Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Jom Masak - Masak : Buat Pizza Home Made

Imej
Projek Jom Masak - Masak diteruskan dengan aku baking buat doh pizza sendiri. Resepi macam biasa kita tengok TikTok saja.  Bahan - bahan :  1 1/2 Tepung Blue Key kotak warna pink  1 sudu kecik Yis  1 sudu besar Minyak  1 sudu kecik Gula 1 sudu kecik Garam 1/2 cawan air suam Gaul - gaul sampai jadi doh. Kalau rasa tepung kurang boleh tambah sikit - sikit untuk pasti doh menjadi. Biar dalam masa 45 minit untuk doh rehat dan naik. Kemudian ambil loyang bentuk bulat dan tarik doh ikut loyang. Nipis doh ikut saiz loyang yang ada. Doh aku agak nipis macam jenis pizza strech tu...  Bahan - Bahan untuk Topping Pizza Bahan - bahan untuk topping : Sos Pasta Prego Cheese Topping Chicken Pepperoni  Beef Pepproni  Bawang Holland potong nipis - nipis Cili Benggala potong nipis - nipis  Siap bubuh topping Cara letak topping mula dengan sos pasta, cheese, chicken dan beef pepperoni, cili belangga dan bawang holland.  Bakar suhu 220 degree celcius dalam ...

Jom Masak - Masak : Ramadan ke 17 : Vietnam Roll

Imej
 Ramadan yang ke 17, aku main masak - masak buat Vietnam Rolls. Resepi aku suka tengok kat Tik Tok senang nak buat.  Aku keluar dengan Sarah hari Khamis tu untuk pergi main bowling di Angsana, Ipoh. Kami main 1 games je untuk 2 orang, harga RM 21. Aku bayar guna QRPay. Selesai main, kami pun pergi la ke Econsave jalan - jalan situ cuci mata. Sambil aku cari mainan kepala yang bergoyang untuk letak di kereta Saga aku sebagai perhiasan. Kami jumpa tapi tak menarik pula. Selesai pusing Econsave, kami singgah ke Guardians untuk beli pencuci muka aku. Aku guna jenama Simple. Ingat aku nak ambil Simple yang berwarna hijau tapi Simple ada keluaran baru, packaging warna Oren. Aku pun ambil untuk cuba. Next stop kami adalah pergi ke Mydin, Meru. Nak beli barang basah untuk masak berbuka. Mak pesan kat Sarah sambil tu aku pun cari bahan - bahan nak buat Vietnam Rolls. Aku ambil : 1. Suhun 2. Prawn sejuk beku 3. Lof ayam 4. Sayur salad 5. Mayonis Bahan - bahan lain dah ada kat rumah. Mac...

Pengalaman : Inspect Rumah Usia 25 Tahun

Imej
Petang. Panas lit lit, kepala aku mula pening. Aku sakit kepala. Dek cuaca panas pada tengah hari ni. Aku lepak di ruang tamu, tonton netflix cerita May It Please The Court. Azan asar tengah berkumandang. Abah tiba - tiba ajak pergi rumah di Rapat Setia kerana penyewa sudah keluar rumah dan letak kunci. Aku terpaksa bangun dengan sakit kepala untuk drive ke sana. Mak ikut. Perjalanan makan masa 45 minit.  Pak! Bunyi hujan jatuh di cermin depan kereta Honda WRV kelabu abah. Waktu ni kami di kawasan Tambun. Hujan makin lebat seketika kami hendak sampai dalam beberapa minit lagi. Aku buka wiper, crekkk...crekkk...crekkk...Bunyi wiper tu. Pukul 6 petang kami sampai di depan pagar hijau kuning rumah sewa abah. Nostalgia bila tengok rumah ni. Makin kecik je bila tengok balik. Fikir aku. Mungkin aku yang sudah membesar. Ruang letak tempat kereta dulu seingat aku sangat besar. Aku boleh main pusing-pusing basikal kat kawasan tu. Korek tanah di tepi sampai nampak la paip air. Dapat tanah li...

Pengalaman Kursus Halal Executive anjuran KUISCELL 2025

Imej
2 minggu perjalanan aku mengikuti kursus Halal Executive. 6 petang Aku mula perjalanan dari Penang ke Subang. Perjalanan makan masa sehingga 5 jam. Aku tidur di rumah kakak. Jam 8 pagi aku bergerak ke KUISCELL. Sampai agak lewat kerana sesat. Penat semalam tak habis. Aku duduk paling belakang, kelas sudah bermula. Tenaga pengajar 1: Sir Fadli, diorang kata dia ustaz jadi kami panggil ustaz Fadli. Mengajar : Halal Adminisration Masa : 8 pagi - 5 petang Sudah habis kelas, aku check in di hotel Cystal Villa, 5 minit dari KUISCELL. Receptionist : Pak Arab speaking. Orang yang sama jaga dari pagi sampai malam. Hotel : RM 206 4 hari, 3 malam Hari Kedua Aku sampai awal. Tenaga Pengajar : En Razi, Lecturer Kuiscell, nampak macam student.... Mengajar : IHC(Internal Halal Committee) Masa : 8 pagi - 5 petang Setiap hari KUISCELL sediakan makanan dan minum 3 kali. Sarapan Tengah hari Minum petang Harini dapat assigment susah, kena buat IHC untuk syarikat besar. Kelas kami dapat buat 3 group.  ...