Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2024

Pengalaman : Rumah Belakang Kereta Api

Apa perasaan bila mana rumah yang kita sewa belakang kereta api? Mula aku berpindah tempat kerja ke Pulau Pinang. Kedai cawangan yang aku kerja memerlukan seorang pengurus baru untuk memenuhi kekosongan di kedai tu. Jadi aku diminta untuk ke sana. Mula la pencarian rumah sewa untuk aku duduki. Kalau boleh berdekatan dengan tempat kerja lebih baik. Senang. Tak perlu pening kepala untuk hadap jem setiap hari.   Aku mula la buka Google dan juga Facebook untuk search bilik sewa. Dua bilik sudah aku book untuk aku tengok selepas aku balik bercuti dari Terengganu.   Tiba di Pulau Pinang, aku berkenan dengan rumah sewa teres ni. Rumah di kawasan kampung. Rumah batu tapi pemilik renovate rumah sampai ada 7 bilik dalam satu rumah ni. Bilik yang aku dapat takde tingkap. Agak panas. Tapi aku sangat suka dengan rumah ni. Sesuai sangat. Sembang dengan pemilik rumah, dia kata ada seorang lagi yang berkenan nak kan bilik aku tu.   Dia tunggu respon seorang lagi yang tanya pasa...

Pengalaman : Mendaki Bukit Mertajam 2024

Imej
Pagi 10 May 2024, aktiviti aku harini adalah untuk menakluk Bukit Mertajam atau mereka panggil Cheruk Tok Kun. Kenapa aku nak mendaki sebab aku perlukan aktiviti yang aku boleh keluar ambil angin sambil cuci mata tengok pokok hijau dan dengar air sungai mengalir. Suasana tu semua tiada di tempat aku bekerja sepanjang hari. Mana aku hadap dengan barang-barang kedai dan kotak penuh di kedai. Semua tu buat aku sesak dan stress tak tentu pasal. Nak bersosial dengan pelanggan pun buat aku tiada hati.  Jadi pagi tu, aku bersiap lambat sebab badan ku lesu dan tak bermaya jadi aku perlukan lebih rehat. Aku gerak dalam pukul 10 pagi dengan Adek, kereta Saga merahku. Buka telefon Samsung ku dan apps Maps dan buat carian Bukit Mertajam. Kedengaran suara perempuan di Maps ku menunjuk arah. Lebih kurang 7 minit jarak rumah aku ke Bukit Mertajam Forest. Tak jauh, kata hatiku. Aku tak bersedia dengan apa-apa. Aku main redah saja. Aku kenakan diri aku dengan pakaian seluar track kelabu, baju lenga...