ini sebanyak 2.72 juta orang meninggal kerana Covid-19. Di Malaysia pula sudah 1,233 orang meninggal dan Perak seorang pula sudah terkorban. Tapi situasi sekarang adik, masyarakat sudah bosan dengan Covid-19. Mereka sudah mula berani untuk keluar berjalan, ke luar negara, beriadah, ziarah ahli kerabat dan tak hiraukan tentang jangkitan Covid-19 ni adik. 


Hmmm...jika adik dalam situasi ini apa yang adik akan buat?


Covid-19 adalah sejenis virus yang senang berjangkit sebab ianya virus yang 'terbang' di udara dik.


Contoh, seorang lelaki tengah demam dan kemungkinan ada Covid-19, bersin pada ahli keluarganya, virus sudah pun terkena pada ahli keluarga yang mana masih lagi sihat. Kemudian, mereka keluar berjalan ke pasarraya, berjumpa dengan penjual di sana dan bersin pula pada mereka. Berjangkit-jangkit semua orang akan terdedah pada Covid-19 ni.


Bayangkan satu pasarraya tu kena jalani swap test dan kuarantin di rumah selama 14 hari. Ini terjejas pada semua industri, dimana majikan dan pekerja tidak dapat bekerja dan menyebabkan ekonomi terjejas.


Para pekerja yang makan gaji kemungkinan besar akan hadapi masalah dibuang kerja, dimana syarikat mengambil langkah untuk mengurangkan kos. Dan ini juga akan menjejaskan rezeki sebuah keluarga, dimana mereka menghadapi krisis kewangan untuk terus bertahan tanpa wang membeli barangan keperluan. Semua akan terjejas.


Jadi, bagaimana nak mencegah semua rantaian ini berlaku?


Duduk rumah


Kena duduk rumah la adik oiii...Ini la langkah terbaik pihak kesihatan dunia dapat simpulkan. 



                                                                 oooo0000oooo


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing