Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2025

Pengalaman : Inspect Rumah Usia 25 Tahun

Imej
Petang. Panas lit lit, kepala aku mula pening. Aku sakit kepala. Dek cuaca panas pada tengah hari ni. Aku lepak di ruang tamu, tonton netflix cerita May It Please The Court. Azan asar tengah berkumandang. Abah tiba - tiba ajak pergi rumah di Rapat Setia kerana penyewa sudah keluar rumah dan letak kunci. Aku terpaksa bangun dengan sakit kepala untuk drive ke sana. Mak ikut. Perjalanan makan masa 45 minit.  Pak! Bunyi hujan jatuh di cermin depan kereta Honda WRV kelabu abah. Waktu ni kami di kawasan Tambun. Hujan makin lebat seketika kami hendak sampai dalam beberapa minit lagi. Aku buka wiper, crekkk...crekkk...crekkk...Bunyi wiper tu. Pukul 6 petang kami sampai di depan pagar hijau kuning rumah sewa abah. Nostalgia bila tengok rumah ni. Makin kecik je bila tengok balik. Fikir aku. Mungkin aku yang sudah membesar. Ruang letak tempat kereta dulu seingat aku sangat besar. Aku boleh main pusing-pusing basikal kat kawasan tu. Korek tanah di tepi sampai nampak la paip air. Dapat tanah li...

Pengalaman Kursus Halal Executive anjuran KUISCELL 2025

Imej
2 minggu perjalanan aku mengikuti kursus Halal Executive. 6 petang Aku mula perjalanan dari Penang ke Subang. Perjalanan makan masa sehingga 5 jam. Aku tidur di rumah kakak. Jam 8 pagi aku bergerak ke KUISCELL. Sampai agak lewat kerana sesat. Penat semalam tak habis. Aku duduk paling belakang, kelas sudah bermula. Tenaga pengajar 1: Sir Fadli, diorang kata dia ustaz jadi kami panggil ustaz Fadli. Mengajar : Halal Adminisration Masa : 8 pagi - 5 petang Sudah habis kelas, aku check in di hotel Cystal Villa, 5 minit dari KUISCELL. Receptionist : Pak Arab speaking. Orang yang sama jaga dari pagi sampai malam. Hotel : RM 206 4 hari, 3 malam Hari Kedua Aku sampai awal. Tenaga Pengajar : En Razi, Lecturer Kuiscell, nampak macam student.... Mengajar : IHC(Internal Halal Committee) Masa : 8 pagi - 5 petang Setiap hari KUISCELL sediakan makanan dan minum 3 kali. Sarapan Tengah hari Minum petang Harini dapat assigment susah, kena buat IHC untuk syarikat besar. Kelas kami dapat buat 3 group.  ...