Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Pengalaman Beli Baju Raya

Waktu bulan Ramadan, keluarga aku sama saja dengan keluarga biasa yang lain, kami adik-beradik mesti sibuk nak cari baju raya untuk bulan Syawal ni. Yang tang ni aku tak boleh nak tolerate langsung bila nak cari baju raya sekarang. Ye lah, korang pun tau yang harga baju raya mahal nak cekit darah. Harga baju sekarang ni bagi aku boleh buat bayar bil-bil air, letrik rumah aku. Takat nak pakai sekali dua je pun tapi harga peniaga letak memang nak terlebih untung seratus peratus. Aku kesian ler kat orang-orang macam aku ni. Bila nak beli baju yang dah berkenaan mesti tak lepas sebab mahal sangat. Sedih sangat. Lain la kalau korang gaji 10 ribu sebulan boleh la beli baju sehelai dua ratus. Dan aku pun pernah jual baju tapi aku ada juga target aku sape pembeli aku jadi aku tak ambil banyak untung sebab pembeli aku bukannya ada duit sangat pun. Aku tak tahu la bila nak kata ekonomi stabil macam mana sebab makin aku meningkat dewasa aku tengok ekonomi makin lama makin run

Pengalaman Bukan Senang nak Senang, bukan Susah nak Susah

Sebulan sudah sya berhenti daripada RMA, dan saya sekarang akui tiada pendapatan untuk sebulan ni cuma bergantung kepada gaji saya di RMA sebelum ini. Dengan gaji tu, saya mampu menanggung perbelanjaan dan hutang saya. Tujuan saya tulis entri harini kerana sepanjang bulan ni, saya banyak menghabiskan masa saya membaca di laman social dan juga blog. Kebanyakkannya kisah yang saya baca adalah berkenaan mencari kerja dan banyak juga kisah orang-orang kita yang susah mencari kerja dengan pendapatan gaji yang tidak seberapa. Hati pun ada juga rasa sedihnya. Ye lah baca tentang pengalaman mencari kerja memang memeritkan lagi-lagi jika ada di antara penulis mempunyai sijil yang hebat tetapi terpaksa melepaskan untuk mencari rezeki harta. Dan kebanyakkan sijil yang biasa mereka gunakan adalah sijil SPM (Sedihkan). Ada kisah lagi menyedihkan bila saya baca kisah seorang penulis blog ni hanya mendapat pendapatan RM350 ketika memohon kerja di suatu kilang ni dengan sebab hendak

Pengalaman Berkerja Di Restauran Makanan Antarabangsa (RMA) Trilogi

Dapat Tawaran Jadi Manager? Al-kisah, tengah aku sibuk dengan kerja aku, area manager aku panggil aku untuk offer aku jadi manager dekat restauran mereka. Untuk pengetahuan semua, masa tu aku baru je sebulan kerja dekat situ, dan aku pun still blur lagi dengan cara sistem pengurusan outlet makanan ni macam mana. Dengan desa-desu staff-staff kat situ cerita macam-macam tentang kerja manager memang aku berbelah bahagi la pada mulanya. Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan restauran terbahagi kepada tiga iaitu MAKAN, BAWA BALIK dan PENGHANTARAN. OUTLET MACAM NI MEMANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN TAPI BUKAN BAGI MANAGER. Lagi satu lupa pula outlet aku juga ada tiga tingkat nak kena urus tau, lagi ler (hanya mampu ketawa je). Ni ler cabaran kerja kat Restauran aku ni. Akhir cerita, area manager aku pujuk aku untuk kali kedua dan masa ini aku dah ready tapi di pendekkan cerita, tunggu punya tunggu, aku langsung tak dengar cerita selepas aku hantar resume aku kat manager aku untuk p