Pengalaman : Punggah Barang dari Lori 40 kaki Pukul 12 Tengah Malam
"Pang!" Bunyi kotak jatuh dari lori Raju. Pekerja-pekerja lelaki yang gagah lagi perkasa berhempas pulas memunggah kotak-kotak yang baru saja sampai pukul 7 petang tadi. Selepas seharian menunggu lori dari gudang Port Klang, akhirnya sampai juga lori. Semua staff dah tepu tunggu lori sampai tertidur dalam kedai.
Pekerja syarikat Khaizon terdiri dari perempuan dan lelaki yang mana sama-sama akan turun memunggah barang dari lori 40 kaki itu. Boleh tahan la besar dan berat barang lori tu. "Kalau ada forklift kan bagus. Tak la susah nak punggah barang."luah Nasuha, salah seorang pengurus kedai Khaizon.
Nasuha yang bertugas pada malam itu dalam meng'key in' barang-barang yang sampai malam itu. Nasuha merupakan pengurus yang agak lembut dalam kalangan pengurus-pengurus lain di Khaizon itu. Kadang-kadang Nasuha ni suka mengelamun dan blurr seorang diri bila dia penat dan fikirkan sesuatu.
Selesai meng'key in' , pekerja perlu tolak pula troli ke atas kedai dan menyusun kotak ikut pembahagian jenis barangan.
"WEYH!!!PENAT LA!!!" Rungut Nadzrin pada Khairul. Khairul agak terkejut sedikit bilamana Nadzrin menguat suaranya.
"Sabar weyh, sikit je lagi ni, habis punggah yang ni kita rehat la. Jari khairul menunjukkan kotak-kotak yang berbaki atas lori 40 kaki itu.
Nanti aku pujuk kat Nasuha tu suruh belanja kita weyh. Hahaha..."
"Okay, Khai. Kau janji kat aku cucuk Nasuha yang garang tu belanja ye. Kita ni pekerja dia yang baik lagi rajin tau. Aku serius penat ni weyh. Semalam aku la tak boleh tidur lena."luah Nadzrin.
"Hey! Korang dua cepat la sikit turunkan barang tu. Aku nak key in barang lagi ni. Dah nak pukul berapa nak siap ni!" jerkah Nasuha.
Terkejut Nadzrin dan Khairul di atas lori. Baru saja nak ambil nafas dah kena jerkah dengan si Nasuha tu. Nadzrin hanya mampu menjeling Nasuha saja dan meneruskan kerja memunggah. Khairul yang perasan sahabat nya tengah panas di usap belakangnya untuk bersabar.
Nadzrin dan Khariul pun pass kan kotak-kotak ke bawah dan disambut oleh Saiful dan Johan yang dari tadi tercenggah menunggu mereka berdua memberi kotak.
Pekerja perempuan pula menolak dan memunggah kotak-kotak ke bawah untuk di key in oleh Nasuha.
Begitu la setiap minggu warga kakitangan kedai Khaizon menerima trip barang-barang untuk kedai mereka.
oooo000oooo
Ulasan
Catat Ulasan