5 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Hari Graduasi


Graduasi Terakhir: 27 Oktober 2016

Selang beberapa hari sahaja minggu graduasi di USM akan bermula dan saya secara langsung akan bergelar graduan Teknologi Makanan! Satu sejarah telah terukir bagi diri saya dan keluarga. Oleh itu, saya ingin berkongsi sendikit perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk persiapan sebelum majlis graduasi.

Pertama: Sebelum semester terakhir tamat, pastikan unit graduasi sudah dipenuhi

Mungkin nampak remeh tapi anda kena percaya yang ada sahaja pelajar yang tidak dapat bergraduasi tahun itu disebabkan unit mereka tidak cukup. Dan kes seperti ini memang ada!

Kedua: Check CGPA 

Okey, bahagian ini pun penting sebab kalau nak "graduate" kena tengok juga CGPA. Kalau CGPA rendah tak boleh juga.

Ketiga: Selesaikan hutang dengan pihak universiti

Hutang tak boleh buat main. Kalau ada yang masih berhutang dengan pihak universiti baik selesaikan segera supaya tak disenarai hitamkan. Di USM, mereka beri peluang kepada para mahasiswa/i untuk selesaikan pada minggu graduasi tersebut. (Ini tidak termasuk hutang PTPTN)

Keempat: Surat pengesahan tamat belajar


Perkara paling penting sekali! Surat pengesahan tamat belajar selalunya akan diposkan ke setiap rumah mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka selama 3/4/5/6 tahun di universiti masing-masing. Kalau tak ada surat ini, segera hubungi pihak universiti atau pusat pengajian masing-masing.


Kelima: Rancang perjalanan sebelum hari graduasi 

Mungkin sebahagian daripada graduan sudah mendapat pekerjaan ataupun ambil "part-time" sementara menunggu hari graduasi, jadi perancangan sebelum hari kejadian perlulah diteliti supaya tidak kelam-kabut dan jangan lupa ambil perhatian tentang aturcara yang telah diaturkan oleh pihak universiti masing-masing. Sebagai contoh, tarikh pengambilan jubah, tarikh daftar diri, tarikh pemulangan dan lain-lain.
Perlu diingatkan juga,  jika ada yang mahu membawa keluarga perlulah maklumkan kepada keluarga tarikh penting ini supaya mereka dapat "set the date too".


Akhir sekali, jika ada perancangan ingin bertemu dengan sahabat handai ataupun "crush" hati ke, pun kena "set date" juga sebab masa tu semua akan jadi kelam-kabut. Apa pun, "enjoy your graduation day with your love ones". Hadiah tak penting sebab hadiah simpan lama-lama jadi lapuk juga dan akhirnya kena buang. Yang penting skrol dan transkrip tu X-D.


                                              ~Selamat Bergraduasi Semua!~






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing