Pengalaman 25

Tup, tup, tup.

Angka umur meningkat. Mungkin pengalaman hidup saya pun makin bertambah.

Umur 25 tahun , umur suku abad kita diberikan Tuhan untuk melihat dan mencari makna kehidupan kat dunia ni.

Dan bagi saya, saya rasa umur 25 tahun adalah satu peringkat saya nak kenali dunia dan cara macam mana saya nak hidup.

Ramai kawan asyik tegur saya, yang saya ni takde pendirian dan mungkin saya rasa mereka betul. Kekadang pendirian saya tak tetap dan saya masih lagi tercari-cari makna hidup.

Umur 25 tahun. Umur yang mana semua anak muda akan struggle. Mungkin ada yang dah tau apa matlamat mereka dan mungkin mereka macam saya lambat sikit. Tapi itulah proses kehidupan. Bukan semua manusia diciptakan dalam keadaan yang sama. Tuhan Maha Merancang setiap insan dan nyawa yang Dia berikan. Kita mampu bergerak mengikut kehendak-Nya.

Jadi, bagi saya hala tuju kehidupan kita memang dah ditentukan sejak azali lagi dan peranan kita hanyalah mampu buat pilihan dan minta petunjuk jalan yang lurus dari Dia.

So umur 25 tahun satu peringkat kehidupan yang perlu kita teroka. Dan jangan sekali-kali putus asa dengan hidup ni sehingga saya dan kamu dapat cari apa tujuan kita di atas dunia ni.

Ps: Ini hanyalah luahan hati untuk diri sendiri yang tengah struggle dgn umur 25 tahun.

                                                              oooo000ooo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2

Teknologi Makanan di Universiti Sains Malaysia

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing