Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

Pengalaman 30

Mengenjak usia 30, serius satu badan rasa sakit. Mata yang dulu segar kini sudah bermata panda. Kulit yang dulu bersih molek, kini sudah nampak makan usia dengan kedutan. Yang pasti kopi 3in1 tak boleh lepas dari minuman seharian aku. Usia 30 bagi aku masih lagi tahap usia yang penuh dengan cabaran. Kawan-kawan yang tempat bersuka ria, kini sudah berkeluarga. Yang dulu tidak punya apa-apa kini sudah berkereta. Sudah ada kerjaya. Usia 30 bagi aku satu kesyukuran kerana masih kuat nak tempuhi dunia. Terlalu banyak persaingan dalam usia ku 20 an dulu. Dari mencari kerja, mencari jodoh dan diri ku. Bila teringat semula, mungkin aku ada juga sedikit penyakit kemurungan ketika melihat kawan-kawan seronok bahagia di media sosial. Ada yang dapat pergi melancong setiap tahun, ada yang dapat kerja dalam bidang, ada yang dapat berkahwin dengan lelaki yang berada. Sedikit sebanyak mula rasa diri dibandingkan dengan mereka. Dengan rezeki mereka. Mengenjak usia 30, aku mula sedar seb

Pengalaman Ke Kuala Terengganu 2023

Cuti Annual Leave(AL) banyak lagi ni? Nak cuti pergi mana? Luah saya. Rakan - rakan sekerja semua dah pelan cuti AL mereka 2 ke 3 bulan awal. Ada yang nak pergi Thailand, ada pergi ziarah kakak, dan ada yang nak lepak rumah jer. Buntu. Saya pun buat la checklist untuk melancong satu Malaysia. Dalam kamus fikiran rasa belum pernah lagi ke Kuala Terengganu. Saya pun laju menaip di Whatapps nombor Sara, adik nombor 5. Sara, adik saya yang paling supportive dan out going person. Jadi dengan dia mudah dan dia pun masih bercuti penggal. Whatapps juga kat group family. Tiba - tiba mak whatapps semua nak ikut. Terkejut kami. Mula la saya buat googling research apa yang menarik di Kuala Terengganu. Ambil masa juga la. Jadi ini la saya punya tentatif perjalanan secara kasar dan perbelanjaan.  Hari Pertama, 8hb  (0800 - 1800) Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu mengambil masa 10 jam komer naik kereta saya yang bawa.  Jalan kat sini sangat cantik komer. Kiri kanan nature. Menarik! Isi minyak