Pengalaman : Konsert Solo Pertama Khai Bahar Di Dewan Filharmonik, Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia

Whoaaa!!! Pertama kali pergi konsert kat Kuala Lumpur. Buang tabiat ke aku ni. Luah hati aku. Perjalanan ke konsert pertama aku bermula bila saya ternampak iklan di Instagram bila mana Khai Bahar mahu buat konsert solo dia yang pertama. Tak fikir panjang aku whatapps kakak. Fikir nak ajak dia teman sebab kakak sekarang duduk di Selangor. Kakak respond Ok. Jadi apa lagi terus booking tiket 2 orang seat atas wing sebelah kanan pentas. Harga RM 382 untuk 2 seat saja. Fuh... Mahal juga bagi aku. 09/03/2023 Hari kejadian. Malam Public Holiday. Terlalu ramai orang keluar malam tu. Kereta penuh di jalan Kuala Lumpur. Kami terlupa malam public holiday. Kakak dan aku kelaparan dalam kereta. Ingat keluar awal boleh cari makan malam dulu tapi tersesat dan jalan jem kami tak sempat nak menyinggah mana-mana. Pelan tukar untuk kami terus ke Menara Petronas saja. Cari makan kat situ. Mood kakak waktu tu dah ke laut sebab dia lapar dan aku pun sama. Waktu kami tiba di menara Petronas terlal...