Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Ted Talks : Bagaimana nak Cepat Belajar Sesuatu

Imej
Hampir separuh masa saya hari ini hanya fokus menguruskan rumah. Membeli belah. Belajar memasak. Memasak. Membuat manisan sagu melaka. Membasuh kain.  Melipat kain. Melayan adik dengan kerja kursus. Menyapu rumah. Dan seterusnya.Duduk rumah tiada masa nak berehat jika kita hanya ada sehari cuti untuk seminggu. Meluang masa untuk keluarga dan diri sendiri.  Jam dah pukul 5 petang dan kebetulan saya baru selesai membuat manisan sagu melaka. Buka je Youtube saya terjumpa Ted Talks tentang Josh Krufman. Niat nak buka Youtube ni sebenarnya nak mencari cara bagaimana saya nak tingkatkan skil saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Tujuan supaya apa yang saya sampaikan dapat difahami oleh orang disekeliling saya tanpa perlu orang lain terangkan semula. Saya pun perlu cara untuk tingkatkan keyakinan diri saya. Nak dijadikan cerita, saya dapat ternampak tajuk Youtube Ted Talks - "Bagaimana nak cepat belajar sesuatu". Tajuk ini sangat menarik bagi saya.  ..........................

Pengalaman : Terima Diri Sendiri

 Jam dah menunjukan 10.30 malam dan saya tersekat di tengah-tengah lautan permikiran saya. "Macam mana saya nak kekal positif dan bergerak ke depan dalam keadaan saya sekarang?" "Kerja saya menjamin masa depan saya ke?" "Saya takde pun lagi harta?Saya ini loser ke?" Dilema saya setiap hari waktu Covid ni.  "Dan saya suka menulis, boleh ke blog saya dapatkan duit untuk saya?" Okay, kat atas tu saya tengah luahkan apa yang minda saya asyik fikirkan. Bila saya duduk berseorangan dan ada masa terluang.  "Salah ke fikir macam ni?" .................................................................................................................................................................... Bila umur makin meningkat, Orang kata dah boleh berdikari, Diri pula kata lain, Rendah diri pun mula menguasai. Bagaimana saya nak ubah pemikiran saya sekarang dan cuma terima diri saya sendiri? Setiap hari orang perlekehkan kita. Dari segi cara kerja,

Pengalaman: Aturan Hidup Manusia Berbeza

12 jam yang lalu, ada kes seorang pengurus bunuh diri lepas diberhentikan oleh majikan. Yang tarik perhatian saya sebab kejadian tu berlaku di  ---- . Berdekatan pula dengan kawasan tempat tinggal saya. Mendiang siap tinggalkan video Youtube tentang kenapa dia bunuh diri lagi. Disebabkan depresi dan stress oleh orang sekeliling yang tak puas hati di tempat kerja beliau, itu yang jadi punca utama kenapa dia bunuh diri. Siap di video tu dia ada bagi hint "kalau dia takde lagi esok..." Jujur, saya sebagai orang awam yang baca dan tengok video pasal kejadian ni pun agak sedih dan seram. Bila mana ada yang rakam video mayat mendiang tu terburai. Sedih betul...huhu. (RIP) Hmmm...istighfar kejap. Astagfiruallahazim. Aturan Hidup Manusia yang Berbeza Saya akan masuk umur 27 tahun pada bulan Disember ni. Dengan takdir dan rezeki Tuhan berikan lagi, saya masih bekerja dengan ------   --------  Sdn Bhd sudah 2 tahun. Walaupun kadang kala saya doa sangat untuk dapat pekerjaaan dalam sekt